Al-Jazeera melaporkan, Parti Hard Line atau Stram Kurs pimpinan Paludan yang ditubuhkan pada Julai 2017 memperoleh 20,000 tandatangan yang diperlukan untuk kelayakan bertanding.
Paludan yang juga seorang peguam sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila me­ngancam mahu ‘menghalau’ lebih 300,000 orang Islam dan mengharamkan Islam di Denmark.
Malah Paludan bertindak keterlaluan apabila membakar al-Quran pada Mac lalu ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di depan Parlimen Denmark dan himpunan membantah sera­ngan pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.
Paludan juga pernah me­laung­kan kenyataan di depan pe­nyokongnya bahawa Denmark adalah khusus untuk ‘orang Denmark’, ketika mahu ‘menghalau’ keluar penduduk Islam selain memberi amaran ‘perang saudara bakal tiba’.
Perdana Menteri, Lars Lokke Rasmussen mengutuk tindakan membakar al-Quran yang dilakukan Paludan dan menyifatkannya sebagai ‘provokasi yang sia-sia dan memecahbelahkan’.
Menurut pemerhati, penubuhan dua parti haluan kanan, Hard Line dan The New Right mengancam kedudukan Rasmussen untuk dipilih semula.
Ahli politik kanan memberi amaran tindakan membakar al-Quran boleh mencetuskan pera­saan benci terhadap negara.
Dalam satu rakaman video pada Disember tahun lalu, Pa­ludan berkata: “Perkara terbaik adalah jika tiada seorang penduduk Islam berada di bumi ini. Saya harap itu akan berlaku, dan kita akan mencapai matlamat akhir kita.”
Membimbangkan apabila po­pulariti Paludan adalah dalam kalangan orang muda dan perkara itu semakin berkembang.
“Dengan munculnya ‘pemain’ anti-Islam baharu ini, saya rasa ramai orang Islam memikirkan apakah berbaloi untuk tinggal di sini lagi, jika perkembangan ini (anti-Islam) berterusan.
“Hard Line dan New Right merupakan parti yang telah membentuk identiti menyerang umat Islam. Lupakan tentang perubahan iklim, ekonomi dan penjagaan orang tua, semuanya adalah isu kecil bagi mereka. Mereka hanya mengungkit isu Islam,” kata Tarek Ghanoum, pemerhati politik Islam Denmark.
Pada 14 April lalu, Paludan menganjurkan demonstrasi ‘membaling al-Quran’ di Blagards Plads, kawasan yang didia­mi kebanyakan penduduk Islam.
Tindakan itu mencetuskan protes ganas di Copenhagen apabila puluhan penunjuk perasaan yang berang, membakar kende­ra­an dan tong sampah.
Polis yang cuba mengawal ke­adaan itu melepaskan gas pemedih mata sebelum menahan 23 penunjuk perasaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah wajah pengganas:

  • pe­ng­asas parti berhaluan ekstrem, Rasmus Paludan.
  • ditubuhkan pada Julai 2017 memperoleh 20,000 tandatangan.
  • sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila me­ngancam mahu ‘menghalau’ lebih 300,000 orang Islam.
  • membakar al-Quran pada Mac lalu ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di depan Parlimen Denmark dan himpunan membantah sera­ngan pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.
  • me­laung­kan kenyataan Denmark adalah khusus untuk ‘orang Denmark’, ketika mahu ‘menghalau’ keluar penduduk Islam. 
  • memberi amaran ‘perang saudara bakal tiba’.
  • 14 April lalu, Paludan menganjurkan demonstrasi ‘membaling al-Quran’ di Blagards Plads.
Inikah yang akan ditiru oleh puak-puak anti Islam di Malaysia?