Wednesday, April 14, 2021

Kerjasama dengan parti Melayu, DAP Celaru-biru..,.

 



BANGI, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Perselisihan pendapat melibatkan pemimpin parti tamak haloba DAP ketika ini, dilihat sebagai tanda berlaku keretakan yang semakin ketara dalam parti itu, terutama mengenai persoalan kerjasama dengan parti Melayu.

Menurut pemerhati politik, beberapa pemimpin DAP berpendidikan Inggeris tidak bersependapat dengan mereka yang berpendidikan Cina.

Perkara itu ditonjolkan apabila Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyelar Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu berhubung kenyataannya ‘supaya DAP tidak mencairkan kecinaannya untuk meraih sokongan Melayu’

Bagi Kenneth Cheng dari Agora Society – satu rangkaian intelek – keretakan itu jelas apabila Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berkuasa.

Katanya, pihak yang memilih kerjasama dengan parti-parti Melayu berasal dari kem berpendidikan Inggeris dan mereka yang menentang idea itu adalah golongan tradisionalis Cina.

Beliau menjangkakan kemungkinan akar umbi parti itu berpecah dua kerana bekerjasama dengan parti-parti berasaskan Melayu untuk pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Felo Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun bersetuju perbalahan itu berlaku antara pemimpin berpendidikan Inggeris dan Cina.

“Bukan rahsia lagi sejak bertahun-tahun konfrontasi berkembang antara puak berpendidikan Inggeris dan Cina dalam DAP,” katanya seperti dilapor FMT, hari ini.

Dengan pemilihan parti berlangsung tahun ini, katanya, perbalahan itu kemungkinan akan berlanjutan.

Selain itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Pawi berkata, penyokong tegar DAP bergantung pada pandangan konservatif pemimpin seperti Liu.

Namun, kata beliau, individu yang lebih sederhana telah menyertai pimpinan parti akhir-akhir ini, dengan generasi muda menjadikan parti itu lebih inklusif.

“Sekiranya DAP bergantung pada kumpulan Ronnie Liu, akan sukar untuk parti itu berkembang dan menjadi parti berbilang kaum apabila sokongan dan populasi orang Cina sudah berada di kemuncak.

“Ia tidak akan dapat menambah lebih banyak kerusi tanpa pembabitan orang Melayu, India, Dayak dan Kadazan,” katanya.


7 comments:

Anonymous said...

Sekolah asas mereka sama. Iaitu sekolah vernikular yg memang dipupuk utk benci melayu. Diberatkan berkiblat negara cina dan menolak kesultanan melayu.

Jeybontot said...

Haramkan DAP

Anonymous said...

Chauvinists seperti ini berada dimana2 sahaja dibahangian dunia. Di Amerika, Kanada mereka membina pekan2 mereka, bandar2 mereka, mengagung2kan tulisan mereka dan mengantung tanglung didalam bandar2 disana. Perkara ini amat dibenci oleh penduduk asal menyebabkan menyebabkan kes2 kebencian kaum terus meningkat?

Anonymous said...

Suruh siang kit nyanyi lagu negaraku. Hapal ke tidak? Lagu kebangsaan cina laju jer dia nyanyi.

Anonymous said...

Kepada pencinta dap, jangan jadi duri dlm daging kepada bangsa melayu penduduk asal negara ini.

Anonymous said...

Dulu kan bahalul tiasi ok jer.
Siap kek dan tiup lilin lagi.

Anonymous said...

Dulu dap simpan kuku. 22 bulan baru nampak kukunya diguna utk mencarik dan membunuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails