Monday, May 13, 2019

Georgetown 15 Mak Nyah Seksi Ditahan, Lagi Bahaya Pusat Hiburan..


Mak Nyah yang ditahan : Foto Mikhail Ong

BERPAKAIAN seksi dan bersolek tak ubah seperti wanita. Namun, selepas nama dipanggil untuk mengambil kad pengenalan, mereka mula menunjukkan rasa malu.

Itu gelagat sekumpulan 15 mak nyah yang ditahan ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dr Lim Chwee Leong, Georgetown, awal pagi, hari ini.

Mereka diperiksa dalam Op Bersepadu dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Serbuan diketuai Pegawai Turus D7 IPK negeri, Deputi Superintendan Akmal Yahaya itu bermula jam 1 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Ketika serbuan, kumpulan mak nyah terbabit sedang menyambut hari jadi rakan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, dalam operasi itu, polis menahan empat lelaki berusia 22 hingga 26 tahun kerana disyaki terbabit dalam pertubuhan haram dan kongsi gelap.

“Lebih 200 pengunjung di pusat hiburan terbabit diperiksa dan kita dapati empat daripada mereka mempunyai tatu di badan dipercayai terbabit dalam pertubuhan haram.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Zainol berkata, dua pengunjung masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita turut ditahan kerana positif dadah.

Dalam serbuan itu, dua pekerja wanita warga Indonesia dan seorang lelaki yang juga pemilik premis turut ditahan kerana menggaji pekerja warga asing.

Selain itu, MBPP turut merampas pelbagai peralatan elektronik yang digunakan dalam pusat hiburan terbabit.

Difahamkan, premis berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah diserbu sebelum ini. 
(Harian Metro)

Hasil carian imej untuk mak nyah george town

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails