Saturday, December 19, 2020

Anugerah Pencipta Nasyid Ikim julung kali dalam talian.

 

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin. - Foto Ikim

KUALA LUMPUR: Anugerah Pencipta Nasyid Ikim 2020 (APNI 2020) buat julung kali dianjurkan dalam talian dan berlangsung dalam suasana normal baharu tanpa membabitkan penonton, esok.

APNI 2020 anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) itu turut merakam segmen persembahan terlebih dahulu sebelum berlangsung. Anugerah itu boleh ditonton menerusi empat platform melalui Televisyen (TV) Ikim, Youtube Ikim, Facebook (FB) dan boleh didengari menerusi stesen radio Ikim FM, jam 9 malam.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin percaya APNI 2020 mampu menarik perhatian ramai penonton berikutan skop penyiaran lebih meluas menerusi platform talian.

Matlamat yang ingin dicapai melalui APNI 2020 lebih sebagai tugasan dakwah. Semoga dakwah ini dapat disampaikan kepada penonton.

"Biarpun APNI 2020 tidak bersiaran secara langsung di pentas berikutan pendekatan norma baharu, tetapi kami yakin dengan 1.5 juta pendengar tegar stesen radio Ikim FM, anugerah ini akan mendapat perhatian penonton, apatah lagi empat platform disediakan.

"Dengan platform dalam talian seperti YouTube, saluran TV dan FB, lebih ramai boleh mengikuti APNI 2020 di seluruh dunia." katanya pada sidang media yang dianjurkan secara virtual, baru-baru ini.

Sidang media APNI 2020 dihadiri Ketua Pengarah Ikim, Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin (dua dari kanan), Pengurus Besar Radio Ikim, Mahathir Shaharuddin (tiga dari kanan) dan Farihin Abd Fatah (kanan) secara virtual, baru-baru ini. - Foto Ikim

APNI 2020 dianjurkan sebagai menyahut saranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Berbeza daripada anugerah yang pernah dianjurkan sebelum ini oleh Ikim, APNI 2020 membabitkan karya baharu.

Tujuh penerbit dipilih menyertai pertandingan perlu menghasilkan lagu berpandukan tujuh nilai penting Islam iaitu ilmu, hikmah, adab, amanah, adil, taqwa dan benar.

Selain membabitkan tujuh penerbit dan tujuh nilai penting Islam, APNI 2020 turut mengetengahkan penulis lirik, penyusun lagu dan kumpulan penyanyi. Lebih istimewa, tujuh lagu ciptaan baharu itu juga diabadikan dalam satu buku notasi muzik.

Dr Azizan berkata, objektif penerbitan buku notasi muzik supaya boleh menjadi sebagai bahan khazanah dan rujukan kepada sesiapa sahaja pada masa depan.

Penerbit yang terbabit dalam penganjuran APNI 2020 itu ialah Hafiz Hamidun, Daqmie, Yasin Sulaiman, Ikhwan Fatanna, Fuad Ko, Along Exist dan AG Coco.

Kumpulan yang turut serta ialah Rabbani, Hijjaz, Inteam, Zayne & Halim Ahmad, Far East, Fadzli Farest, Naim Helmi & Maliq Suhaimi, Awla serta Simfoni & Afad.

Mentor APNI 2020, Farihin Abd Fatah. - Foto Ikim

Pengurus Besar Radio Ikim, Mahathir Shaharuddin berkata, juara bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 berserta trofi dan sijil, manakala tempat kedua RM7,000 dan tempat ketiga RM3,000.

Katanya, karya dinilai oleh empat juri profesional iaitu Manan Ngah, Hairul Anuar Harun, Adeep Nahar dan Ustaz Paharol Md Juoi. Ikim tidak akan memegang hak cipta, sebaliknya menjadi milik penerbit sepenuhnya.

"Kami tidak akan memegang hak cipta lagu, sebaliknya diserahkan semula kepada penerbit. Mereka bebas untuk mempromosikan lagu yang dicipta di mana-mana platform termasuklah stesen radio lain," katanya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Farihin Abd Fatah yang bertindak selaku Mentor APNI 2020.

Kes Pelacuran Dalam Talian Kelas Atas, Mengheret Artis Dan Model Di Bandung

Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html
Public
None
Dec 19, 2020
Published
8

Jom Kita Lihat Berita Dari Jakarta. Bagaimana Razieq Shihab Ditahan

Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html
Public
None
Dec 19, 2020
Published
50

Ini, Strategi Serangan Secara Terbuka As Terhadap Turki..

Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html
Public
None
Dec 18, 2020
Published
21
Public
None
Dec 18, 2020
Published
16

Pas Dan Istana.. Satu Kelegaan

Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html
18+ only
Copyright claim
+ 1 more
Dec 17, 2020
Published
18

Tuntut Habib Rizieq Dibebaskan, Demonstrasi Di Istana Negara Jakarta, Jumaat ini..

Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html
18+ only
Age restriction
Dec 16, 2020
Published
48

Gegar vaganza tidak mengikut syariat Islam??

Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html
Public
Made for kids
Dec 15, 2020
Published
105
Public
Made for kids
Dec 14, 2020
Published
58

Sampaikan Islam Melalui Channel Youtube

share: https://youtu.be/QLRPwCJkGkM
Public
None
Dec 6, 2020
Published
132


6 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Apa Menteri Agama LIBERAL buat utk. memPERTAHANkan ISLAM/UMATnya dr. MUSUH2 Islam/Melayu yg. makin MENGGANAS kat NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang TURUN TEMURUN Bumiputera kita ni?!

Lihat artis2 Islam/Melayu, termsk. si PENYAMAQ2 Zionis LIBERAL mcm. BINATANG2 BUAS-muka2 mcm. PENAGIH2 DADAH - buat LAMBANG TANGAN memuja IBLIS!!

Itulah, ASTRO mmg. ada MO MUSUH Islam/Melayu amat JAHAT - utk. mengNORMALkan budaya2 HOMO/LUCAH/PENGAMBILAN DADAH/membuat LAMBANG TANGAN Zionis Memuja IBLIS, termsk. di kalangan ARTIS2 Islam/Melayu kita - utk. diJAHANAMkan MORAL anak2 muda ISLAM/MELAYU kita (UNIFY pun makin TERIKUT)!

Lihat ARTIS2 LIAR ni, di - https://malaysiagazette.com/2020/12/14/cliff-umar-juara-gv7/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Juga, KALIM & KEM. MEDIA liberal paling TAK GUNA, lansung TAK peduli pd.
Siaran2 ASING di ASTRO terutamanya dr. BARAT & INDIA (& UNIFY makin TERIKUT) - makin mengNORMALkan budaya2 LUCAH/HOMO/PENGAMBILAN DADAH/buat LAMBANG TANGAN memuja IBLIS - utk. terus menJAHANAMkan MORAL & AQIDAH anak2 muda Islam/Melayu & Katholik kita!!

Juga boleh pula berita Tamil di RTM2 di hujungnya, mempromosi seolah bacaan kitab Agama Hindu dgn. foto Sami Hindu yg. seolah memegang senjata - seolah berita Tamil RTM tu penganut Hindu yg. punya sdgkan ramai bangsa Tamil yg. Islam - yg. lagi pun melanggar Undg2 Perlembagaan 11 (4) & (5)!

Dan drama2/filem2/Iklan2 Tamil Malaysia - lansung menDISKRIMINASI Umat Islam Tamil dll - seolah umat Islam Tamil TAK wujud kat NEGARA ISLAM kita ni, & ini negara INDIA & Sri Lanka yg. mmg. BENCIkan bangsa BUMIPUTERA Islam India & Sri Lanka - ya, boleh pula DISKRIMINASI & RASISMA amat keji ni terhdp. Umat Islam Tamil dll dibenarkan juga kat NEGARA ISLAM kita ni, oleh bangsa Tamil Bukan Islam terutamanya!!

Dan lainlah kalau Islam dipromosikan di mana2 Siaran TV - sbb. Islam mmg. adalah AGAMA NEGARA berdasarkan Undg2 Perlembagaan 3!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PEMBETULAN: Artikel 2, Perenggan 1:

Juga JAKIM & KEM. MULTIMEDIA paling TAK guna.......

Anonymous said...

Sabu and the gang sedang berusaha keras menyesatkan muslim. Mereka mengajak supaya bersangka baik dengan dap seperti mereka. Pan jahil tentang kebaikan kerana dipimpin oleh presiden yg petah berpidato tapi tiada asas agama yg kukuh. Presiden pandai berjenaka tapi konten agama adalah kosong. Yg terbuang dari pas dan menubuhkan pan adalah mereka yg bukan ulamak tetapi tegar dengan liberal. Mereka jadi pengkhianat kepada Islam dan bumiputera dengan menjadi sekutu kuat dap, sebuah parti yg berjuang menubuhkan negara yg terbuang Islamnya. Majority pemimpin dap adalah avengalist. Pemimpin pan sangat selesa bersekutu dengan dap sedangkan majority muslim menganggap dap adalah dajjal yg menjadi perosak luaran kepada islam. Sedangkan pan adalah dajjal dari dalam islam yg mempunyai ciri munafiq. Perbuatan menghina dan fitnah pewaris anbiya' ada pada dap dan pan.

Anonymous said...

Tu dia penyembah najib..bape byk ko dpt elaun ni cai? Bagi link. Aku nk join jgk. Jgk la mkn sorg..kate BMF..

Anonymous said...

Lantak ko la..teruk betul ko kena badi pandap. Akibat terlalu byk mencipta penipuan. Akhirnya percaya pd penipuan sndiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails