Kesemua wanita berusia lingkungan 18 hingga 38 tahun itu diberkas dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Perak yang dijalankan pada pukul 9 malam.
Turut ditahan dalam serbuan itu ialah dua lelaki tempatan yang merupakan majikan dan pekerja yang menjaga GRO tersebut di premis berkenaan.
Pengarah Jabatan Imgresen Perak, Kamaluddin Ismail berkata, pemeriksaan mendapati wanita yang ditahan itu telah tinggal di negara ini melebihi masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.
Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menjumpai keraguan berhubung cop lawatan sosial yang dilihat palsu pada dokumen perjalanan milik tiga wanita yang ditahan.
“Ketika serbuan dijalankan, ada dalam kalangan wanita itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi di bawah meja dan ruangan dalam sofa namun usaha mereka tidak berjaya.
“Kesemua tangkapan dibawa balik ke pejabat untuk diambil keterangan dan kita percaya ada sindiket yang mendalangi cop palsu pada pasport milik GRO tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu HasyimPH masih gagal lagi, salahguna pas lawatan dan pusat hiburan masih berterusan, 2X5 macam BN dulu. Tak profesional, tak cekap dan tak bersih pun.