Tuesday, May 14, 2019

Edar Air Meneral 300 Keluarga, Hadapi Air Cemar. Itulah Indahnya PAS..



LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong telah mengedarkan air mineral kepada kira-kira 300 keluarga yang menghadapi masalah pencemaran air di Loji Rawatan Air (LRA) di Kampung Air Ganda, di sini, semalam.
Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria berkata, inisitif itu mungkin tidak seberapa nilainya, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan beban memenuni keperluan air minuman.
LRA Sungai Ganda telah ditutup sejak April lalu apabila dilaporkan mengandungi racun arsenik di mana kini usaha pemulihan sedang giat dilaksanakan bagi membebaskan pencemaran tersebut.
Beliau berharap usaha itu menjadi pemangkin kepada pihak-pihak berkenaan supaya mempercepatkan kerja-kerja tersebut agar bekalan air dapat segera disalurkan.
"Memandangkan bulan Ramadan, keperluan terhadap air bersih, terutama air minuman sangat penting kepada mereka, jadi kita merasa bertanggungjawab untuk meringankan sedikit masalah mereka," katanya.
Pengedaran air mineral sebanyak enam liter bagi setiap keluarga itu digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS, Ameerah dan PAS Cawangan Air Ganda sendiri.
Turut hadir, Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS Lenggong, Ustaz Hanafiah Mohd Idris dan Mohd Jamel Yahaya dan Ketua Pemuda PAS Lenggong, Ustaz Muhammad Rifa'at Razman.
IMG 20190513 WA0089
Razman yang juga Adun Gunung Semanggol berkata, beliau difahamkan ujian terhadap kualiti air di LRA Sungai Ganda akan hari ini sama ada telah bebas daripada pencemaran sebagaimana makluman yang diberi.
Bagaimanapun, beliau difahamkan air berkenaan yang mengandungi tahap arsenik rendah, hanya boleh digunakan untuk mandi dan mencuci pakaian, tetapi tidak untuk minuman. - HARAKAHDAILY 13/5/2019

Komen Webloh Ibnu Hasyim: Itulah indahnya PAS sebagai parti berusrah dan berjamaah.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk bendera pas

1 comment:

Anonymous said...

Mana DAP, PAN, PKR dan Bersatu di waktu rakyat sedang menderita dan beban rakyat semakin berat kerana dasar PH sendiri ?

Pelbagai janji manifesto PH telah ke laut !! Mana prinsip moral pemimpin-pemimpin PH? Mana maruah PH? Mana integriti PH?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails