Monday, April 12, 2021

Jom Sambut Ramadan Pertama di Surau Orang Asal Pulau Ketam

 

Ramadan 1422 bermakna buat Orang Asal Pulau Ketam

MEMBELAH permukaan pinggir laut Selat Melaka, Harakahdaily dibawa ke sebuah Kampung Orang Asal (KOA) Sungai Dua, Pulau Ketam yang didiami 21 keluarga dengan kira-kira 115 penduduk.

Kediaman mereka tidak kukuh berdiri di atas tanah rata, namun kukuh dan stabil di atas permukaan laut Selat Melaka.

Harakahdaily bersama Dakwah Backpakers Malaysia di bawa ke sebuah surau baharu yang cukup indah dengan seni binanya yang berkonsepkan nature.

Ia terbina hasil usaha keras gotong-royong penduduk kampung dengan bantuan beberapa  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, antaranya Yayasan Khalifah.

Kamarul menceritakan situasi penduduk di KOS Sungai Dua kepada wakil Dakwah Backpakers Malaysia.

Penduduk KOA Sungai Dua, Kamarul Abdullah, 33, berkata, surau tersebut mula dibina seiring tempoh Malaysia mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pandemik Covid-19 menular.

Ia merupakan usaha dan kerjasama penduduk kampung dengan keperluan pembangunan dilengkapi dan Yayaysan Khalifah dan tempoh pembinaan memakan masa setahun lebih.

Katanya, surau itu bakal melengkapkan keperluan penduduk yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang kawasan atau tempat untuk berkumpul secara beramai-ramai.

Rumah penduduk KOA Sungai Dua.

Menurut Kamarul, sebelum ini sebarang sambutan perayaan atau keraian, penduduk akan berkumpul di rumah mengikut giliran. Namun tidak lagi selepas surau tersebut siap dibina.

Ia mampu memuatkan lebih 40 jemaah dalam satu-satu masa selain dilengkapi dengan sejadah, Al-Quran dan tempat mengambil wuduk.

Kamarul yang juga menggalas tanggungjawab sebagai imam dan bilal surau berkenaan memaklumkan bahawa setakat ini, sekurang-kurangnya lapan keluarga di KOA Sungai Dua merupakan penganut agama Islam.

Katanya, berdasarkan pengalaman beliau, ramai penduduk memeluk Islam apabila menjelma bulan mulia itu, iaitu Ramadan dan ia berlaku secara beransur-ansur, bukan serentak.

Keadaan di dalam surau.

Mengulas lanjut kata Kamarul, penduduk senang dengan kehadiran surau tersebut, mereka dapat melakukan aktiviti secara beramai-ramai. Malah, umat Islam boleh mendirikan solat secara berjemaah walaupun jemaah di surau itu masih kurang.

Ditanya mengenai kekangan yang ada, kata Kamarul, beliau agak kecewa memandangkan surau tersebut tidak dapat dimanfaatkan sebagai tempat untuk menimba ilmu.

Hal ini kerana, surau tersebut masih baharu dan tiada guru atau guru agama yang mahir untuk berkongsi ilmu-ilmu, termasuk ilmu-ilmu agama Islam kepada penduduk.

Jelasnya, berdasarkan pemerhatian, kanak-kanak di situ dilihat berminat untuk belajar. Malangnya, tiada tenaga pengajar yang berpengalaman di situ.

Malah, beliau sendiri merasakan bahawa beliau masih perlu belajar banyak perkara tentang Islam, begitu juga penduduk di situ. Bagaimanapun, beliau faham ia masih di peringkat awal.

Kamarul merupakan penduduk KOA Sungai Dua sejak berusia tujuh tahun. Beliau kini mempunyai empat cahaya mata. Anak sulongnya kini diberi tawaran untuk belajar secara percuma di MTM, Pulau Ketam.

Disoal mengenai keperluan lain kata Kamarul, surau tersebut sudah cukup lengkap untuk penduduk KOA Sungai Dua. Namun, berdasarkan pemerhatian penulis, surau itu masih belum mempunyai  speaker  atau sebarang sound system.

Membawa perkara tersebut kepada Pengasas Maahad Tahfiz Mandarin (MTM), Pulau Ketam, Ustaz Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China, kata beliau, MTM sememangnya merancang untuk menghantar pelajarnya ke KOA Sungai Dua bagi mengimarahkan surau berkenaan.

Setakat perancangan awal kata Ustaz Mad China, MTM akan menghantar lima pelajarnya setiap hari sepanjang Ramadan bagi tujuan mengimarahkan bulan mulia itu.

Semoga Ramadan di KOA Sungai Dua kali ini bakal menjadi Ramadan yang amat bermakna untuk mereka. Sekiranya ada pembaca yang berminat untuk turut serta berbakti kepada penduduk KOA Sungai Dua, ia amat dialu-alukan.

Sebarang maklumat lanjut berhubung dana dan sumbangan boleh hubungi Dakwah Backpakers Malaysia.

Untuk rekod, kebanyakan penduduk merupakan nelayan dan mereka memperoleh pendapatan dengan menjual hasil laut kepada peraih di Pulau Ketam yang kebanyakannya kaum Cina. – HARAKAHDAILY 8/4/2021

Lihat sebelum ini.. kisah perjalanan di Pulau Ketam

Chan Tie, mempromosi Pulau Ketam kepada Harakahdaily..

Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu

1 comment:

Anonymous said...

SRC International: Fakta mahkamah SRC bila keterangan bergantung kepada orang mati pun diterima untuk mendapati Najib bersalah

kikiki.. koh koh koh

Rakyat tertanya-tanya bagaimana Hakim Nazlan dapat menerima keterangan saksi pendakwaan ini dan memetiknya dalam penghakimannya untuk mendapati Najib bersalah?

1. Saksi mengatakan seseorang memberitahunya.

2. Apabila ditanya di mana bukti? Dia mengatakan ada di Whatsapp.

3. Jadi di mana Whatsapp? Jawapannya telah dipadamkan.

4. Jadi, di mana telefon yang anda gunakan Whatsapp? Dia menjawab telah dibuang.

5. Jadi, mengapa kamu memadamkan WhatsApp dan membuang telefon?

"Dia menjawab kerana seseorang yang memberitahunya telah meninggal dunia menyebahkan dia sedih dan telah memadam semua mesej dengannya untuk melupakan kenangan yang menyedihkan.".. kah kah kah.. saksi dah goll masuk kuboo

Helo, Hakim Nazlan. Ini adalah mahkamah jenayah. Rakyat tertanya-tanya bagaimana Hakim Nazlan dapat menerima keterangan saksi pendakwaan ini dan memetiknya dalam penghakimannya untuk mendapati Najib bersalah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails