Tuesday, December 15, 2020

Filem ‘Babi’, perkauman, tayang di luar negara -Persatuan Seniman

 

Laporan polis terhadap filem ‘Babi’ karya Namawee

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman hari ini membuat laporan polis terhadap filem ‘Babi’ karya Wee Meng Chee atau Namawee yang ditayangkan di luar negara kerana dipercayai mempunyai unsur perkauman dan didakwa telah menjejaskan imej Malaysia.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata selepas menonton klip video filem itu, secara peribadi beliau berpendapat terdapat unsur-unsur perkauman di dalam filem itu meskipun dikatakan ia dibuat berdasarkan kisah benar.

Beliau berkata pihaknya bersikap terbuka bagi mana-mana pihak di negara ini yang mahu menerbitkan sebarang filem, namun ia harus berpandukan garis panduan ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Lembaga Penapis Filem.

“Kami tidak menyekat mana-mana pihak untuk membuat filem yang kritis tetapi kita kena faham bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang hidup dengan pelbagai kaum.

Selain itu, kami juga menggesa agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat filem berkenaan di mana-mana platform media sosial termasuklah di YouTube,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, di sini.

Filem berkenaan didakwa mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air pada tahun 2000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan. – BERNAMA

7 comments:

Anonymous said...

Filem babi didakwa boleh mencetuskan isu atau konflik perkauman di negara kita. Mengapa pihak berkuasa belum menangkap dan mendakwa semua yang terlibat dalam produksi filem babi di mahkamah ?

Anonymous said...

Betul2 inilah binatang yang ditakuti PAS dan UMNO,tetapi kalau untuk dapat kuasa binatang ini boleh dihalal kan.kah.....kah.....kah......

Anonymous said...

Ni sudah boleh istihar persona non grata kepada penerbit filem ni?

Jangan berlengah sebelum nasi menjadi bubur!

Sukakan kedamaian said...

Yang dok tanamkan sikap perkauman,Yang menanamkan perasaan buruk sangka antara kaum,yg mengapi apikan kebencian..siapa yer..😘
Tak lain Dan tak bukan..ahli politik yg haprak..yg dok Gila jawatan Dan kuasa..
Penat guru2 kat sekolah dok ajar semangat perpaduan Dan kekitaan dikalangan pelajar berbilang bangsa.tapi dijahanamkan oleh politik sempit pemimpin yg Ada sekarang.

Anonymous said...

Ada sapa2 dah tgk filem ni ke?

Anonymous said...

Yg kuat perkauman ialah dap. Anak2 mereka bersekolah di sekolah cina jer. Mereka tidak hormat budaya asal negara ini. Kalau musim raya cina mereka pasang tanglung merata2, tetapi mereka juga tolak tulisan jawi, tulisan asal negara ini. Ini politik sempit pemimpin dap mengajar umat dap berfikiran sempit. Ikut nafsu kufur.

Anonymous said...

Sekarang najis babi masuk sungai. Bangsa dap tidak peduli dan sanggup buat kerosakan dan terpaksa juga ditanggung oleh penduduk asal negara ini. Penduduk asal negara ini majoritynya tak makan babi, tapi terpaksa tanggung kejahatan dap. Bau busuk najis babi yg jadi ketagihan bangsa dap terpaksa dihidu oleh orang lain pulak.

Cuma kadang2 babi yg jadi bahan ejekan jadi makanan ygdisukai oleh bangsa dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails