Saturday, May 18, 2019

PTPTN Makin Zalimi Anak Muda -K/Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia.




BERDASARKAN Buku Pakatan Harapan melalui 10 janji 100 hari mereka, janji ke-6 (rujuk muka surat 12) adalah khusus untuk anak-anak muda peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
shahir adnan
Janji tersebut berbunyi, “Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam”.


Pemimpin-pemimpin muda Pakatan Harapan, termasuklah YB Syed Saddiq, telah berjanji di dalam Buku Pakatan Harapan (rujuk muka surat 189) melalui Iltizam Khusus Anak Muda, Iltizam #4, “Memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma” dengan “Menjamin pendidikan awam percuma yang lebih baik di setiap peringkat, bermula di prasekolah, sekolah rendah, menengah dan juga pendidikan tinggi”.



Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menganggap kedua-dua janji tersebut hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan. Rakyat, terutama anak-anak muda telah ditipu dengan janji kosong dan harapan palsu. Menyoroti kronologi kisah PTPTN oleh Pakatan Harapan, kita lihat banyak pusingan-U dibuat dan kajian yang tidak habis-habis.



Seawal memegang tampuk pemerintahan, berikut adalah susur galur kisah dongeng PTPTN Pakatan Harapan:

a. Pusingan-U pertama dibuat mengenai Iltizam anak muda di mana “Manifesto bukan kitab suci” apabila gagal memberikan pendidikan percuma seperti yang dijanjikan. Najib dan pentadbiran terdahulu disalahkan.
b. Pusingan-U kedua dibuat apabila kajian mahu dilaksanakan berkenaan janji mereka iaitu gaji minimum RM4,000 bagi pembayaran balik PTPTN
c. Pusingan-U ketiga dibuat apabila peminjam dikeluarkan dari senarai hitam, tetapi berdepan risiko bankrap atau muflis jika tidak membuat pembayaran balik
d. Pusingan-U keempat dibuat apabila skema pemotongan gaji melalui peratusan yang tidak adil dan munasabah untuk anak-anak muda.
e. Pusingan-U kelima dibuat apabila mereka mahu menyenaraihitamkan semula peminjam supaya tidak ke luar negara. Ditambah pula dengan peraturan zalim untuk mengenakan sekatan ke atas pasport, lesen memandu, dan memperbaharui cukai jalan.


Yakinlah bahawa Pakatan Harapan akan membuat pusingan-U seterusnya.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat situasi ini memburukkan lagi keadaan anak-anak muda yang makin dihimpit dan ditekan oleh dasar-dasar tidak munasabah Pakatan Harapan.
Kita harap anak-anak muda mula berfikir dan tidak lagi ditipu oleh janji dan harapan palsu Pakatan Harapan.
Demi Bangsa Malaysia!
SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
17 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 17/5/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails