Tuesday, May 14, 2019

MalaysiaKini Jangan Jadi Batu Api Perkauman -Ahmad Faisal

KETUA Dewan Pemuda Pas Perak, Ahmad Faisal Mohd Puait. - UTUSAN ONLINE

DEWAN Pemuda PAS Perak menyelar sekeras kerasnya tindakan Akhbar MalaysiaKini yang telah memutarbelitkan fakta sejarah berkenaan 13 Mei 1969. Sudah acap kali, lidah tidak rasmi yang Pro-DAP ini mencetuskan kemarahan sebahagian besar Rakyat Malaysia. 
13 Mei adalah isu yang sangat sensitif bagi rakyat Malaysia, ubahan fakta sejarah dan rujukan yang bernafsu memenangkan satu kaum dan memburukkan kaum yang lain tanpa huraian ilmiah akan menatijahkan keretakan perpaduan kaum.  
Salah hurai sejarah ini akan membangkitkan amukan sesetengah kaum kerana berasa kelompok mereka dipersalahkan dan ditindas.MalaysiaKini seharusnya lebih berilmiah dan membawa elemen-elemen pengajaran berbanding menabur benih perpecahan di kalangan rakyat. 
Huraian yang hanya membawa kepada naratif salah faham perkauman semata mata tanpa menjelaskan faktor-faktor yang lain seperti Dasar Pecah dan Perintah yang dibawa British, Perbezaan Sistem Aliran Pendidikan era 50-an, Perbezaan agama dan budaya, Tertubuhnya banyak persatuan berasaskan kaum, dan longgar terhadap semangat kontrak sosial inilah yang telah meningkatkan lagi suhu ketegangan kaum pada waktu itu dan ini seharusnya diteladani dan diinsafi sekalian rakyat Malaysia.
MalaysiaKini perlu terkehadapan dengan hujah dan fakta mutawatir, bukannya dengan auta yang membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Akhbar media maya seperti ini tidak pernah serik menggoncang atmosfera politik Malaysia dengan berita murahan dan fitnah seperti ini, layaklah dipanggil Batu Api. 
Demi Malaysia yang Sejahtera, Dewan Pemuda PAS Perak mengesa Pihak Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap akhbar media maya ini dan meminta supaya pihak penerbit menurunkan artikel bertajuk ‘13 Mei, moga tak berulang: Rusuhan 1969 yang mengubah Malaysia’ yang telah memutarbelit dan memanipulasikan peristiwa 13 Mei.
AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

3 comments:

Anonymous said...

Tentera kacang merah @ barua ternakan DA-Pig sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk memecah belahkan perpaduan kaum Melayu dengan menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam , ulama Islam dan parti Islam PAS.

Sebaliknya, tentera kacang merah ini membela mesiakini yang menjadi lidah biawak DA-Pig untuk menyebarkan perkauman, fitnah dan islamophobia terhadap agama Islam, ulama Islam, parti Islam dan umat.

Inilah akibat tentera kacang merah suka menyondol dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi.

Anonymous said...

Sekarang ni yg banyak menulis seolah olah tulisan melayu ialah red bean army. Motif ialah supaya org melayu berlaga sesama melayu. Konsep divide and rule. Mereka sentuh hak istimewa org melayu di tanah airnya sendiri. Mereka sentuh hak raja raja. Mereka sentuh hak islam yg tiada kaitan langsung dengan non muslim. Jadi seolah olah melayu ada dua group dalam aspek ini. Jgn lupa juga ada yg bertugas sebagai kader.

Anonymous said...

Baru-baru ini, media melaporkan Zaharudin Muhammad yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama Pas mendedahkan wujudnya ‘kartel dedak’ dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam parti itu yang didakwa menerima dana daripada pihak tertentu. Malah beliau mendakwa, pendedahan itu mendapat ‘restu’ Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau yang juga menantu kepada Abdul Hadi telah memberikan singkatan dan bayangan bagi nama kelima-lima individu yang didakwa terlibat dalam kumpulan kartel dedak tersebut.

Bagaimanapun dalam senarai itu, Zaharudin menafikan dua nama terlibat iaitu Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pemuda Pas yang juga adik iparnya, Muhamad Khalil Abdul Hadi. Namun beliau tidak menafikan tiga nama lagi yang dinamakan oleh pelbagai pihak sebagai terlibat iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan, ahli parlimen Bachok Nik Muhamad Abduh dan ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails