Tuesday, April 13, 2021

Tembakan di sekolah, cetuskan kebimbangan keselematan pelajar AS.

 

Polis Knoxville berkawal di lokasi seorang terbunuh dan seorang anggota polis cedera dalam insiden tembakan dekat Sekolah Tinggi AustinEast Magnet, dekat Tennesse, semalam. FOTO AFP

Seorang terbunuh insiden tembakan di sekolah AS

WASHINGTON: Seorang terbunuh dan seorang anggota polis cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Tennessee, semalam.

Jabatan Polis Bandar Knoxville berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis mendekati dua suspek dipercayai bersenjata di Sekolah Tingggi AustinEast Magnet.

"Ketika mendekati suspek, tembakan dilepaskan. Pegawai polis yang diserang dam cedera dibawa ke pusat perubatan.

"Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi ditahan untuk siasatan lanjut. Sehingga kini, tiada mangsa tembakan lain diketahui," kata polis dalam kenyataan.

Kejadian tembakan di sekitar sekolah berleluasa di Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencetuskan kebimbangan berlarutan di negara itu terutama terhadap keselamatan pelajar.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengarahkan ahli keluarga pelajar berkumpul di stadium besbol berhampiran sekolah.

"Bangunan sekolah disahkan selamat dan pelajar yang tidak terbabit dengan kejadian diserahkan kepada keluarga," kata pegawai Sekolah Knox County, Bob Thomas menerusi Twitter.

Datuk Bandar Knoxville, Indya Kincannon mengesahkan anggota polis yang dirawat di hospital dalam keadaan stabil.

"Saya berterima kasih kerana beliau menggadaikan nyawa melindungi pelajar dan kakitangan sekolah. Saya doakan pembedahannya berjaya," katanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Kejadian tembakan di sekitar sekolah berleluasa di Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencetuskan kebimbangan berlarutan di negara itu terutama terhadap keselamatan pelajar." IH setuju dengan kenyataan itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails