Friday, April 16, 2021

‘Bodyguard’ dipukul mungkin ada kaitan geng kongsi gelap.

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengawal Keselamatan Bersatu Malaysia (MUSGA) menganggap kejadian bodyguard dipukul oleh majikan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap.

Presidennya, Mohd Nizam Hamzah mendakwa banyak syarikat kongsi gelap terlibat dalam bidang industri keselamatan.

“Banyak sebenarnya syarikat kongsi gelap terlibat dalam bidang keselamatan ini, bersembunyi. lebih baik tanya PIKM (Persatuan Industri Keselamatan Malaysia), depa lebih memahami pasal isu kongsi gelap dalam pengawal keselamatan ini,” ujarnya kepada Harakahdaily, semalam.

Pada pengamatan beliau sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri tersebut, dapat menghidunya memandangkan kes sedemikian jarang berlaku di antara majikan dan pekerja.

Beliau berkata, sekiranya majikan tidak gemar terhadap pekerja yang berpuasa, boleh sahaja menggajikan pekerja bukan Islam.

Tambahnya, majikan tidak sepatutnya bersikap sedemikian terhadap pekerjanya, apatah lagi mengugut pekerja dengan mengacukan pistol.

“Puasa bukan ganggu kerja, pengawal keselamatan berpuasa tidak ganggu kerja pun, dia tetap menjalankan tugas dia juga, kenapa dia hendak sakit hati dengan orang Islam yang nak berpuasa?

“Saya jadi marah, sebagai Presiden MUGSA, kenapa dia tak benarkan berpuasa?” ujarnya.

Menurutnya, setakat ini tidak ada majikan yang tidak membenarkan pekerja berpuasa.

“Setakat ini tidak ada lagi majikan yang tidak membenarkan kami berpuasa, banyak juga majikan yang bukan Islam tetapi tidak kisah pun sebenarnya (pekerja berpuasa),” ujarnya.

“Kenapa sekarang dia tak bagi puasa? Kalau tak nak pekerja puasa, jangan ambil bodyguard orang Islam, ambillah bodyguard bukan Islam. Kita faham, (perkara ini mungkin ada kaitan dengan) kongsi gelap.

“Banyak sebenarnya syarikat kongsi gelap terlibat dalam bidang keselamatan ini, bersembunyi. Lebih baik tanya PIKM, mereka lebih memahami pasal isu kongsi gelap dalam pengawal keselamatan ini,” ujarnya enggan mengulas lebih lanjut perihal isu itu.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuat keputusan yang adil dan tegas bagi membela nasib dua pengawal keselamatan itu.

Mohd Nizam turut berharap tidak berlaku situasi anggota PDRM diperkotak-katikkan oleh mana-mana kongsi gelap.

Ini, ujarnya seperti mana yang didakwa oleh majikan tersebut yang mengatakan dia mempunyai hubungan baik dengan PDRM dan tidak gentar dengan kuasa polis.

“Kita tahu rasuah ini banyak dan KPN (Ketua Polis Negara) pun sedang bertindak membanteras rasuah sekarang ini dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Jadi bila nama dia (KPN) dipetik dalam itu (report polis dua bodyguard), saya harap pihak polis ambil tindakan adil dan tegas terhadap kes ini,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai tindakan MUSGA selepas daripada kejadian itu, kata Mohd Nizam, pihaknya sedang mengadakan perbincangan bersama Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bagi mencegah perkara sama berulang. – HARAKAHDAILY 16/4/2021

Berita hangat

7 comments:

Anonymous said...

Majikan tersebut yang mengatakan dia mempunyai hubungan baik dengan PDRM dan tidak gentar dengan kuasa polis.

Apakah benar statement yang dibuat oleh ketua geng kongsi gelap tersebut? Ianya suatu yang amat serius untuk disiasat!

Anonymous said...

Masa ph dulu, lantik tommy jaga undang2. Mujur 22 bulan jer.

Anonymous said...

5.28

jawab soalan Peperiksaan SKK* ini

Pemuda UMNO Lapor polis klip video lagu raya syarikat judi. Apakah tindakan Polis Lantikan Tun Mahathir selanjutnya.

i. Lesap terus spt Jho Lo Vicky dan Justo.
ii. Siasat mcm siput babi Zety dan Keluarga.
iii. Pantas siasat spt kes dialog Anwr/ Zahid
iv. Tak siasat tokey judi tukar wajah beruang

A. i, ii dan iv
B. i dan ii
C. iii dan iv
D. i, ii dan iii







*SKK = Sekolah Kartel Kerala

avanza5990 said...

Masa ph dulu, lantik tommy jaga undang2. Mujur 22 bulan jer.

wowwwwww loni amat terjaga isle kita di mesia. daging import semo halal xdok so pun daging kartel kapir. ni semua usaha hj hadi menghalalkan seluruh kesatuan daging import di mesia. usaha yg positif drpd hj hadi menjadikan mesia isle seisle sepenuhnya. insyallah hj hadi vs LGE di bagan akan jadi kenyataan. buat ke menang besar tobat semua cina sujud hj hadi. insyallah...takbir.

avanza5990 said...

Klip video lagu raya ajak orang ramai main judi, pelakon Melayu juga bersubahat! Tak hirau sensitiviti umat Islam

http://kachipemas.blogspot.com/2021/04/klip-video-lagu-raya-ajak-orang-ramai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ApaKhabarOrangKampung+%28Apa+Khabar+Orang+Kampung%29


kata kerajaan isle. makin pelik sejak akhir2 ni. no komen.

Anonymous said...

Zaman ph dulu kejahatan tak diberi perhatian. Dah ada tapi ph makan gaji buta, tak buat kerja. Dan terima rasuah. Tiada tangkapan. Zaman la ni isle nye lebih. Tiada rasuah. Bongkar dan terus bongkar. Zaman ph dato seri beri nafkah, terus senyap sunyi.

Anonymous said...

Tun Mahathir tried washed his hand.. Tun try 'kantoi' Zety and Zety counter back 'kantoi' Tun again.

The Edge Online reported yesterday:

Datuk Dr Tawfiq Ayman, the husband of former Bank Negara Malaysia (BNM) governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, was spotted at the police Commercial Crime unit here giving his statement for three hours.

Wearing a mask, he was seen waiting and talking to his lawyer at a coffee outlet at 9.50am before going into Menara KPJ in Jalan Tun Razak 10 minutes later.

Sources told theedgemarkets.com that he had his statement recorded for three hours and was seen leaving the vicinity slightly after 1pm, while being accompanied by his lawyer Datuk Jagjit Singh. It is understood he may come again next week.

Tun Dr Mahathir washed his hands and claim ignorance of Zeti's 1MDB involvement. Lim Sian See could not believe his denial.

Mahathir said he did not know when he appointed her on the Council of Eminent Persons. [Read MMO here].

He told Malaysiakini an interview [Read here and here] after they had earlier reported last month on Mahathir's silence as anti-corruption watchdog C4 trained their guns on him.

Mahathir said Zeti informed him that Najjb had large amount of money in his personal account and they plan to take action.

Kantoi! Zeti denied publicly knowing of the RM2.6 billion deposited in Najib's account but Ambank CEO told court she knew.

It had long been revealed that Zeti had advised Najib to accept the alleged donation from the Saudi royalty into a personal account.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails