Sunday, May 12, 2019

1MDB Didakwa Guna Kempen P'raya Barack Obama &B/Penyanyi Fugees.

 Jho Low dan bekas penyanyi Fugees didakwa biayai kempen Barack Obama

HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dikenakan pendakwaan tambahan oleh Jabatan kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pagi tadi berhubung kes 1Malaysia Development (1MDB).

Memetik laporan Astro Awani, pendakwaan itu dibuat membabitkan isu menggunakan wang 1MDB untuk kempen pilihan raya bekas Presiden AS, Barack Obama pada 2012.

Jho Low dikatakan telah memindahkan kira-kira RM90 juta (AS$21.6 juta) kepada Pras Michel, bekas penyanyi kumpulan Fugees.


Menurut dakwaan yang difailkan di Washington semalam, Pras Michel kemudiannya dikatakan menggunakan wang RM90 juta itu dan mengagihkan kira-kira RM3.5 juta (AS$865,000) kepada 20 individu lain.

Pihak yang terbabit, kemudiannya ‘menderma’ wang yang diperoleh daripada Pras Michel kepada penganjur pemilihan Presiden AS ke-44 itu, tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa dari mana datangnya wang berkenaan.

Undang-undang AS menghalang wang yang berasal dari luar negara untuk digunakan sebagai wang kempen pilihan raya presiden.

Bagaimanapaun, nama Barack Obama tidak disebut dalam pertuduhan mahkamah semalam sebaliknya DOJ hanya menggunakan perkataan 'Calon A' di dalam dokumen rasmi itu.

Dalam perkembangan sama, DOJ turut mendakwa bahawa Pras Michel telah menggunakan sebanyak RM4.1 juta (AS$1 juta) dan diberikan kepada jawatankuasa pilihan raya bebas.


Tuduhan terhadap kedua-dua lelaki itu menunjukkan usaha yang agresif oleh 'pembiaya' Malaysia untuk mendapat pengaruh di AS.

Terdahulu, Jho Low, yang dikenal pasti oleh penyiasat Malaysia dan AS sebagai watak utama dalam skandal berbilion dolar 1MDB dipercayai melarikan diri daripada ditahan di Hong Kong ke pulau berdekatan dengan Macau. (AA)

5 comments:

Anonymous said...

“(Tetapi) Alhamdulillah, saya ucap terima kasih (kepada) Perdana Menteri (kerana) ambil orang-orang ini masuk BERSATU, masuk dalam parti dia, dan Umno bersih daripada orang ini. Jadi Umno dan PAS dalam keadaan yang bersih sekarang.

“Diambil mereka-mereka yang dianggap sebagai masalah-masalah dalam Umno, dalam PAS ini masuk PH. Tinggal kita parti yang alhamdulillah dalam keadaan baik. Dengan itu, usaha penyatuan PAS dan Umno akan berlaku dengan baik, insyaAllah ini natijahnya.

“Saya ucap terima kasih kepada Tun Mahathir kerana tolong ambil orang ini masuk PH, untuk selamatkan PAS dan Umno. Insya-Allah PAS dengan Umno akan bergabung hadapi PRU15 dan capai kemenangan. Kemenangan dengan semangat Nuzul Quran, semangat Badar,” ujarnya pada Pelancaran Sambutan Badar Kubra dan Nuzul Quran PAS Pusat itu.

Anonymous said...

Ya tepat, non 4.11PM, Umno dan Pas kini bersih dari orang2 yang BERSIH. Ini bermaksud, yang kekal dalam Umno dan Pas itu ialah mereka2 yang KOTOR HATI DAN JIWAnya. Penuh dengan orang2 hasad dengki dendam kesumat pengadu domba berterusan akibat kekecewaan kekalahan dalam PRU14 yang lalu.

Masakan tidak! Contohnya, Takiyuddin S/u Pas Pusat telah cacat akal politiknya!

KADANG KADANG ilmu dan pengetahuan seseorang dibiar begitu sahaja tidak diguna sebaik-baiknya menjadikan ia sia-sia. Paling menyedihkan ilmu dan pengetahuan itu tidak membantu mengangkatkan darjat dan harakat seseorang. Maka sia-sialah ilmu seseorang itu apabila ia gagal menggunakan ilmunya.

Orang seperti itu tidak jauh bezanya dengan kaldai dan unta di Makkah yang menjadi tukang usung kitab tuan syeikh bertahun-tahun tetapi buta apa yang dipikulnya.

Begitulah konotasi apa yang terjadi kepada Setiausaha Agung parti yang mengakui memperjuangkan agama (Pas), Takiyuddin Hassan apabila beliau mempersoalkan apakah seorang banduan boleh menjadi PM.

Memperalat agama berterusan demi meraih sokongan dan reputasi politik yang telah hancur di mata masyarakat, sehingga penyangak penyamun lanun (najib ex-pm) yang menghadapi lebih 50 pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, penipuan, penyelewengan terhadap rakyat dan negara dan sedang dibicarakan di mahkamah dijadikan rakan sekongkolan Pas demi memulihkan sokongan politik jahiliah.

HamPASSSSSSSSSSSSSSS!

I said...

Think outside the box... setuju amat bro...

Anonymous said...

Mungkin peralatkan liberal adalah perkara terbaik dan tidak menjadi kesalahan.
Berkata benar adalah paling baik kerana mengelakkan fitnah. Sebagai contoh berceramah tentang banduan yg diampunkan, bukanlah fitnah kerana banduan yang diampunkan adalah sejarah. Ada bukti serta ada dokumen, siapa yg mengampunkan, siapa yg diampunkan dan tarikh serta ampun atas kesalahan apa, adalah benar dan bukan sains fiction. Hal ini kena diketengahkan supaya rakyat tidak dipimpin oleh banduan yg diampunkan.
Jangan menyesal kemudian,biar sesal dahulu.

Anonymous said...

Biasanya yg terkejut kenyataan takiyuddin adalah keratan kecil yg berfahaman liberal. Bila berfahamannya sudah salah, maka pasti bergembira bila org salah jadi pimpinan. Bukan perkara asing kerana orang jahat suka dipimpin oleh orang jahat juga. Contoh pelacur yg bebas dari penjara layak memimpin pelacur atas dasar memiliki pengalaman yg lebih luas. Jadi kewarasan memang tiada di situ kerana hati telah digelapkan dan cahaya tidak dapat tembus.

Tapi dalam situasi sekarang hati gelap perlu dicerahkan. Salah satu caranya ialah jangan dipimpin oleh pemimpin yg terbukti gelap hatinya. Penghijrahan mesti dilakukan dari parti gelap berkarat kepada parti yg cerah bersinar. Mesti bijak kerana selamat tidak berada dalam parti yg gelap tapi selamat bisa dicapai bersama parti yg bersih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails