SUKAN
“AKHIR kalam, saya jangkakan pada final nanti, ia akan lebih bergantung kepada pasukan mana lebih ‘perform’, nescaya dialah yang akan menang. Saya berpihak kepada Liverpool,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
Hantaran itu ternyata mendapat sambutan pengguna laman sosial dengan 1,500 perkongsian, lebih 900 komentar oleh netizen selain lebih 400 tanda suka mengenai hantaran itu.
Hantaran itu berkaitan kebangkitan luar biasa Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika menewaskan Barcelona untuk melangkah ke pentas akhir dengan agregat 4-3, baru-baru ini.
“Melihat perlawanan Liga Juara-Juara Eropah beberapa hari lalu di antara Barcelona dan Liverpool yang pada awalnya dimenangi Barcelona dengan agregat 3-0.
“Melihat perlawanan Liga Juara-Juara Eropah beberapa hari lalu di antara Barcelona dan Liverpool yang pada awalnya dimenangi Barcelona dengan agregat 3-0.
“Tetapi, apabila bermain di gelanggang Anfield, walaupun tonggak utama seperti Mohamed Salah dan Roberto Firmino direhatkan kerana kecederaan, kemenangan berpihak kepada Liverpool dengan agregat 4-0. Justeru, keputusan akhir menyaksikan agregat 4-3,” katanya.
Beliau turut menggariskan beberapa pengajaran dapat dicontohi peminat bola sepak daripada kemenangan itu.
“Sifat terlebih yakin boleh memakan diri, sementara semangat kental dan azam kuat boleh mengubah sesuatu keputusan.
“Semangat berpasukan adalah acuan terbaik dalam menempa kejayaan selain tidak mengalah dan berputus asa akan menatijahkan kejayaan luar biasa,” katanya.
No comments:
Post a Comment