Tuesday, May 11, 2021

20 rakyat Palestin terkorban, Erdoğan, Mahmoud Abbas, Hamas bincang.

 


1. 20 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara Israel

KL:Seramai 20 rakyat Palestin terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak sementara 65 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada petang Isnin, lapor The Palestinian Information Center

Pesawat perang Israel melancarkan serangan serangkai di pelbagai kawasan terkepung yang dimulakan dengan serangan maut di utara bandar Beit Hanum.

Para pejuang Palestin di Gaza melepaskan roket yang menyasarkan Israel pada awal Isnin sebagai serangan balas terhadap serangan Israel di Masjid al-Aqasa dan kawasan Sheikh Jarrah di Jeruselam Timur beberapa hari lalu.

Beberapa hari lepas, tentera Zionis Israel telah melakukan serangan biadab ke atas umat Islam di Masjid al-Aqsa sehingga mencederakan lebih 178 orang rakyat Palestin yang sedang berkumpul di pekarangan masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam itu.

Tentera rejim Israel melemparkan bom asap, menyerang dan menembak para jemaah di dalamnya dengan peluru getah ketika para jemaah sedang menunaikan ibadah mahupun berlindung akibat pencerobohan mahupun serangan Israel.

Tindakan serangan biadab tersebut mengakibatkan ramai para jemaah yang sedang beribadah dalam Masjidil Aqsa terperangkap terutamanya kanak-kanak dan wanita. – HARAKAHDAILY 11/5/2021

2. Erdoğan, Mahmoud Abbas dan Ketua Hamas Bincangkan Serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Direktorat Komunikasi Presiden, serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan warga Palestin dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Dalam rundingan tersebut, Presiden Erdoğan menyifatkan serangan Israel di Jerusalem sebagai "keganasan" dan menyatakan bahawa dia mengutuk keras serangan keji dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin ini, yang tidak hanya melukai hati nurani umat Islam, tetapi juga seluruh umat manusia.

Menekankan bahawa mereka akan melakukan yang terbaik untuk menggerakkan seluruh dunia, terutama dunia Islam, untuk menghentikan keganasan dan penjajahan Israel, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa Turki akan terus menjadi penyokong perjuangan Palestin, berpihak kepada saudara-saudara Palestin dan melindungi maruah Jerusalem.


3. Erdoğan, Raja Jordan dan Emir Kuwait bincang

Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengadakan perbualan telefon dengan Raja Jordan Abdullah II dan Emir Kuwait Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Dalam pertemuannya dengan Raja Jordan, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa serangan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Jerusalem, Al-Aqsa dan Palestin sebenarnya masalah seluruh umat Islam, beliau menekankan bahawa penting bagi Turki dan Jordan untuk bekerjasama dalam usaha menghentikan serangan dan penganiayaan ini.

Presiden Erdoğan juga membincangkan serangan Israel ke atas Masjid al-Aqsa dan Palestin dengan Emir Kuwait, Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. (IH)


4 comments:

Anonymous said...

Jho Low dijulang sebagai pejuang di mata orang Cina.

Si Hamid keluarkan kenyataan yang pelik dan jelik untuk menutup 'kegagalan' beliau untuk membawa pulang Jho Lo, sedangkan beliau sendiri telah memberi jaminan untuk membawa pulang Jho Lo?

Link kat bawah ni haahh..

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-didakwa-bedah-wajah-menyerupai-beruang-berjalan-macam-seladang-221747

Persoalan mudah masa ini, adakah kerajaan PN masih percayakan kaum Cina bila berurusan secara rasmi dalam kerajaan.!? Jho Low adalah contoh kelemahan pemimpin pemimpin Melayu mempercayai kaum Cina secara berlebih lebihan.

Di era Lee Kwan Yew apakan kaum Cina di Singapura diberi ruang untuk pemimpin Melayu dan ahli perniagaan Melayu diberi tempat dalam urusan rasmi kerajaan ultra kiasu Singapura..!? Tidak sama sekali..!!Sebab mereka tak percaya kan orang Melayu yang tinggal di Singapura.

Jho Lo dan Nik Faisal memang tidak dapat dikesan atau ada kuasa politik yang menghalang dari mereka di bawa balik ke Malaysia untuk dibicarakan?

Di mata orang Melayu Jho Low adalah pengkhianat dan menghancurkan negara.

Di mata kaum Cina mereka mungkin menganggap Jho Low dijulang sebagai pejuang suci yang meruntuhkan kerajaan Melayu Islam.

Ada kah rakyat Malaysia kita ada kedengaran orang Cina di Malaysia dan Parti MCA, Parti DAP seperti Lim Kit Siang, Guan Eng, Tony Pua, Chin Tong, Teresa dll, mencemuh kerja kotor Jho Low..!?

Anonymous said...

Madey yg tak mau tangkao jho lo... Alasan bodoo madey malaysia akan diserang..

Anonymous said...

Bukan ler sbb amit bedol kata jho lo dah bertukar jadi beruang

Anonymous said...

Sokong pas. Insya Allah tiada rasuah dan tiada salah guna kuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails