Tuesday, December 15, 2020

Diketuai seorang wanita di Myanmar, akan lancar serangan beberapa bandar di India..

 

Sebuah pertubuhan Rohingya berpangkalan di Malaysia yang didakwa ada kaitan kewangan dengan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, dikatakan merancang melancarkan serangan pengganas di India, lapor The Times India. - Foto NSTP

Kumpulan Rohingya di Malaysia didakwa cuba lancar serangan di India

MUMBAI: Sebuah pertubuhan Rohingya berpangkalan di Malaysia yang didakwa ada kaitan kewangan dengan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, dikatakan merancang melancarkan serangan pengganas di India, lapor The Times India.

Menurut laporan itu, perisik India memintas transaksi kewangan penting antara ketua pertubuhan Rohingya itu, Mohammed Naseer dan Zakir.

Pertubuhan berkenaan dipercayai berada pada fasa akhir dalam merancang serangan ke atas beberapa bahagian di India.

"Perisik percaya kumpulan itu, yang diketuai seorang wanita di Myanmar, akan melancarkan serangan di beberapa bandar di India dalam beberapa minggu lagi.

"Lewat Jumaat lalu, pasukan perisik memaklumkan pihak polis mengenai penemuan itu dan biro risikan Delhi, Haryana, Uttar Pradesh, Bihar dan Bengal Barat bagi meningkatkan tahap keselamatan," katanya memetik kenyataan sumber.

Memetik dokumen perisik, laporan itu mendedahkan bahawa berlaku beberapa transaksi antara India dan Malaysia, membabitkan sejumlah AS$200,000 (RM810,300) dikesan dikirim kepada Naseer yang berpangkalan di India dan Zakir.

Menurut laporan sama, suspek berpangkalan di Chennai itu dipercayai bertindak sebagai 'hawala' (pemindah wang secara haram) dan sudah menerima sebahagian daripada wang berkenaan.

"Siasatan lanjut mendapati kumpulan berkenaan akan menceroboh India pada pertengahan atau akhir Disember, melalui Bangladesh.

"Asal usul atau identiti wanita yang didakwa menerima latihan di Myanmar untuk melancarkan serangan itu masih tidak jelas, tetapi dia disyaki dihantar ke Myanmar dari Malaysia pada awal tahun ini," kata sumber.

Perisik India berkata, serangan berkenaan turut dirancang di beberapa bandar dan negeri lain iaitu Ayodhya, Bodhgaya, Srinagar dan Punjab.

Pihak berkuasa risikan difahamkan sedang berusaha mengenal pasti jika sebuah kumpulan militan Rohingya terbabit dalam pemindahan wang itu.

Kumpulan berkenaan menjadi perhatian tahun lalu apabila cuba mengutip derma bagi membiayai pelarian Rohingya di Malaysia. - AGENSI

1 comment:

Anonymous said...

Rejim pelampau hindu India sedang menfitnah dan memburuk-burukkan Dr Zakir Naik seorang pendakwah Islam yang hebat dan umat Islam Rohingya yang sedang tindas di Myanmar.

Nampaknya rejim hindu India sangat terdesak untuk menutup mulut pendakwah Islam Dr Zakir Naik dan menghalau pelarian Rohingya ke luar dari India sehingga rejim sanggup memcipta cerita dongeng untuk menfitnah mereka.

Adalah tidak logik kaum Rohingya mahu menyerang negara India sedangkan rejim pengganas Myanmar yang sedang menindas, menyiksa, merogol dan membunuh kaum Rohingya di Myanmar.

Adakah menjadi kesalahan jika umat Islam termasuk Dr Zakir Naik menderma wang untuk mengurangkan penderitaan pelarian Rohingya ?

Yang jelas dan pasti ialah rejim hindu India bersikap rasis terhadap Islam dan umat Islam di India sejak Modi berkuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails