Tuesday, December 15, 2020

Berakhir sudah wayang Pakatan Harapan di Parlimen -Dr. Wee Ka Siong.

 

111 vs 108! Berakhir sudah ‘sejuk-panas’ Dewan Rakyat dalam memutuskan Belanjawan 2021, dari Peringkat Dasar pada 26 November 2020, hinggalah Peringkat Jawatankuasa 27 Kementerian yang bermula 30 November 2020. Semuanya diluluskan oleh Dewan Rakyat, 9 daripada 27 Kementerian lulus menerusi undi belah bahagian.

Sepanjang proses ini, saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri apa yang berlaku, melihat bagaimana MP pembangkang memainkan ‘falsafah’ mereka iaitu, ‘Consistently Inconsistent’. Hari ini, Rang Undang-undang Perbekalan untuk bacaan kali ketiga juga diluluskan Dewan Rakyat, menerusi undian belah bahagian, 111 vs 108.

Semasa memutuskan Belanjawan 2021 pada bacaan kali kedua, pihak pembangkang gagal memperolehi kuorum 15 orang Ahli Parlimen untuk mengadakan undian belah bahagian dan lantaran itu mereka telah dikritik hebat kerana cakap tak serupa bikin.

Selepas menginsafi kesilapan tersebut, pihak pembangkang mengubah skripnya serta-merta mengusulkan undian belah bahagian di peringkat Jawatankuasa dan pada bacaan kali ke-3.

Kita semua tahu bahawa pembangkang mahukan kuasa pemerintahan, sejak Kerajaan PH tumbang pada 24 Februari 2020 susulan peletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM). Sebelum itu YDP Agong sudah beri nasihat tapi Tun tetap mahu letak jawatan.

Rakyat juga pasti tidak akan lupa bagaimana negara terkesan akibat krisis politik berpanjangan yang merugikan. Sejak PH ambil alih tampuk pemerintahan negara pada Mei 2018, mereka asyik sibuk dengan peralihan kuasa PM sehingga mengabaikan kepentingan rakyat, bahkan janji-janji Manifesto PRU14 mereka tidak dikotakan, hanya tinggal janji.

Apabila PH mencetuskan konflik politik yang menjejaskan kestabilan negara, BN, PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahu PRU diadakan pada ketika itu, sehari selepas Tun Mahathir letak jawatan PM. Tapi kami akur dengan kebijaksanaan YDP Agong iaitu memilih seorang Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi PM tanpa melalui pilihan raya. 

Kebijaksanaan Baginda dalam membuat keputusan adalah langkah tepat, lebih-lebih lagi dalam keadaan kita berdepan musuh yang tak nampak iaitu pandemik COVID-19. Lihat apa yang berlaku di Sabah apabila PRN diadakan selepas Ketua Menterinya pada ketika itu memohon pembubaran DUN Sabah bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Justeru itu, tidak sepatutnya timbul untuk diadakan pilihan raya pada waktu sekarang. Percayalah, tiada siapa mahu kerajaan yang tidak stabil. Tapi kita perlu berpijak di bumi nyata, hidup dalam realiti, COVID-19 tidak boleh dipandang ringan dan keselamatan rakyat patut diletakkan pada tempat tertinggi. Inilah yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini.

Sabarlah, bila sampai masanya nanti sudah tentu PRU15 akan diadakan. 

YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 15/12/2020

IHtv (IBNU Hasyim)

7 comments:

Anonymous said...

Bossku bijak mengenakan Tun. Walaun Tun Mahathit sedaya upaya membatu api adu domba untuk mrngenakan Bossku minta nyawa pada DAP dan PKR.

Tuduhan fitnah jijik bossku bersekongkol dengan DAP seperti kes MB Perak tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya sejarah membuktikan Tun yang terhegeh hegeh menjilat balik kahak tentang DAP dulu dan sekarang sanggup jadi barua DAP.

Undian Belanjawan 2021 untuk bacaan ketiga di Dewan Rakyat hari ini boleh menjadi pertembungan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan pemimpin Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

“Anwar berulang kali mendakwa dia memiliki sokongan yang ‘kuat, utuh (baca 'aleutoh') dan meyakinkan’ di Dewan Rakyat.

"Muhyiddin yang merupakan perdana menteri atau Anwar yang ingin jadi perdana menteri?

“Di pihak Najib, disabitkan bersalah dan sedang merayu terhadap sabitan rasuah itu selain sejumlah lagi pendakwaan di mahkamah.

Sejumlah kes berprofil tinggi yang diberikan keputusan dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) sejak Muhyiddin menjadi perdana menteri.

“Rakyat sudah pun lihat belas kasihan (leniency) terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, yang dilepas tanpa dibebaskan, dan (bekas menteri wilayah) Tengku Adnan Mansor serta (anak tiri Najib) Riza Abdul Aziz yang turut diberikan DNAA.

“Pastinya untuk menjangka keputusan sama terhadap kes-kes anda. Jadi Muhyiddin dilihat sebagai pertaruhan yang baik.

Ternyata game bossku menyebabkan Tun malu kesipuan seorang diri. Sekarang rakyat sudah tahu siapa yang terhegeh hegeh menjilat ludahnya dan siapa yang sanggup jadi barua DAP.

Insyallah kes bossku rayuan akan disebut semula dan mahkamah akan membuat pertimbangan yang sewajarnya fitnah jijik kes SRC dan 1MDB nanti.

Tunggu relex and chill... yg penting jangan fitnah jijik dan mendahului keputusan mahkamah..

ahaksss..!!

Anonymous said...

Dari pkr dan pan tidak mewakili rakyat. Mewakili diri sendiri mereka itu. Terpengaruh dengan aura pidato kosong Dato Sri Anwar, jelas mereka itu seperti kumpulan burung kakak tua yg pandai bertutur ttp tak faham apa yg dituturkan.

Rakyat peribumi tak mahu pkr dan pan, juga tak mahu dap. Pkr dan pan pandai berimaginasi, sementara dap nak ubah landskap budaya tanah melayu yg berasal dari budaya melayu. Sudah tentu merisaukan dan menjengkelkan orang melayu dengan politik dap.

Anonymous said...

Presiden parti liberal bijak berretorik. Dari sudut kemenjadian ternyata gagal. "Langkah kajang, langkah port dickson, ada nombor" semuanya bermula dari rhetoric. Meyakinkan untuk dilaksanakan, namun kecundang sebelum tiba di garis penamat. Rakyat diperdayakan dan politik dikotorkan oleh susuk tubuh yg punya seni rhetoric yg tinggi. Susuk tubuh yg berkelulusan pengajian melayu memang terlatih menggunakan bahasa serta penyampaian yg memukau, masalahnya tidak selari dengan akhlaq yg gemarkan aktiviti luar tabii. Pertembungan akhlaq dengan bahasa ternyata meruntun serta pura2. Dalam usia yg sudah lanjut dan karekter sedia ada yg ada pada presiden parti liberal, sedangkan politik malaysia sudah memasuki era baru, menjadikan presiden makin terpinggir. Reformasi bawaannya rupa2nya merugikan orang melayu. Kerana terpaksa bergabong dengan dap, sedangkan dap punya cita2 meruntuhkan budaya melayu dan Islam.

Anonymous said...

Otai saja yang rela dibodohkan...

cukup lah sekali kami terkena era reformasi.. ada yg buta mata, ada yg dibuang universiti, buang kerja dll suma dilupakan...


Otai gua salute sama lu... sanggup jadi bodoh abadi

jgn salah ibu mengandung... mme lu yg bengong abadi..

Anonymous said...

Kita tengok drama amno, mcao, mico dan pasu plak

Anonymous said...

Pkr tertubuh lebih kepada agenda peribadi. Untuk berseronok setelah disingkir dari umno. Berseronok dengan melanggar fitrah manusia dalam banyak aspek termasuk aqidah.

Anonymous said...

So apa plk agenda pas? hudud sm ruu355 apa citer?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails