Thursday, December 17, 2020

Mana maruah kerajaan negeri? Tungau seberang laut nampak...

 

Kerajaan Pulau Pinang dan PBAPP sepatutnya rasional

ISU AIR Pulau Pinang: Kerajaan ibarat ‘Tungau seberang laut nampak sedangkan gajah depan mata tak nampak’. Asyik melihat Ulu Muda terancam sehingga lupa bahawa kawasan tadahan di Pulau Pinang sedang menghadapi kemerosotan paras takungan air.

Empangan Teluk Bahang menghadapi kemerosotan paras takungan air dengan begitu ketara sekali. Kenapa tak nampak? Kenapa tak siasat? Sama ada ianya berpunca daripada kecurian air atau kesan penggondolan bukit di kawasan tadahan itu. Janganlah sengaja buat-buat tak nampak.

Begitu juga Empangan Air Itam, tadahan titi kerawang bukankah telah berlaku kemerosotan yang ketara akibat kegilaan untuk buat projek di Bukit Bendera. Bukankah disebabkan aktiviti pembangunan itu menjejaskan survivalbekalan air? Apakah PBAPP tak pernah tahu atau sengaja tak mahu tahu? Kenapa sibuk sangat dengan Ulu Muda?

Sehingga kini tiada tindakan yang dikenakan kepada pihak yang merosakkan kualiti kawasan tadahan dan sumber air sekalipun dalam bidang kuasa sendiri. Apa jadi dengan Sungai Kereh? Tercemar teruk sehingga mendatangkan masalah kepada rakyat dan merugikan banyak pihak.

Mana maruah kita? Mana maruah kerajaan negeri? Mana integriti? Jika kita sedar betapa pentingnya sumber air dari Sungai Muda kepada Negeri Pulau Pinang sewajarnya tuntutan Kerajaan Kedah mesti dipertimbangkan dan rundingan segera diadakan. Bukannya hanya tahu menuding jari main arah-arah begitu sahaja. Mana tak naik angin Kerajaan Kedah.

Solusinya mudah, selesaikan di meja rundingan. Itulah langkah yang bijak antara kerajaan dengan kerajaan. Jangan perjudikan nasib rakyat sendiri. Ingat! Rakyat Pulau Pinang bukan tidak bayar bil air. Jadi uruslah dengan bijak hal ini.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap YDP PAS Kawasan Balik Pulau – HARAKAHDAILY 15/12/2020

IHtv
IHtv
8 subscribers

6 comments:

Anonymous said...

PP nk follow air klate yg mcm teh tarik

Anonymous said...

hang pi tengok dah ka kat telok bahang tu. Ikut sedap mulut saja nak cakap

Anonymous said...

Kelate nak follow pp sungai ada najis babi

Anonymous said...

Air teh tarik boleh diminum, air najis babi bagi ph jer minum.

Anonymous said...

Kira ibnu hasyim ni memfitnah ke?

Anonymous said...

Skrg ni Pas tgh hirup gulai sekawah yg ada seketul daging babi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails