Saturday, May 15, 2021

150 Ujian Saringan, PKPD 2 rumah panjang dilanjutkan. Ok!

 

Penamatan PKPD lima rumah panjang dibuat lebih awal dilakukan selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM. - Foto hiasan NSTP/ERIKA GEORGE

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua rumah panjang iaitu Rumah Panjang Jali Anak Empaling dan Lanyau Anak Tuli, Bukit Dinding-Bergerik, Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan hingga 23 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di dua lokaliti itu yang sepatutnya tamat esok.

"Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melakukan 150 ujian saringan di kedua-dua rumah panjang terbabit dan 81 daripadanya disahkan positif COVID-19.

"KKM juga mengesahkan penularan masih berlaku di lokaliti itu dan kes baharu juga masih direkodkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kedua-dua rumah panjang itu dilanjutkan seminggu lagi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD lima rumah panjang di Mukah, Sarawak yang dijadualkan hingga 20 Mei, tamat esok.

Katanya, keputusan itu membabitkan Rumah Panjang Belayong, Rumah Panjang Muda, Rumah Panjang Tepi, Rumah Panjang Minggu dan Rumah Panjang Undom di Jalan Bukut Balingian.

Beliau berkata, keputusan penamatan PKPD lebih awal bagi lokaliti itu diambil hasil nasihat dan penilaian risiko oleh KKM.

"Sepanjang tempoh PKPD itu, KKM sudah melakukan 315 ujian saringan dan 156 daripadanya disahkan positif COVID-19.

"KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster terkawal, manakala kes terakhir yang direkodkan pada 12 Mei lalu, iaitu 13 kes," katanya.

Beliau berkata, penamatan lebih awal itu dilakukan selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.

"Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di lima rumah panjang terbabit mulai esok, lebih awal daripada yang dijadualkan," katanya.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails