Monday, December 14, 2020

Semua pihak hanya perlu menunggu dan tidak perlu terkapai-kapai..

 

‘Bila hujan turun, baru buka payung’ – Presiden PAS
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam reaksinya menyatakan bahawa semua pihak hanya perlu menunggu dan tidak perlu terkapai-kapai membuat keputusan sebelum hakikat sebenar berlaku.
“Bila hujan turun, baru kita buka payung. Hujan belum turun, payung dah ada, payung dah ada, bagaimana kita nak buka payung itu, tengok saiz ukuran hujan itu turun,” ujarnya tenang.

KUALA LUMPUR: Khabar angin bahawa Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah berita yang bukan pertama kali diuar-uarkan.

Beliau turut menyentuh tindakan pembangkang mencabar Kerajaan Perikatan Nasional telah gagal antaranya dilihat pada undi Belanjawan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

“Walaupun majoriti yang tipis. Dalam amalan demokrasi, walaupun menang satu undi, sudah sah, ini yang penting. Boleh jalankan tugas. Dan mereka berusaha itu gagal,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat WARISAN membuka cawangan di Semenanjung, beliau menyatakan keterbukaan untuk parti itu berbuat demikian dan menyatakan bahawa PAS juga mempunyai kekuatan sendiri.

Maklum beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, PAS pada masa kini mempunyai ahli hampir sejuta di seluruh negara dengan lebih 190 kawasan atau Parlimen serta ribuan Cawangan.

“Melihat Malaysia sebuah negara demokrasi, peringkat nasional, WARISAN sudah didaftarkan sebagai parti politik. Dan dia berhak untuk tubuh cawangan di mana sahaja di Malaysia, kita tak ada halangan.

“Tak boleh halang dia nak tubuh cawangan dia di mana sahaja,” ujarnya pada Majlis Ramah Mesra Media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.

Ditanya mengenai perkembangan di Perak, PAS menurutnya telah menyembah permohonan untuk menghadap Sultan Perak dan sudah menerima tarikhnya, namun tidak perlu dimaklumkan kepada media.

Beliau juga menyifatkan isu politik Perak sebahagian besar telah diselesaikan di mana pada dasarnya sudah berjaya melantik Menteri Besar dan lima Exco untuk menjalankan tugas, manakala baki itu mengikut proses Perlembagaan Negeri Perak.

Ditanya isu kuil di Kedah, terangnya ia adalah isu undang-undang dan bukan isu agama di mana penyelesaian mesti dilakukan secara undang-undang.

“Dan kita berbincang dengan MIC, dengan siapa sahaja dengan masyarakat Hindu berbagai kaum berdasarkan kepada undang-undang. Bukan sahaja pembinaan kuil, termasuk pembinaan masjid, surau mengikut undang-undang juga,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/12/2020

Lihat mengenai IHtv..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chenel Youtube..


4 comments:

Anonymous said...

ATOK DAPAT RASA PEJWANG LINGKOP TENGAH JALAN
DIAMBILNYA PULA WARISAN JADI KUDA TUNGGANGAN
HAAH TEPOKK POP KON COCONUT SHAKE KITE SEDIAKAN
ATOK BOBOI DAN WALAUN MENCIPAN TIDAK KERUAN..


nak mati dah.. udah udah lah tu


#sukasakatatok


kikikiki...

Anonymous said...

Kalau hendak diceritakan akan keanihan yang berlaku ini, pasti ramai yang akan menolaknya. Kerana cerita atau alasan kejadian yang besar besar ini berlaku hanya telah ditulis didalam.kitab kitab lama atau yang terdahulu saja.

Bagi mereka yang mengkaji, inshaallah, mereka pasti tahu apa maknanya.

Kepada semua, ambil perhatian!!!!

Bermula dari 14hb Disember 2020 sehingga 27hb December.. nantikan!!!!

Bergegar kah dunia????

Utara, Selatan, Barat dan Timur'!!!

Demi Tursina!!!!

Inshallah, ini adalah peringatan !!!

Akhir Zaman

Semua muausia di setiap inci bumi semuanya bakal terkesan.

Anonymous said...

BUKA PAYUNG BILA HUJAN....BANJIR GUNA PAYUNG BUAT SAMPAN HAHAHAA

Anonymous said...

Betul2 tu boss,ikut gaya macam buaya yang sentiasa melopongkan mulut,kalau di humbankan pulus terus tangkup mulut.kah...kah....kah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails