Friday, October 19, 2018

Tindakan Ke Atas Zahid Kerana Enggan Tunduk Desakan Bubar UMNO




PUTRAJAYA –  Kira-kira 200 penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkumpul di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, malam tadi sebagai tanda solidariti bersama presiden Umno itu.
Kumpulan yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam mula berkumpul sejak 8 malam tadi dan ada yang memakai baju berwarna jingga tertera “Lokap SPRM” bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penahanan Zahid oleh SPRM pada Khamis.
Turut serta dalam kumpulan itu ialah isteri Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan anaknya, Datuk Nurulhidayah.
Dalam ucapannya, Hamidah mendakwa Zahid pernah ditawarkan untuk meninggalkan Umno kerana parti itu dikatakan tidak lagi diterima rakyat dan patut dibubarkan, namun suaminya berkata selagi ada nyawa, beliau tidak akan meninggalkan atau menyerahkan Umno kepada Pakatan Harapan.
Sementara itu, Lokman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, penahanan Zahid ialah cubaan PPBM melemah dan memusnahkan Umno.
“Apabila ‘jeneral’ Umno ditahan, mereka mahu lihat kita lemah dan longlai. Mereka boleh tekan kita, tetapi kita akan lawan, lagi kuat kita lawan demi Umno.”
Lokman mendakwa penahanan Zahid dibuat kerana presiden parti enggan tunduk kepada desakan membubarkan Umno.
“Ada di kalangan pemimpin Umno ditawarkan pihak tertentu dengan jawatan dan wang ringgit untuk meninggalkan Umno,” dakwanya.
Zahid ditahan SPRM berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.
SPRM memaklumkan Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
SPRM berkata, Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 pagi Jumaat untuk pertuduhan itu. – FMT

17 comments:

Anonymous said...

Teori bodoh....kalo zahid tak tenberang jumpa raja arab dan tak salahguna wang yayasan amal ape madey boleh buat?....nak reka bukti dgn dokumen transaksi?...zahid yg ngaku jumpa raja arab..bukan fitnah.

Anonymous said...

Seblm pru zahid cuba musnahkan PPBM dgn gantong Bersatu supaya tak boleh tanding....Zahud tahan kelulusan logo PH...

Tindak tanduk zahid makan dirinye balik....padan muka samsing ratusan jutawang....

Dulu ko gelar aku kutty...padan muka ko wak pornorogol..

Anonymous said...

Hahahahaha..

Mohammad Azren said...

Lobai...Lobai.. Bukan ke siZahid didakwa kerana memyakau duit tabung dia sendiri yg diwakafkan untuk yg memerlukan. Cuba ibnu kupas sikit sifat tidak amanah ini mengikut perspektif ISLAM. Jangan menyokong mengKHINZIR BUTA Ibnu oiii. Ikut-ikut hukuman pecah amanah ada sebat ooiii. Nasib baik kategori warga emas si zahid tu...kalau tidak ,berbelang bontot. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Wak pornorogol ratusan nutawang seblm pru cuba halang Bersatu bertanding dgn gantung parti bunga dan tak mau luluskan logo PH...

Berani temberang jumpa raja arab dan sahkan derna 2.6 billion dari raja arab...

Berani temberang gunakan wang yayasan amal 800000 bayar kad kredit laki bini silap pegawai akaun yayasan amal..

Berani temberang buat amal kunun di cop rasuah...

Berani main2 nama madey

Sekarang bini zahid plak temberang zahid didakwa kerana enggan bubar umno masuk bunga...

Laki bini kaki temberang...

Mohammad Azren said...

Terkini....45 tuduhan ,melibatkan RM147 juta dengan jaminan wang 2 juta. Hehehekikikihahahakahkahkah

Mohammad Azren said...

Geng Lobai....coming soon. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Zahid laki bini pasangan temberang

Najib laki bini pasangan penyangak..

I said...

Dah bawak ke mahkamah tu jangan banyak cerita karut. Yang tuduh berika bukti tuduhan. Yang kena tuduh jawablah tuduhan itu dan buktikan tak bersalah. Sediakanlah peguam yang terbaik. Ada penyokong dszh gatal sangat nak pakai baju oren. Jangan bimbang. Afa yang akan mendapat baju tu kerana ramai lagi bekas penguasa yang akan didakwa. Tunggu saat dan ketika aje.

Anonymous said...

Zahid pegi muktamar pas..lobai wahabi kena pegi solidariti untuk wak Jahid..

Anonymous said...

POLITIK

‘Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 OGOS 2017

A- A+ (Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun.

Menurutnya, ini berikutan susur galur keturunan Mahathir berasal dari India.

“Itulah sebabnya orang itu (Mahathir) kata Melayu mudah lupa, dia lupa dia dah 22 tahun. Saya tak sentuh peribadi

Tetapi ini IC (kad pengenalan) biru dia dulu, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini dihantar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Patutlah dia kata kita mudah lupa, anak laki-laki Iskandar Kutty.

Anonymous said...

Tak masuk lagi kes berbohong jumpa seorang penderma ke ramai penderma2 Arab duit curi Najib. Juga kes projek Sistem Imigresen (SKINS) berbilion2 utk berpuloh tahun konsesi cukup makan anak cucu cicit.

Itu semua coming kot.

Patut lah SiPencuri pagi2 hadir keMahkamah kot2 Zahid dah bocor torak pasal derma Arab itu.

Boss lipat 1MDB dan MOF, Timbalan gondol habis projek2 diKDN.

Padanlah negara berhutang bertrillion angkara Mamak 2 ekor ni.

Anonymous said...

Sebab ditahan, ini.......

`Zahid ditahan SPRM berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.`

BUKAN kerana enggan bubar UMNO. Bhaghal punya pas HAMpas sama spt babi penunggang UMNO lokman satanadam.

ini blog satan luciferrrrr!!!!!!!!!

tak hormat? mme xperlu dihormati pemfitnah!

Mohammad Azren said...

Presiden Umno terlibat dalam bisness "HAMBA ABDI" rupanya. Patutlah kaya raya. Rupanya "Jual MANUSIA lebih untung dari jual UNTA". Lobai apa tahu!...Hehehekikikihahahakahkahkah

Mohammad Azren said...

Nanti dalam mahkamah Zahid boleh beritahu hakim yg transaksi wang yg mencurigakan itu, ibarat berniaga Gula, tak perlu tanya dari mana duit datang. Macam kata-kata Bijak Bistari dari Chief Lobai tempohari. Terus hakim tutup kes. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...


Tak payah susah-susah buat berpuluh pendakwaan dan keluar masuk mahkamah kalau nak bubarkan parti UMNO.

Dah ramai yang tinggalkan UMNO.

Misai Mat Hassan pun dah memguncup...

Ahmad Nesfu tanya PRamlee 3Abdul lepas ini apa lagi lah ?

Anonymous said...

Dalam pembentangan bajet PH sepatutnya di beri peruntukan khas untuk pembinaan penjara khas untuk orang UMNO sekali kan dengan Lobai-Lobai ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails