Tuesday, May 14, 2019

Dalam Jamaah Kena Ikut Imam - Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli PAS hendaklah sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam merangkumi matlamat, dasar, akidah perjuangan dan menjaga akhlak Islam.
Ujarnya, ahli PAS boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh berpecah dan bergaduh.
Tegasnya, ahli mesti sentiasa bersatu di bawah satu titik persamaan dan saling bermaafan dalam setiap perbezaan.
“Seruan saya juga bila kita berada dalam parti, bermakna kita berjemaah, kalau solat berjemaah kita mesti ikut imam.
“Kalau imam silap kita boleh tegur, selagi tak batal solat. Jangan tolak imam dan ambil alih imam kerana dia silap, itu satu benda yang salah dari segi solat jemaah,” ujarnya.
Menurut beliau, berjemaah dalam parti ini lebih besar dan mencabar. Dengan sebab itu, umat Islam kena sedar khususnya dalam politik Islam ini, ada perkara dasar yang tidak boleh dipertikaikan, seperti asas perjuangan dan akidah.
Hal ini tidak boleh berbeza dan bergaduh sama sekali, mesti berpegang teguh kepada Majlis Syura Ulama yang mengendalikan parti dengan sebaik-baiknya.
Katanya, perkara yang berkaitan dengan 'mutaghayyirat' boleh berubah mengikut keadaan, situasi dan realiti.
“Ini perkara besar kerana berkait dengan strategi politik dan bagaimana kita hendak menangani isu-isu semasa. Ini perlu dibuat dengan cara yang bijaksana.
“Memang kita tidak ada tokoh seperti Nabi Muhammad S.A.W. dan Khulafa' Rasyidin, tetapi kita boleh membentuk ketokohan secara berjemaah dan kolektif. Jadi bila sudah membuat satu keputusan jemaah, kita mesti patuh pada keputusan itu,” tambah beliau.
Beliau turut menyaksikan bagaimana mereka yang istiqamah dengan keputusan parti walaupun tidak setuju dalam pandangan mereka, tetapi bila parti membuat keputusan, mereka tetap patuh, tetap hadir dan bersama dengan parti, seperti Almarhum Ustaz Hassan Shukri dan lain-lain lagi.
Hatta bila dalam tahun pemilihan, sebagai contoh Dr Hj. Abbas Alias, daripada Yang Dipertua Agung PAS tidak dipilih dan menjadi ahli biasa, tetap terus hadir muktamar.
“Ustaz Hassan Shukri pernah bertanding Timbalan Presiden, tetapi tidak dipilih. Kita lantik, dia terus tidak tinggal dan berkhidmat dengan Pejabat PAS, meneruskan tarbiah, kita semua tahu.
“Ini contoh-contoh yang menarik dan kita kena sedar, di mana dalam perjuangan Islam ini kita perlu istiqamah hingga akhir hayat,” tambah beliau.
Sementara itu, beliau memberikan nasihat kepada seluruh pimpinan dan ahli selepas ditanya oleh wartawan dalam satu temubual pada bulan lalu mengenai Muktamar PAS memandangkan tahun ini adalah tahun pemilihan. – HARAKAHDAILY 14/5/2019


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

9 comments:

Anonymous said...

Baru-baru ini, media melaporkan Zaharudin Muhammad yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama Pas mendedahkan wujudnya ‘kartel dedak’ dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam parti itu yang didakwa menerima dana daripada pihak tertentu. Malah beliau mendakwa, pendedahan itu mendapat ‘restu’ Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau yang juga menantu kepada Abdul Hadi telah memberikan singkatan dan bayangan bagi nama kelima-lima individu yang didakwa terlibat dalam kumpulan kartel dedak tersebut.

Bagaimanapun dalam senarai itu, Zaharudin menafikan dua nama terlibat iaitu Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pemuda Pas yang juga adik iparnya, Muhamad Khalil Abdul Hadi. Namun beliau tidak menafikan tiga nama lagi yang dinamakan oleh pelbagai pihak sebagai terlibat iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan, ahli parlimen Bachok Nik Muhamad Abduh dan ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali.

Anonymous said...

Dalam jemaah kita kena ikut imam, kalau sedang sembahyang imam terkentut, kita juga kena kentut....amacam dengan sembahyang? Batal semuanya. Inilah yang Islam tekankan cara mengatasi masalah, kalau imam terkentut semasa sembahyang, ada cara makmum akan menggantikan imam tersebut dalam sembahyang. Belajarlah, jangan kata, "ANA DAH TAHU!"

Anonymous said...

Ana tau kalau berimamkan dap tentu syurgakan. Buat apa berimamkan orang islam.
Itulah pegangan ph, imam kentut, makmum pun kena kentut. Jahil bertingkat. Kecik kecik tak nak belajo. Hidup dan bernyawa dengan fitnah jer.

Anonymous said...

Bukan jamaah kena ikut 5 orang Kartel Dedak ke?

Tanya saja jangan marah.

Anonymous said...

Siapa 5 Imam Besar Kartel Dedak?

Apa ajaran 5 mazhab Imam Kartel Dedak PAS?

Hukum kaya-raya sebab ambil duit UMNO haram ke halal?

Saya budak baru belajar, kalau Kartel Dedak tolong hulurkan.

Anonymous said...

Syiah ada berbelas imam....
Macam syiah saja ikut imam!

Anonymous said...

Kartel dedak dap buat parti kuali pimpinan cook

Anonymous said...

Stop persendakan islam.

Anonymous said...

Wah nampaknya tentera kacang merah ternakan parti kafir harbi DA-Pig cuba menyamar sebagai orang Melayu untuk memecahkan perpaduan kaum Melayu dan menfitnah ulama Islam dan parti Islam PAS.

Malangnya penipuan barua DA-Pig ini terdedah apabila komen-komen yang ditulis oleh tentera kacang merah jelas menunjukkan barua-barua DA-Pig ini jahil murakkab tentang Islam.

Inilah akibatnya apabila barua dungu ternakan DA-Pig suka menyondol dedak cap roket seperti bab* menyondol dedak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails