Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, atas sebab itu persoalan yang dibangkitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai tidak adil dan tidak bertanggungjawab.
Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, Anwar telah mengambil sikap bertanggungjawab dan terbuka dengan bersedia menjalin kerjasama serta muafakat dengan semua pihak demi kepentingan negara serta masyarakat.
“Saya kira kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan tidak adil kerana umum sedia maklum pertuduhan terhadap Anwar semenjak 1998 itu merupakan pertuduhan politik yang akhirnya telah membawa kepada pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.
“Walaupun kita mempunyai pandangan politik yang berbeza tetapi kita harus berpegang pada fakta dan kenyataan bahawa kemelut (pertuduhan) ini telah diselesaikan dengan cara yang baik demi kepentingan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Mohamed Azmin menyampaikan sumbangan duit raya kepada 30 anak yatim dan beberapa kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di sini.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak menasihatkan agar semua pihak menjaga kesucian bulan Ramadan dengan tidak mereka cerita.
“Saya kira di bulan Ramadan ini eloklah kita menjaga adab dan sopan selain paling penting mengukuhkan ukhwah agar keluar daripada bulan ini kita menjadi umat berjaya bukan hanya daripada aspek ekonomi, politik tetapi memiliki sahsiah keperibadian yang mulia,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Takiyuddin dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Sabah, mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.
Semalam, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu mempertahankan kenyataannya itu kerana telah meneliti perkara tersebut berdasarkan fakta dan undang-undang. - UTUSAN ONLINE
Lihat terus..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir