Thursday, October 18, 2018

Tular Gambar Menteri Belia Tak Pakai Baju..


Selepas tular gambar dalam tab mandi, Syed Saddiq nasihat media fokus isu lebih penting



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan pihak media agar memberikan tumpuan kepada isu yang lebih penting berbanding gambarnya tanpa baju yang tersebar di media sosial.
Gambar Syed Saddiq yang menunjukkan beliau tidak mengenakan baju di dalam sebuah tab mandi menerima kritikan daripada rakyat Malaysia. 
"Saya hanya memberikan komen ke atas isu mustahak (di Dewan Rakyat), dan mencadangkan anda (media) fokus kepada perkara itu sekarang. 
"Anda perlu berhati-hati menulis berita. Kalau boleh, buat liputan tentang isu yang lebih penting," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Selasa.
Syed Saddiq pada Sabtu memuat naik gambar itu di kedua-dua akaun Twitter dan Instagram beliau, namun memadamkannya selepas dikritik oleh netizen. 
Gambar itu menunjukkan menteri termuda berusia 25 tahun melakukan terapi air sejuk selepas perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan bersempena Hari Sukan Negara 2018 pada Sabtu.   
Gambar berkenaan menunjukkan abdomen badan beliau kepada 613,000 pengikutnya di Twitter.   
"Selepas menjaringkan gol keemasan, (saya) segera merendam diri dalam ais. Permainan yang baik @dugongallstars," tulis Syed Saddiq pada tweet tersebut.   
Sesetengah rakyat Malaysia, bagaimanapun, menyifatkan posting tersebut tidak sesuai dengan jawatanya sebagai seorang menteri. - The Star

8 comments:

ted manoff said...

Nak heran apa tak pakai baju, tak pakai seluar pun ramai.
heeeeeeeee

ikan said...

DIA NAK MASUK BINA BADAN TUTUP AURAT MACAM ADMIN PROMOTE..

cik siti said...

Bagus tu..
Ha ha ha

Anonymous said...

Ibnu mandi pakai jubah ker?...
Bodooh ibnu.

Anonymous said...

Apa nak heran bukak baju, yg kena penjara 2 kali kerana meliwat pun boleh menang besor. Modalnya air lior sastera.

Anonymous said...

Ko tengok ker?...orang bodoh mcm ko saja yg pecaya fitnah

Anonymous said...

Syed Sadik pakai sebiji 99% mcm bina badan patuh syariah PAS Kelantan. Kurang 1% kerana rambut tak tutup aurat dgn tanjak, makruh je.

Ada kawan baru balik Pulau Perhentian kata memang menjolok mata Minah2 Salleh berbikini separoh bogel ramai2 berparti tepi pantai yg PAS luluskan.

Pak Ibnu tak nak turun sekodeng buat posting mcm bina badan syariaah projek PAS Kelantan kali ini promo bikini separoh bogel projek PAS Terengganu pulak Tahun Melawat PAS Terengganu?

Anonymous said...

Bukan engkau dgn geng2 sejenis engkau dlm PBBM yg gumpat Syed Sadiq ni jenis tak pasti hujung pangkal.

Memang Parti nyamok dok TIBAI sama sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails