Wednesday, May 15, 2019

Buku Karya MB Mampu Jadi Rujukan -Prof Dr Mat Rofa Ismail


KOTA BHARU: Buku terbaru Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob bertajuk 'Sains al Quran’ mampu dijadikan rujukan kepada pengemar ilmu berkaitan sains dalam Islam.
Pakar bidang etnomantik Prof Dr Mat Rofa Ismail berkata, cetusan ayat-ayat saintifik dalam al Quran' mengambarkan hubungan antara hujah nakli dan akli.
Katanya, dalil tersebut dinyatakan dalam al Quran secara universal yang dikupas secara ringkas dalam 30 juzuk kitab tersebut.
"Buku ini memberi gambaran hubungan antara dalil akli dan nakli dalam al Quran dengan ayat berbentuk universal dan dikupas secara ringkas meliputi 30 juzu al Quran.
"Beberapa tajuk yang penting seperti langit, bumi, air dan sebagainya digabungkan dalam satu tulisan sangat bermakna. Saya harap ia dapat dijadikan rujukan," katanya ketika ditemui selepas program bicara al Quran dan Sains di Madinah Ramadan semalam.
Buku 'Sains al Quran’ setebal 97 muka surat dilancarkan Menteri Besar pada majlis amanat tahun baharu 2019 Januari lepas. - HARAKAHDAILY 14/5/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails