Friday, May 17, 2019

PH Keluarkan Setem Gereja.. Benarkah Dakwaan Presiden ISMA Ini?

Presiden ISMA cetus kontroversi dakwa PH keluar setem gereja
Aminuddin mendakwa tindakan mengeluarkan setem tersebut selari dengan konsep Rahmatan Lil Alami (Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu merupakan rahmat untuk seluruh alam). - Sumber foto FB  


KUALA LUMPUR: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terus mencetuskan kontroversi apabila presidennya, Aminuddin Yahya mendakwa kerajaan Malaysia Baharu itu telah "mengeluarkan" setem dengan lakaran imej gereja.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Aminuddin mendakwa "tindakan mengeluarkan setem berkenaan selari dengan konsep Rahmatan Lil Alami (Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W itu merupakan rahmat untuk seluruh alam)."

"Mungkin kita hendak menarik pelancong agaknya atau sudah habis idea untuk design apa. Jadi kalau ada orang luar label Malaysia sebagai negara Kristian esok, kita janganlah marah sebab memang kita dah 'potray'-kan demikian.


"Satu lagi bentuk 'buli' kepada umat Islam," demikian tulisnya dalam entri tersebut, pada Khamis.
Bagaimanapun, tindakan melulu Aminuddin itu menerima kecam hebat oleh pelbagai pihak termasuk Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang dan peguam, Syahredzan Johan.

Beliau turut berkata, "menurut Aminuddin Yahaya, Presiden Isma, Islam kini "DIBULI" sebab sekarang dah ada setem gambar gereja".

Reaksi pelbagai turut diluahkan oleh netizen yang mendakwa Aminuddin "kurang bijak" kerana tidak membuat semakan mengenai pengeluaran setem yang mempamerkan rumah ibadat di Malaysia.

Tinjauan Astro AWANI di laman sesawang Pos Malaysia, koleksi-koleksi setem berlatarkan gambar pelbagai rumah ibadat telah dikeluarkan sejak 21 November 2016 lagi dan ia dijual di pejabat pos di seluruh negara.

Koleksi setem berkenaan memaparkan lima imej rumah ibadat iaitu Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang, Gereja St Francis Xavier (Melaka), Tokong Tong Perak (Perak) serta Kuil Sri Kandaswamy Kovil dan Gurdwara Sahib Shapha, kedua-duanya di Kuala Lumpur.

Buat masa ini, pihak Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan dari pihak Pos Malaysia. (AA)

2 comments:

Anonymous said...


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula).
Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat.
Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.

Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat.

bab ni tak mau pulak ambek rahmat ynag dijanji oleh Allah

Anonymous said...

Semua pemimpin Pakatan Hancing adalah boneka liberal di mana tali-tali mereka dipegang oleh abang besar kafir harbi DA-Pig.

Jika anda pernah menonton pertunjukan boneka, anda akan faham kenyataan di atas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails