Tuesday, December 15, 2020

Boleh Sekat &Ubah Aliran Sungai Muda Di Kedah..

 

Kedah lontar peringatan kepada Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah membayangkan bahawa pihaknya boleh menyekat dan mengubah aliran Sungai Muda di negeri itu, atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata, pihaknya lebih memilih pendekatan perundingan di mana setiap tahun Kedah menghantar surat meminta Pulau Pinang membayar caj air mentah.

Bagaimanapun kesali beliau, Kerajaan Pulau Pinang tidak menjawab permintaan tersebut yang disifatkannya sebarang reaksi akan menyebabkan mereka terpaksa berterusan memberi alasan menyelesaikan pembayaran.

Sanusi bercakap kepada media selepas menyampaikan komputer riba dan pelan data kepada 50 pelajar daripada kategori B40 anak Kedah Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Seri Angsana, EDC Hotel & Resort di Sintok, hari ini.

“Saya rasa dalam tamadun moden ini, bila dah ada undang-undang, ada akta, kita kena follow lah. Tak payahlah sampai ke mahkamah. Kalau semua urusan kena berakhir di mahkamah, teruklah dunia ini. Tak boleh nak berjalanlah, stuck, semua kena pergi mahkamah,” ujarnya.

Perjelas beliau, perkara tersebut tidak akan berbangkit sekiranya Pulau Pinang tidak ‘menyentuh’ dan masuk campur urusan negeri Kedah yang dipertikaikan berkaitan tindakannya meneroka elemen nadir bumi (REE).

Tegas Sanusi, beliau bertindak mempertahankan kepentingan negerinya di mana sumber air mentah adalah tanggungjawab negeri, tetapi Pulau Pinang yang mendapat sumber mentah dari Kedah telah mengacau urusan negeri itu.

Menurutnya, beliau boleh mengubah aliran Sungai Muda yang menjadi sumber bekalan air mentah Pulau Pinang itu ke tempat lain atau membuat sekatan di Pinang Tunggal iaitu lokasi sempadan antara dua negeri tersebut.

Sehubungan itu beliau menggesa Kerajaan Pulau Pinang menjawab surat dari Kerajaan Negeri Kedah dan tidak mengganggu urusan negerinya, serta membuat bayaran RM50 juta setahun yang diminta.

Terdahulu ADUN Jeneri itu dalam penerangannya berhubung isu tersebut menyanggah kononnya tiada ketetapan sebarang caj dikenakan sejak skim air Sungai Muda tersebut dibuka secara rasmi pada tahun 1973.

“Ya, dulu memang tak ada caj. LSANK (Lembaga Sumber Air Negeri Kedah) pun baru ditubuh selepas WSIA (Akta Industri Perkhidmatan Air) 2006 diluluskan di Parlimen, ditubuhkan anak syarikat-syarikat operator ayaq ini sebagai syarikat pengganti kepada JBA-JBA (Jabatan Bekalan Air) di negeri-negeri.

“Kuasa kerajaan negeri hanya berada pada sumber air. State tinggal sumber air. Dulu bidang kuasa ayaq ini kuasa state melalui WSIA 2006 dengan tertubuhnya SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) dan PAAB (Pengurusan Aset Air Berhad),” ujarnya.

Maklumnya, Kedah menubuhkan Syarikat Air Darul Aman (SADA), manakala Pulau Pinang Perbadanan Bekalan Air (PBA), juga negeri-negeri lain di mana pihak lembaga pula bertindak mengenakan caj menerusi sumber mentah.

“Kita kena collect pasal nak mengekalkan sumber air. Sumber air ini datang daripada kawasan tadahan, kita nak kekalkan kawasan tadahan itu sebagai kawasan tadahan yang mampu supply ayaq yang mencukupi. Jadi dia kena bayaqlah,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/11/2020

5 comments:

Anonymous said...

Mahathir Mohamed pasti akan gagalkan aper sajer plan Anwar Ibrahim... tambah lagi memang dari dulu lagi gua dah kata... Mahathir Mohamed memang taknak Anwar Ibrahim jadi PM... walaupun Muhyiddin Yasin tu kuda papan ato kuda kayu dan lemau basi.... kalu itulah pilihan yang ader.. Mahathir Mohamed tetap akan suka, sokong dan bantu....

Ader paham ka?? mana mau nyer..

Reply

Anonymous said...

Dr Mahathir, Ku Li mahu kembalikan Malaysia sebagai harimau Asia. Gua rasa bukan rimau Asia... taik rimau ade ler rasanya..!! kikiki

Dua ahli politik veteran itu bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci rancangan mereka menjelang pengundian terakhir Belanjawan 2021 esok.

Anonymous said...

Sebenarnya Tun dah gelabah, terdesak dan sangat cemas esok hari di Sidang Dewan Bajer 2021.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat esok.

Seperti biasa Tun yang sangat terdesak dan mengelabah memainkan sentimen Kerajaan Perpaduan bersama KuLi sidang media petang tadi. Tun sudah menghidu Anwar sudah mendapat 113 majority mudah untuk menjatuhkan Mahyuddin.

Dalam keadan cemas terdesak dan kelam kabut Tun menyusun strategi cuba menghalang Anwar dari menjatuhkan kerajaan PN proksi Tun@ Mahyuddin

Atok dah "expired", dia tidak punya sokongan yg cukup utk jadi PM, diratib2kan KUNUNnya DSAI tidak punya "numbers" sebaliknya "doa" itu sedang berbalik kpd diri dia. Atokhanya ada 4 ketol telo bergoyang MP parti haram.

Warisan boleh supply sekitar 8 ketol telo MP? Berap ketol saja telo yang ada!? Di ratibnya juga ini salah najib.. najib dan najib.

Sbb nak ajak 15 MP bangun sokong Undian Belah Bagian pd 26 Disember lalu pun Atok tak mampu.

Siapa di kalangan MP yg sokong Ku Li?? JIKA dalam UMNO pun dia kalah bertanding jawatan Presiden itu petanda UMNO sendiri tolak Ku Li yg dah "expired"

Sentimen rakyat di dolukan seperti biasa " Atok dan KuLi dah tak kisah tak bagi gajinpun tak apa apa yang kerajaan bagi dah cukup", kata Atok. Yang ayat power atok ini yang walaun tak tahan nak terkinja kinja.

Masih nak percaya lagi kah dengan kaki fitnah penipu si lidah bercabang ni..!?

Anonymous said...

Artikel pasal sanusi. Tp komen psl mahathir..hehehe
Korg ni, respek la skit kat mb kedah tu. Dia tgh plan nak kalih sungai.

Anonymous said...

Mahathir sesumpah. Kejap kejam dengan dap, kejap berpeluk sakan, kemudian tolak dap. Yg ketiga tu betul. Tolak dap kerana dap seperti api dalam sekam. Sekarang seranah anwar setelah gunakan anwar untuk jawatan pm7. Dulu baik dengan abah, sekarang berguling guling nak gulingkan abah. Pejuwang la ni baik pulak dengan kuli. Jika kilu waras, kuli tidak dipergunakan oleh mahathir. Biarla mahathir bersendirian meniti hari hari ujung usia. Kejarlah akhirat, jangan kejar politik keterlaluan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails