Saturday, December 19, 2020

Serangan bertubi kepada PAS tiba-tiba lenyap, mengapa? -Mokhtar Senik

 

TUN menjangkakan semalam 15 Disember Kerajaan PN akan tumbang. Sebelum itu heboh di media sosial bahawa Anwar sudah ada angka 113. Namun semuanya senyap selepas tengah malam tadi bila tarikh 16 Disember bermula. 

Sebelum itu lagi dikecohkan oleh RBA dan khadam-khadam DAP bahawa Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) tidak diterima untuk mengadap DYMM Sultan Perak. Pesuruhjaya (PJ) PAS Perak pula tidak dikekalkan dalam barisan Exco Kerajaan Perak kerana dikatakan derhaka terhadap Sultan. Kemudian ada pula segerombolan seramai lapan orang datang bawa memo ke Pejabat Agung PAS kononnya bantah kerjasama PAS BERSATU. 


Kelihatan agak rapi dan teratur serangan-serangan itu terhadap PAS. Namun seperti yang selalu saya sebut PAS ini parti jujur. PAS parti yang sangat bersifat setia kawan. PAS parti pak lebai yang sentiasa berserah diri kepada Allah. Kerana itu secara peribadi saya tak pernah risau jika PAS diserang bertubi-tubi dari setiap penjuru. Adakala diserang lawan dan banyak ketika juga diserang rakan. Allah tetap melepaskan PAS dari setiap serangan itu. Ini adalah berkat keikhlasan ahli-ahli PAS dalam perjuangan mereka. Berkat sifat sami’na waatho’na mereka kepada Allah, Rasul dan pimpinan. Benarlah kata Allah;

 وَمَن یَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ 

“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”

[al-Ma’idah: 56]

Alhamdulillah… Semalam TGHH telah mengadap Baginda Sultan Perak. Petang semalam YB Tuan Haji Razman PJ Perak dipanggil mengangkat sumpah sebagai Exco. Tengahari semalam kumpulan penghantar memo bantahan PN yang disebut akan hadir beramai-ramai, tiba-tiba hanya hadir dua buah kereta sahaja.

Apa lagi selepas ini yang akan mereka lakukan? Pasti ada… Ahli PAS jangan pening. Kita bergerak seperti biasa. Istiqamah dengan Allah, Rasul dan pimpinan yang bertakwa. Teruskan rutin kehidupan sebagai hamba Allah yang taat. Selebihnya urusan kita Allah uruskan.

Saya tidak pernah bimbing dengan serangan yang datang ketika pimpinan dan ahli PAS masih ingat dan taatkan Allah. Tapi saya bimbang serangan itu datang saat pimpinan dan ahli PAS tenggelam dalam kemewahan. Waspadalah.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/12/2020

7 comments:

Unknown said...

Pesanan pada perenggan terakhir tu amat benar... Moga terus istiqomah dan bergantung pada Allah azzawajalla

Anonymous said...

Apa citer si Leena tu ye? Sian dia..

Unknown said...

Mu pilah repot ke polis atau pejabat agama atau kaum keluarga dia, tunjukkan bukti. Atau nnt kat akhirat mu pilah carik ustadz Mokhtar kat masyar... Bolehkan?

Anonymous said...

Pehal plk panas bontot ni? Bkn puak pas ke yg dah buat report polis psl motar snake sm si leena tu. So apa citer skrg??

Unknown said...

Aku chat dengan budak bodoh rupanya, ceh buang masa aku je

Anonymous said...

Biasa la penganut Pas. Bila xde fakta, modal maki la apa lg..kah355x!

Unknown said...

Salam... Aku layanlah kau sikit dengan harapan kau berfikir dan tahu kau "bodoh" malah bukan setakat bodoh tapi jugak tukang sebar fitnah. Moga moga kau insaf (kalau kau islam lah)... Walaupun cara aku kasar, pada aku mmg tak guna lembut lembut dgn tukang penyebar fitnah lagi bodoh

Lepas orang pas buat laporan polis apa jadi, kena tangkap ke ustad Mokhtar senik? Kena reman?

Cerita ustad Mokhtar senik kacau bini orang ni sapa yg tulis? Suami pompuan tu ke, kaum keluarganya ke? Logiknya kalau bini kena kacau tentu suaminya yg marah, ini lain pulak, penulis yg entah kapir entah islam yg tak kenalpun pompuan tu yg tulis, masuk akal ke?

Hang yg komen secara menyindir kes tu seolah olah hang tahu cerita, sebab tu aku cabar hang pi report polis.

Macammana dah buleh fikir ke kenapa aku kata hang bodoh, bukan setakat bodoh malah penyambung fitnah... Kat akhirat nnt boleh tanggung ke? Kecuali hang sebenarnya bukan islam (mintak maaflah, aku tak kenal hang, tapi aku harap hang ni islam lah, sebab tu aku tulis jugak supaya hang insaf)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails