Sunday, May 12, 2019

Polis Cekap, 'Bos dan 12 GRO' Dicekup!


Photo Hiasan


SEORANG lelaki ditahan dalam di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, 12.40 tengah malam, hari ini kerana disyaki menggaji 12 wanita warganegara Thailand sebagai wanita pelayan (GRO).
Pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, mendapati wanita berkenaan menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, pihaknya turut memeriksa pelanggan termasuk 16 lelaki berada di premis hiburan berkenaan.

“Lelaki dan wanita berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, saman turut dikeluarkan mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan 2003 kerana menjalankan perniagaan dengan lesen hiburan tamat tempoh.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 8:32 PM (HMetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails