Sunday, May 09, 2021

Negara umat Islam kecam Israel, termasuk DAP M'sia..

 

Tentera Israel menggunakan peluru perenjat bagi menyuraikan demonstrasi penduduk Palestin. FOTO AFP

1. Negara Islam kecam keganasan tentera Israel

BALTULMAQDIS: Negara Islam khasnya di Asia Barat bersama Turki mengecam tindakan kekerasan tentera rejim Zionis terhadap penduduk Palestin yang membantah larangan dikenakan Israel untuk ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.

Dua negara yang menandatangani perjanjian normalisasi dengan Israel tahun lalu, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengecam kekasaran tentera Israel terhadap penduduk Palestin sambil menggesa keganasan dihentikan.

Tindakan kekerasan Israel itu turut dikecam Jordan, Mesir, Tunisia, Pakistan dan Qatar yang menyifatkannya sebagai serangan tidak beradab terutama ketika umat Islam di Palestin hendak beribadah pada Ramadan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mengecam tindakan keganasan itu melabel Israel 'negara pengganas yang kejam' dan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan menghentikan penganiayaan terhadap penduduk Palestin.

Iran turut meminta PBB campur tangan kerana keganasan itu membuktikan tindakan jenayah rejim Zionis.

Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu,

 berikutan rakyat Palestin memprotes larangan dikenakan Israel selain pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka untuk kepentingan penduduk Israel.

Sehingga malam tadi, seramai 53 orang awam cedera apabila polis Israel melepaskan tembakan meriam air dan peluru getah bagi menyuraikan penunjuk perasaan penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis, sehari selepas pertempuran sengit di Masjid Al-Aqsa.

Keganasan itu berlaku sehari selepas lebih dari 200 orang cedera di masjid hingga mendorong seruan antarabangsa untuk menghentikan keganasan itu.

Polis dalam satu kenyataan berkata, pasukan keselamatan perlu menyuraikan tunjuk perasaan di kawasan Sheikh Jarrah apabila mereka melemparkan batu ke arah anggota polis.

Sementara itu, di sempadan Tebing Gaza, polis melepaskan gas pemedih apabila dilaporkan sebanyak tiga peluru perenjat dilancarkan ke Israel hingga menyebabkan kebakaran tetapi tidak ada yang cedera.

Dalam pada itu, seramai tiga orang ditahan kerana menyerang anggota polis, namun sebaliknya Palestin mendakwa 13 orang ditahan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan pasukan keselamatannya dalam usaha memastikan undang-undang dipatuhi sambil membenarkan kebebasan beribadah. - AFP

2. Polis Israel Serang Jamaah di Masjid Al-Aqsa

Polis Israel memasuki Masjid al-Aqsa dan menyerang jemaah dengan bom suara.

Seorang pegawai dari Pentadbiran Yayasan Islam Yerusalem, yang tidak mahu namanya didedahkan, mengatakan kepada Anadolu Agency (AA) bahawa polis Israel berusaha untuk membubarkan masyarakat dengan menggunakan bom suara dan gas di  Al Haram Al Sharif.

Selain itu, ada pergaduhan di al-Silsila Gate Masjid al-Aqsa, ketika polis Israel tidak membenarkan orang Palestin masuk.

Campur tangan polis Israel di Masjid al-Aqsa menimbulkan kepanikan hebat, terutamanya bagi wanita dan kanak-kanak.

Ketegangan berterusan di dalam dan sekitar Masjid al-Aqsa.

Memberi reaksi terhadap campur tangan polis Israel di Masjid al-Aqsa di akaun Twitternya, Ketua Komunikasi Turki Fahrettin Altun mengatakan,

"Kami memantau kebijakan penjajahan dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dengan prihatin. Serangan Israel ini tidak boleh diterima. Hari ini, kami dengan kuat mengutuk serangan di Masjid al-Aqsa, kiblat pertama kami, dengan bom suara.'' (IH)


3.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara umat Islam kecam keganasan tentera Israel termasuk parti DAP, Malaysia. Mengapa dengan DAP ini?

Lihat..

-DAP kecam serangan Israel... Dasar musang berbulu ...

-Kecam serangan terbaru Israel di Masjid Al-Aqsa ...

-Israel 'bukan negara, sebaliknya pangkalan penggan...

3 comments:

Anonymous said...

Untuk pengetahuan umat Islam, puak evangelis adalah penyokong Israel yang sangat tegar. Bukti:

(1) Why Do So Many Evangelicals So Strongly Support Israel ?
https://www.christianpost.com/news/why-do-so-many-evangelicals-so-strongly-support-israel.html

(2) Why Christian Zionists really support Israel ?https://www.haaretz.com/jewish/1.5119939


Jika ada pemimpin evangelis roket mengutuk Israel, bukankah ini menunjukkan puak evangelis tersebut sedang main wayang opera roket untuk menipu umat Islam kononnya puak evangelis adalah 'sahabat' umat Islam ???

Bukankah 22 bulan sudah cukup untuk membuktikan bahawa puak roket adalah musuh Islam @ kafir harbi ? Seorang mufti telah mengklasifikasi puak roket sebagai puak kafir harbi @ musuh Islam yang berbahaya kepada Islam dan umat Islam. Ini telah menyebabkan puak munafiqun liberal @ musang berbulu ayam meroyan histeria mengutuk mufti tersebut.

Sebaliknya, puak munafiqun liberal ini berdiam diri setiap kali pemimpin atau pengikut kafir harbi menghina Islam atau umat Islam.

Bayangkan apa akan berlaku jika puak roket memerintah negara selama 22 tahun. Bayangkan dasar rasis Msian Msia yang diperjuangkan oleh puak roket mungkin dilaksanakan oleh puak rasis roket untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam !

Jika ini berlaku, agama Islam dan umat Islam akan dihina secara terbuka oleh puak kafir harbi dan proses memurtadkan umat Islam akan berlaku secara bebas.

Umat Islam wajib bersatu padu untuk menghalang puak kafir harbi dan khadam munafiqin liberal mereka dari berkuasa di negara kita.

Anonymous said...

Syabas dan tahniah kepada tuan ibnuhasyim kerana berani melaksanakan Amar makruf dan nahi mungkar yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" yang menjadi prinsip Islam.

Barua-barua roket @ Red Beans Army sedang menggelupur kepanasan setiap kali kejahatan puak roket didedahkan.
Ha ha ha ha ha ha ha ha ...

Anonymous said...

Hati2 dengan parti MUSANG BERBULU AYAM INI, kesan KEMUSNAHAN akibat MENIFESTO2 TIPU mereka masih lagi terasa sehingga kini!

JOM SEMARAKKAN #BMF! Beralihlah kekedai2 dan produk2 Muslim!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails