Wednesday, May 15, 2019

Pingat Emas, Atlet K'jaan Islam M'sia Sanggup Berpakaian Telanjang Sambut Ramadhan..


Atlet gimnas negara, Amy Kwan dijangka menjadi sandaran skuad kebangsaan. FOTO NSTP.

SUKAN


Lai Hun berkata, gimnas senior yang disenaraikan adalah Amy Kwan, Koi Sie Yan, Izzah Amzan, Rayna Hoh Khai Ling dan Tammy Ng Jia Wen untuk acara individu manakala bagi acara latihan berkumpulan masih belum ditetapkan.

Beliau berkata senarai muktamad skuad gimrama negara untuk beraksi pada temasya dwitahunan itu hanya akan diputuskan berdasarkan prestasi di tiga kejohanan antarabangsa bakal disertai mereka selepas ini.
“Maksimum empat gimnas akan dipilih daripada senarai panjang untuk ke SEA Games. Kita akan mengadakan ujian pemilihan dan juga melihat kepada keputusan daripada beberapa kejohanan antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata atlet gimrama negara akan berlepas ke Yaroslavl, Rusia minggu depan untuk saingan persahabatan dari 22 Mei hingga 2 Jun, sebelum ke Pattaya, Thailand bagi menyertai Kejohanan Asia pada 18 hingga 23 Jun.
Skuad gimrama negara kemudian dijadual berlepas ke Baku, Azerbaijan untuk menyertai Kejohanan Dunia pada 16 hingga 22 Sept.
“Kemungkinan selepas Kejohanan Dunia, atlet akan ditempatkan di Rusia untuk latihan pada akhir September selama tempoh kurang satu bulan,” katanya.
Untuk rekod, skuad gimrama negara menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 5:37 PM (HMetro)



Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

Komen Weblogg Ibnu Hasyim: Demi pingat Emas, atlet kerajaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia atau Tanah Melayu, sanggup 'berpakaian tapi telanjang' sambut Ramadhan..

Balaci-balaci PH (kerajaan Malaysia kini dah lebih setahun memerintah) masih beralasan boleh kerana atlet itu bukan beragama Islam. Kenapa bengong sangat, bukankah mereka mewakili negara umat Islam? Islam jenis apa begitu?

1 comment:

Anonymous said...

Bonus penjawat awam Terengganu diumum esok
Baharom Bakar

KERAJAAN negeri belum membuat keputusan mengenai bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam di Terengganu tetapi kertas cadangan permohonan akan dimasukkan dalam agenda Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) esok.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya berkata, kertas cadangan termasuk jumlah bantuan, kaedah pembayaran serta peruntukan untuk pemberian bonus kepada semua penjawat awam di negeri itu akan dibentangkan pada mesyuarat EXCO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails