Wednesday, May 12, 2021

Hamas Jawab Balas.. Ruang Udara Israel Dibanjiri 130 Bedilan Roket.

 

HARAKAT al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) dalam satu kenyataan mengatakan, Briged Izz ad-Din al-Qassam telah melancarkan serangan roket dari Gaza ke beberapa lokasi di sekitar Tel Aviv, pada Selasa malam.

Menurut laporan Reuters, sebanyak 130 roket ditembakkan ke bandar Israel itu sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim Zionis di Sheikh Jarrah dan di sekitar masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

“Kami melaksanakan janji dengan melancarkan serangan roket besar-besaran terhadap Tel Aviv dan pinggirannya sebagai tindak balas atas serangan musuh ke arah tempat tinggal penduduk,” katanya.

Memetik laporan sama, siren-siren amaran roket dibunyikan disusuli dengan pelbagai bunyi letupan selepas beberapa minit kumpulan militan Gaza itu melancarkan serangan balas.

Sementara itu, media antarabangsa dan pengguna laman sosial Twitter tidak ketinggalan berkongsi perkembangan terkini dan video serangan yang memaparkan ruang udara Israel dihujani roket bedilan ke penempatan penduduk dan pusat ekonomi di sekitar Tel Aviv.

Di Gaza pula, penduduk setempat mengasingkan serpihan berikutan serangan udara Israel menghancurkan bangunan 12 tingkat dimana meragut kira-kira 20 orang awam serta puluhan lain yang tercedera.

Sumber: Reuters 

Anonymous said...

Malaysia perlu segera melancarkan segala bantuan kemanusiaan, kewangan, perubatan dan sebaginya kepada rakyat Palestine, gunakan peluang hari terakhir bulan ramadhan yang penuh berkat hari ini untuk melancarkan kempen.

Gerakkanlah tabung2 derma untuk rakyat Palestine kerana mereka yang telah disekat aktiviti ekonominya buat sekian lama sangat2 memerlukan bantuan!

Jom sama2 bantu! #BMF!

3 comments:

Anonymous said...

Yg peliknya palestin tak ganggu pun org israel, tp israel bukan bukan setakat bunuh nabi2, org awam pun mereka bunuh. Sama mcm dapic, terus menerus buat kacau kat tanah melayu. Boleh cari makan kat di sini, but don't diturb the origin.

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada pejuang Islam Hamas kerana roket-roket Hamas berjaya mengenai pelbagai sasaran dalam Israel selepas rejim pengganas Israel menyerang Gaza dan Baitulmaqdis dll.

Jeybontot said...

Kominis di hutan angkat senjata askar bunuh ja.
Kominis di bandar angkut harta askar nonton sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails