Tuesday, May 11, 2021

Siasat kesan pencemaran najis babi di Balik Pulau – CAP

 

'Siasat kesan tindakan pengusaha ternakan babi di Pantai Acheh, Balik Pulau'

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat kesan tindakan pengusaha ternakan babi di Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang yang membuang sisa najis ternakan itu ke dalam sungai dan laut berhampiran.

Langkah ini perlu dilakukan kerana ia mungkin menjadi salah satu penyumbang kepada pencemaran sungai dan laut yang berlaku di kawasan tersebut ketika ini. Tinjauan yang dibuat di Kuala Sungai Pinang, CAP diberitahu oleh nelayan-nelayan di kawasan tersebut bahawa selain pencemaran najis babi mereka juga berhadapan dengan masalah pembuangan sisa kolam ternakan udang di tempat itu.

Kedua-dua kejadian ini mungkin menyebabkan air sungai dan laut tercemar sehingga menjejaskan pembiakan hidupan laut dan sumber pendapatan lebih kurang 300 nelayan pantai di kawasan berkenaan.

Ikan, udang, ketam, kerang dan siput yang menjadi sumber tangkapan utama mereka sejak turun-temurun telah berkurangan dan hasil pendapatan nelayan di sini merosot mencecah 50 peratus setiap kali turun ke laut sejak beberapa tahun lalu.

Manakala beratus hektar kawasan hutan paya bakau dari Kuala Jalan Baru sehingga Pantai Acheh telah musnah dijadikan kolam untuk ternakan udang sekali gus mengancam tempat pembiakan hidupan laut berkenaan.

Sebelum ini CAP telah beberapa kali mengemukakan masalah tersebut kepada pihak berwajib kerana bimbang kesan buruk yang berlaku namun hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan diambil. Di Pantai Acheh, sisa najis babi mengalir dari Sungai Sembilang terus ke laut. Keadaan ini telah menimbulkan bau busuk yang sangat kuat terutama pada waktu malam sehingga mengganggu aktiviti penangkapan ikan oleh para nelayan di perairan itu.

CAP percaya jika masalah ini dibiarkan ia boleh menjejaskan alam sekitar, hidupan laut dan sumber pendapatan nelayan dengan lebih serius lagi pada masa akan datang. CAP berharap pihak berkaitan memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana kesannya lama kelamaan boleh menggugat sektor perikanan dan ekonomi negara.

CAP meminta hasil siasatan dan kajian mengenai masalah ini didedahkan kepada umum terutama kalangan nelayan tempatan yang sekian lama dibelenggu perasaan bimbang mengenai nasib masa depan mereka. – HARAKAHDAILY 11/5/2021

5 comments:

Anonymous said...

Aii mkn gulai daging yg di letak kn seketul daging babi dh lama, apa nak sibuk dgn kandang babi lak...

Anonymous said...

Kesian kat walaurit. Sanggup makan gulai daging yg diletak seketul daging babi. Apakah ajaran liberal semua daging adalah sama, seperti semua agama adalah sama. Bertaubatlah dan kembali menyertai jamaah.

Anonymous said...

BABI makanan KOTOR yang telah diharamkan oleh 3 agama kitab yakni Taurah, Injil & Al Quran. Para pemakan BABI memiliki hati yang BUSUK & KOTOR!

Anonymous said...

mana pergi walaun dan barua DAP iaitu PKR PAN dan PejWanng air babi bila mintak tuan nya DAP selesaikan..

Mcm kimak suma..

Anonymous said...

Dlm quran disebut asal kejadian babi dari manusia. Bayangkan manusia yg makan babi. Di mana akhlaqnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails