Sunday, May 09, 2021

Air percuma sempena Aidilfitri -MB T'ganu

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna kategori rumah tangga sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah pun memberikan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan penduduk PPRT.  

“Ia bagi membantu rakyat negeri ini menghadapi suasana hari raya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta dalam situasi pandemik Covid-19,” ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, pemberian air percuma itu akan memberi manfaat kepada lebih 1.33 juta rakyat yang terdiri daripada isi rumah kategori rumah tangga.

Beliau berkata, ia akan melibatkan perbelanjaan yang berjumlah hampir RM570,000 untuk tempoh selama sebulan bagi bermula 1 hingga 31 Mei.

Dr Samsuri berharap inisiatif itu dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang melanda dan sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan terutama di musim sambutan Aidilfitri tahun ini. – HARAKAHDAILY 9/5/2021

Akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Sabit akan jadi purnama
Ramadhan hingga ke PRU15
Jom bersama semangat Perang Badar
Allahu Akbar, selamat Aidilfitri!

 -maaf zahir batin dari Ibnu Hasyim

-Rujukan





4 comments:

Anonymous said...

Trengganu bagi air percuma. Ph bagi air kencing.

Anonymous said...

Zionist dlm ketakutan sekarang. Mereka bunuh org yg tdk bersenjata. Janji Allah makin hampir.

Anonymous said...

Ayuh rakyat malaysia. Sokong pas. Parti yg bersih dan bebas rasuah. Parti yg menjunjung al quran dan mempertahankan perlembagaan negara.

Anonymous said...

Jika Musuh Serang Trengganu, Seluruh Malaysia Lumpuh.

Peristiwa : Kuasa Letrik terputus seluruh negara
Tarikh : 3 Ogos 1996

Peristiwa paling memalukan , 10 jam lebih negera dalam keadaan bergelap,

Memalukan dan menakutkan.Ketika awal kejadian semua tidak tahu apa terjadi.

Ketika itu negara bukan berperang atau pun sedang mengalami malapetaka bencana alam.

Apa yang terjadi ada lah power trip.atau pun gangguan bekalan letrik dari sebuah jana kuasa di Paka Trengganu.

Kesemua nya in the dark baik dalam bahasa leteral mahu pun realiti nya.

Cuba ingat apa yang kita sedang lakukan atau berada di mana sambil membuat apa pada malam kejadian? Tentu ramai masih ingat bagi yang bawah 25 taun tak pasti lah masih ingat lagi.

Jika tidak silap , malam itu ada konsert Slam dan Zamani di stadium Negara kalau tidak silap lah.

Apa yang boleh di pelajari dari peristiwa ini?

Iaitu negara berada didalam keadaan paling merbahaya.

Satu jana letrik bermasalah , seluruh negara lumpuh.Ia terjadi dalam keadaan negara aman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails