Tuesday, April 13, 2021

Ramadhan, Kembalikan Semangat Perang Badar siri 1.

 

1. Songsong Ramadhan

FIRMAN Allah serta terjemahannya:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ – ١٨٣
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ – ١٨٤
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Tafsir ringkas:

1. Dalam ayat 183, Allah SWT telah menyampaikan perintah puasa kepada orang-orang beriman. Puasa adalah suatu Syariat yang penting; ia bukanlah suatu perkara baru kerana umat-umat terdahulu juga telah diperintahkan untuk berpuasa.

Kewajipan puasa di bulan Ramadhan merupakan “madrasah” yang sangat luas rahmatnya kepada setiap insan yang menghayatinya. Siapa pun boleh menimba lautan keberkatan yang disediakan oleh Allah SWT di dalamnya. Kerana itu Allah SWT telah menyediakan madrasah ini untuk dimasuki oleh siapa pun sejak umat-umat yang terdahulu.

2. Hikmah Allah mewajibkan puasa ke atas orang-orang beriman adalah untuk meningkatkan kedudukan mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa. Puasa dapat mendidik orang beriman untuk mengawal nafsu syahwat terutamanya nafsu makan dan seks dengan cara menahan diri daripada makan, minum, melakukan hubungan seksual serta perkara- perkara yang membatalkan puasa di siang hari dengan niat yang tulus kerana Allah.

3. Dalam ayat 184, Allah menerangkan waktu berpuasa yang hanya diwajibkan pada hari-hari tertentu sahaja, bukannya setiap hari. Pada masa permulaan Islam, puasa dilakukan tiga hari setiap bulan. Kemudian hukum puasa itu diganti (nasakh) dengan kewajipan puasa di bulan Ramadhan.

4. Seterusnya Allah menjelaskan hukum-hakam puasa iaitu:

i) Rukhsah (keringanan) diberikan kepada orang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa dan mengganti (qadha) puasa yang mereka tinggalkan itu pada hari lain (selepas habis bulan Ramadhan).

ii) Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa wajib membayar fidyah untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan dengan memberi makan kepada seorang miskin.

iii) Orang yang membayar fidyah digalakkan melebihkan bayaran fidyah tersebut kerana ia adalah suatu kebaikan di sisi Allah.

5. Di hujung ayat 184, Allah menjelaskan bahawa nilai puasa itu lebih baik daripada membayar fidyah. Alangkah baiknya jika kita mengetahui nilai puasa dan sesungguhnya pahala puasa dalam Ramadhan itu amatlah tinggi sekali dan melebihi dari amalan ibadat yang lain.Tapi kita sebagai manusia biasa, tidak dapat tahu dengan sepenuhnya apakah kelebihan puasa itu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Pengajaran:

1. Semua orang beriman wajib mengikut perintah Allah supaya berpuasa yang difardhukan hanya sebulan sahaja daripada dua belas bulan dalam setahun.

2. Sambutlah, bersedialah dan harungilah Ramadhan dengan:
i) Bersegera bertaubat. Bebaskan diri dari amalan mungkar seperti berbohong, mengumpat, lagha dengan hiburan dan nyanyian, bertabarruj, bergaul bebas dan sebagainya.
ii) Berazam untuk mengimarahkan Ramadhan dengan amalan soleh dan tidak membiarkan detik-detiknya dengan perkara yang tidak berfaedah.
iii) Perbanyakkan zikir, doa, istighfar dan tilawah Quran
iv) Menjaga waktu solat dan menunaikannya dengan tenang dan khusyuk
v) Menjaga ibadah-ibadah nawafil (sunat) selepas ibadah yang fardhu.

3. Usahakan mengaudit graf taqwa yang telah dilakar sejak Ramadhan yang lalu. Adakah ibadah kita pada Ramadhan yang lalu berupaya menggilap ketaqwaan kita kepada Allah SWT sepanjang tahun sehinggalah bertemu pula Ramadhan kali ini? Sudah berapa pusingan Ramadhan yang kita lalui sehingga ke tahap usia kini? Adakah hasilnya dapat dilihat menerusi perubahan yang berlaku pada diri kita dalam menghayati sifat-sifat golongan bertaqwa?

4. Kita wajib mendalami ilmu berkenaan puasa secara terperinci agar puasa kita menjadi ibadah yang diterima Allah SWT bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadah yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan acuh tidak acuh setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari.

5. Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti kita hampa kerana tiadanya ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.

6. Tidak boleh tidak ilmu hukum-hakam berkaitan puasa mesti diperhalusi, samada yang wajib, sunat dan adab-adabnya. Antara ilmu asas tentang puasa yang mesti dikuasai ialah:
i) Puasa itu wajib ke atas setiap muslim yang baligh, berakal dan mukim (bukan musafir), mampu (tidak sakit) dan suci dari haid dan nifas.
ii) Disyaratkan dan diwajibkan berniat puasa fardhu setiap malam hari sepanjang ramadhan begitu juga puasa wajib yang lain seperti qadha dan kaffarah.
iii) Mengetahui perkara-perkara yang merosakkan puasa iaitu jimak, keluar mani dengan sengaja, makan dan minum, muntah dengan sengaja, haid dan nifas.

7) Buat kaum wanita terutamanya, pelajarilah:
i) hukum-hakam puasa yang berkaitan dengan wanita seperti haid, nifas, istihadhah, ibu mengandung, bersalin, menyusu dan wanita tua.
ii) bagaimana mengurus masa-masa haid dan nifas di sepanjang Ramadhan untuk mengumpul pahala dengan doa, zikir dan amalan-amalan soleh seperti menuntut ilmu dan kerja-kerja kebajikan. (Ibnu Hasyim)

Rujukan:
Tafsir Al Azhar
Terjemahan Tafsir Ibn Kathir

(bersambung)

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

1 comment:

Anonymous said...

Khas pada walaun Tun yang buta perut, buta mata dan buta segalanya - rakyat meluat dng rekayasa bodoh bangang gang kartel kerala.. ni pun perang kartel

Bukan untuk membela Zahid atau Anwar tetapi … sbb bossku tetap steady

Video Sandakan yang melibatkan Haziq dan individu aawwwuuu..!!

– Ada unsur jenayah dalam video berdasarkan undang-undang negara.

– Kedua-dua yang terlibat tidak membuat laporan pada ketua polis yang dilantik oleh Tun Mahathir Moohammad lebih 2 tahun lalu tetapi salah seorang membuat pengakuan melakukannya kepada polis semasa disoal siasat, seorang lagi menafikan. Sampai la ni samada kes lesap atau diperap.. wallahualam bisawap..!!

– Rakaman CCTV individu yang masuk ke dalam bilik juga diambil keterangan oleh ketua polis yang dilanti oleh Tun Mahathir Mohammad.

– Orang yang mengaku melakukannya dengan berani mencabar seorang lagi untuk menyaman beliau tetapi seorang yanh lain tidak berani.

– Ketua Polis yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohammad itu mengatakan video itu sah tetapi tidak dapat mengenal pasti orang di dalamnya oleh itu peguam negara, Tommy mengatakan tidak ada tuduhan (NFA).. walahualam bisawap... pooodahh tambyy..!!

Sementara itu dalam tuduhan audio Zahid-Anwar:

– Kedua-dua orang menafikan.

– Tidak ada unsur jenayah yang dilakukan didalam audio berdasarkan undang-undang negara.

– Kedua-duanya belum membuat laporan polis.

– Tetapi Ketua Polis lantikan Tun Mahathir Mohammad mengatakan bahawa mereka akan menyiasat untuk mengenal pasti orang tersebut. Akta celah mana nak diguna wallahualam bisawap..!!

- Bukan nak bela sangat Anwar - Zahid cuma rakyat tengok dah naik meluat rekayasa bodoh bangang ini..!! Cuma walaun kartel kerala yang terkinja kinja riang ria..!!

- Banyak kes tertunggak walau lapuran polis dibuat. Jho Lo lesap dikatakan jadi beruang, Nik Faisal lesap tak dapat dikesan Zety dan keluarga tiada tindakan kebarangkalian lesap juga amat tinggi.

- Bukan nak bela sangat Anwar - Zahid cuma elok saja dibuang pegawai tinggi lantikan Tun Mahathir Mohammad ini... rakyat dah naik meluat dan naik menyampah drama bodoh bangang ini.

- Rakyat dah celik mata dan rakyat tak bodoh dan bangang terima bulat bulat apa yang cuba di hidang depan mata.



#buangkartelkeralaselamatnegara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails