Tuesday, December 15, 2020

PP, wartakan kawasan tadahan air. -Cadangan Menteri PAS Kreatif

 

Pulau Pinang perlu teroka sumber air altenatif.. 

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneroka sumber air alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber air sedia ada.

Ia bertujuan bagi kegunaan industri pada masa hadapan selain sebagai jaminan sumber air buat rakyat negeri itu.

Justeru itu, Menterinya, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewartakan sebahagian kawasan sebagai kawasan tadahan air.

Hal ini kerana, Pulau Pinang masih belum mewartakan mana-mana kawasan sebagai kawasan tadahan air berbanding negeri-negeri lain.

“Pulau Pinang perlu juga sama-sama meneroka sumber air alternatif seperti air pulih guna daripada pembentungan yang disasarkan oleh pihak KASA sebanyak 1,500 juta liter sehari air pulih guna dari teknologi kumbahan menjelang 2030 untuk kegunaan industri.

“Demikian juga kita harapkan kerajaan Pulau Pinang dapat meneroka kawasan-kawasan sumber air bawah tanah dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada sumber sedia ada.

“Sebanyak 3,398.94 hektar dicadang untuk diwartakan sebagai kawasan tadahan air, dan untuk makluman Dewan Yang Mulia, Pulau Pinang belum wartakan sikit pun darinya,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Chow Kon Yeow [DAP-Tanjong] yang meminta Tuan Ibrahim [PAS-Kubang Kerian] menjelaskan lokasi 25,000 hektar yang diwartakan Kedah sebagai kawasan tadahan air, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada negeri-negeri yang telah mewartakan sebahagian kawasan sebagai kawasan tadahan air seperti Kedah sebanyak 100 peratus daripada 110,000 kawasan.

Johor (99.47 peratus), Melaka (100 peratus), Negeri Sembilan (100 peratus), Pahang (100 peratus), Perlis (100 peratus), Selangor (100 peratus), Terengganu (100 peratus), Perak (54.12 peratus) dan Kelantan (99.2 peratus). – HARAKAHDAILY 15/12/2020

IHtv (IBNU Hasyim)

6 comments:

Anonymous said...

Cadang PP ikut saranan menteri mewa. Tadah air hujan..
Aku pembekal tangki pvc..sila tggalkan email.

zack said...

kalau melombong sebuk takut cemarkan air..tp bila perternakan babi yg sewenang wenang kotorkan sungai seluruh malaysia dan terbaru dibidor,perak didiamkan sahaja..bertindak segera tak kira apa yg mengotori sungai..

Anonymous said...

Menteri b brani nak belat sungai... nak paksa bayar

Menteri ni plak x brani nak paksa penang bayar

Nampak sangat pemimpin cakap ikut sedap hati. Itulah bahana kawan dgn amno ngok

Anonymous said...

Pulau Pinang sepatutnya memulihkan sungai2 yang telah dicemari dengan TAIK BABI dan memulakan program menyalurkannya ke reservoir2 takungan pembekalan air untuk kegunaaan domestic mereka!

Ini juga dapat mengurangkan kebergantuangan kepada negeri2 lain.

Anonymous said...

Rakyat menyambut baik saranan bijak pandai yang mengesyorkan PENJARA MANDATORI kepada mana2 individu atau pihak2 yang mengotorkan/mencemarkan mana2 sungai yang ada dinegara ini!

Ini termasuklah mencemarkan sungai2 dengan TAIK BABI, aktiviti kuari, kilang2 simen, pembungan bahan2 kimia seperti yang berlaku di Pasir Gudang dsb.

Kepas semua MP2 daripada membincangkan perkara2 yang TIDAK BERFAEDAH lebih baik dapat bahas dan meluluskan undang2 ini dengan kadar segera!

Rakyat cadangkan 10 tahun PENJARA MANDATORI!

Anonymous said...

Tapi siang kit tak pernah beri cadangan yg bernas. Penyelesaian uncle siang kit cara komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails