Serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu menahan seramai 19 individu pada hasil maklumat orang ramai mengenai pesta liar itu.
Berdasarkan pemeriksaan, terdapat 11 lelaki dan lapan wanita warga tempatan yang berusia antara 21 hingga lewat 40-an yang berada di salah satu unit kondominium di tingkat lapan.
Sumber memberitahu, siasatan lanjut mendapati penganjur pesta itu adalah seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun yang membiayai kesemua perbelanjaan termasuk bekalan dadah.
Hasil carian imej untuk Polis tahan pelakon wanita, Datuk berpesta liar di kondominium mewah
Hasil carian imej untuk Polis tahan pelakon wanita, Datuk berpesta liar di kondominium mewah
Hasil carian imej untuk Polis tahan pelakon wanita, Datuk berpesta liar di kondominium mewah
“Unit kondominium tersebut disewa dengan harga RM1,000 satu malam dan jemputan dihantar melalui aplikasi WhatsApp. Bayaran untuk menyertainya ditanggung sepenuhnya oleh penganjur.
“Pengunjung pesta itu dipercayai berhibur sambil mendengar muzik kerana ada penemuan beberapa peralatan muzik,” katanya hari ini.
Polis turut merampas empat paket plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM720.
Hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati 11 daripada mereka adalah positif dadah namun pelakon wanita dan lapan orang lagi didapati tidak mengambil sebarang dadah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah ketika dihubungi mengesahkan tentang serbuan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - K! ONLINE