1. UCAPAN YB Batu Kawan ini telah menjadi satu perbahasan yang panas dan panjang, menyentuh aspek kebebasan beragama. Di Malaysia, hak kebebasan beragama ini telah pun dijamin dalam Perlembagaan. Kristian bebas untuk menukar agama, begitu juga Hindu, Budha dan agama-agama lain.
2. Sekiranya Kristian, Hindu dan Budha telah pun bebas untuk menukar agama mereka, maka kepada siapakah kebebasan agama ini ditujukan? Adakah kepada Muslim yang ingin diberikan ruang untuk bebas murtad? Ini yang menjadi perseoalan.
3. Di dalam Islam, murtad dikategorikan sebagai satu dosa besar bahkan hukumannya sangat berat. Sekiranya YB menujukan kebebasan beragama ini kepada seorang Muslim, maka ia adalah sesuatu yang tidak wajar di dalam agama maupun Perlembagaan.
4. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan Islam. Perkara 11 (4) memberi peruntukan bahawa Undang-undang Negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
5. Fahaman seperti Syiah atau Ahmadiyyah yang disebutkan oleh YB Batu Kawan ini adalah bukan agama bahkan ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Atas dasar itu, pihak berautoriti menyifatkan fahaman ini sebagai bertentangan dengan agama Islam bahkan fahaman mereka diharamkan.
5.1 Sebagai contoh dalam kes syiah; kesemua negeri di Malaysia telah memfatwakan pengharaman Syiah dengan pelbagai justifikasi kesesatan mereka. Daripada kesemua negeri tersebut hanya kelantan, Sabah dan Sarawak yang belum mewartakannya atau dalam proses pewartaan, manakala sebelas yang lain telah berbuat demikian. Sebelas negeri tersebut adalah:
a) Wilayah Persekutuan (8 Mac 1997, PU(B)106);
b) Selangor (24 September 1998, PU10);
c) Negeri Sembilan (12 Mac 1998, NS.PU5);
d) Terengganu (25 September 1997, PUN Tr.1110);
e) Melaka (27 Julai 1997, M.PU5);
f) Pulau Pinang (6 Januari 1997, Pg.PU1);
g) Kedah (18 Februari 1999, No. 37);
h) Perak (4 Januari 2012);
i) Johor (16 Februari 2012, No. 1156);
j) Perlis (7 Ogos 2012, No. 109);
k) Pahang (12 September 2013, No. 1564)
(Sumber: Soal Jawab Isu Syiah, JAKIM, 87-89)
a) Wilayah Persekutuan (8 Mac 1997, PU(B)106);
b) Selangor (24 September 1998, PU10);
c) Negeri Sembilan (12 Mac 1998, NS.PU5);
d) Terengganu (25 September 1997, PUN Tr.1110);
e) Melaka (27 Julai 1997, M.PU5);
f) Pulau Pinang (6 Januari 1997, Pg.PU1);
g) Kedah (18 Februari 1999, No. 37);
h) Perak (4 Januari 2012);
i) Johor (16 Februari 2012, No. 1156);
j) Perlis (7 Ogos 2012, No. 109);
k) Pahang (12 September 2013, No. 1564)
(Sumber: Soal Jawab Isu Syiah, JAKIM, 87-89)
6. Daripada sini, apa yang perlu kita faham adalah, kebebasan beragama telah pun terjamin di Malaysia ini bagi semua agama. Bagi Muslim, mereka tertakluk dengan perundangan Syariah yang telah mereka perakukan melalui lafaz syahadah yang mereka ungkapkan setiap hari di dalam solat mereka.
Moga Allah melindungi Islam dan memberikan kesejahteraan kepada Malaysia.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies
Oxford Centre for Islamic Studies
13 comments:
TELAH tular di kalangan DAP yang gagah di kalangan gabungan PH yang berkuasa mempertahan dan mahu membudayakan pesta arak setiap Oktober kerana arak bukan larangan agama yang dianuti DAP.
Apa hak yang kukuh bagi umat Islam membantahnya sedang Islam tidak menghalang lain-lain agama mngamalkan kepercayaannya.
Umat Islam tidak membantah bukan Islam Cina makan babi sebanyak-banyaknya dan tidak mengganggu suku India tertentu makan biawak sekenyang-kenyangnya kerana ia adalah makanan mereka. Orang yang kenyang babi tidak mengganggu orang lain.
Cuma yang orang Islam bangkitkan menternak babi di perkampungan semua kaum kerana najis dan pencemarannya. Kubang kerbau juga kotor, bukan najis berat – mughalazah, babi dan anjing - bagi semua. Tetapi bila ada bantahan kubang kerbau mengganggu penduduk, semua pihak wajar peka dengan bantahan itu.
lu apa peduli gua nak minum arak?
ted....kalau minum jgn baca Basmallah he he he
Mahkamah cerita......Hehehekikikihahahakahkahkah
Isma dah menggelabah bila kena gertak nak saman..
NASIONAL
Kasthuriraani nafi sokong murtad
JANATUL FIRDAUS YAACOB
18 OKTOBER 2018
Kasthuriraani nafi sokong murtad
P Kasthuriraani
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani menafikan sekeras-kerasnya beliau menyokong orang Islam di Malaysia murtad sebaliknya, hanya mahu memastikan hak beragama golongan minoriti dipelihara tanpa sebarang gangguan.
Beliau menegaskan, tidak pernah sesekali menghina agama Islam dalam ucapannya malah langsung tidak menyentuh berkaitan penyebaran agama lain terhadap orang Islam.
Kasthuriraani menyatakan susulan kenyataannya yang disalah tafsir sehingga diugut dalam komen-komen di laman sosial, namun beliau sedikit pun marah atau berkecil hati sebaliknya, menyatakan fokus utamanya ialah meminta untuk kebebasan untuk menganut agama bukannya untuk menyebarkan.
Tambahnya, kini orang ramai yang melempar fitnah dan tohmahan kepada dirinya kerana beranggapan beliau menyokong murtad, dan tuduhan itu sama sekali tidak benar.
"Mereka juga menganggap saya menyokong menyebarkan agama mereka kepada orang Islam,itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya tak cakap pun macam tu.
"Sebab itu saya memang menyalahkan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), jika mereka tidak mengeluarkan artikel seperti itu, tidaklah orang bercakap perkara ini selama empat hari ini. Begitu juga halnya apabila ada orang seperti Papagomo yang memutar belitkan komen saya dan netizen membaca apa yang dia tulis kemudian memviralkan perkara yang dia tulis bukannya apa yang saya kata," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau menyatakan tidak pernah sesekali meminta atau menyokong orang Islam untuk murtad kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang terang-terang menetapkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
"Sedangkan saya cuma katakan, saya ingin lihat kebebasan menganuti agama lain tanpa apa-apa masalah.
"Saya cuma minta untuk masyarakat di Malaysia berfikir dalam konteks menyeluruh mengenai isu ini, agama Islam adalah agama rasmi, itu saya tidak pernah pertikai langsung.
"Tapi kita kena faham ada beberapa pemahaman misalnya kefahaman Syiah ataupun Mazhab Syiah, Mazhab Ahmadiah dan juga Bahai dan juga minoriti yang lain yang kita tidak tahu yang dianuti juga oleh Orang Asli dan Sabah Sarawak. Jadi, saya ingin kepentingan diberi untuk mereka ataupun platform untuk mereka menganuti agama mereka tanpa sebarang masalah," jelasnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isma diberi tempoh 48 jam tarik artikel]
Amacam Isma?...berani lawan dlm mahkamah?...kena tunjuk berani ler..
Isma berani,,dap batu kawan pun berani,,kerana dia ada backup. Backup dia adalah org islam yg liberal,islam diperkuda oleh kapir dap dan kapir pkr,,,siapa mereka...sudah tentu pan dan ppbm.
ISMA ini taraf sama mcm PAS subcon2 UMNO kuat mempromosi wirid2 UMNO spt gambar kartoon kegemaran Pak Ibnu, PH mengayoh beca dinaiki DAP. Malangnya dua2 ekor ini bertopengkan ugama tapi misi dapat dedak sama yakni membela SiPenyamun dan SiPencuri dgn guna DAP sbg jembalang yg menghantui Melayu dan Islam.
PRU13, Isma dikudakan UMNO jadi pengacau undi PR yg PAS bersama melalui 3 atau 4 penjuru. Tugas yg sama dgn skala dan dedak yg lumayan diambil alih oleh PAS dlm PRU14 utk pecah undi PH pulak bila PAS di upah keluar PR.
Sekarang bila roda impian berpusing ligat dan Penyamun No. 1 dan No. 2 berhadapan tuduhan2 mahkamah bertindih-tindih dan rekod sejarah mencuri khazanah negara, ada maruah lagi suara Isma dan PAS?
Padanlah Hadi dah mula rentak lunak dgn Pengayoh beca bermula dgn memberi Sijil Halal jadi PM 5 tahun dan sekarang berbuih2 pulak puji Laporan Midterm Review.
Apa mungkin, sat lagi Hadi pulak bermuwazanah gulai kawah DAP pun dah jadi halal dihirup sama taraf gulai kulup MCA halal diSri Balakong.
Machiavellinya, hantu jembalang yg pegang peruntukan MOF mudharat ringan nak bagi Sijil Halal bandingkan MCA.
Cuma arahan muwazanah baru ini lambat nak sampai kpd nate2 yg bebal spt Pak Ibnu, Cik Siti dan walaun keldai haha yg masih istiqamah dgn kartoon lama.
Kartoon baru, Hadi yg kayoh beca yg duduk semua Majlis Presiden PH termasuk dari Parti Nyamok.
Jangan main2 nak bayar gaji diKelantan dan Terengganu tak cukup dgn balak curi dari Org Asli.
NAk backup amendenye...masuk mahkamah dalm senduri cerita laa ngok..
Ha ha ha....jawab jawab....jawab secara ilmiah. Jangan dok tulis maki hamun....
Jika tak sihat...dada rasak sesak...makan ubat Pak Ibnusingh.
Bagi yg mengkaji DNA Hadi tak mustahil kautim DAP soalnya masaje kan dulu dah tidur, peluk dan mimpi sebanyak dlm Pakatan Rakyat.
Oleh kerana Hadi dah mula angkara PM7 berbakul2, elok lah ambil iktibar dari Ayahanda tiada musuh kekal dalam politik Machiavelli, yg ada mudharat ringan atau berat dan habuan lumayan atau tidak.
Isma tetap dngan artikal yg dikeluarkan. Cuba fahami apa yg mp batu kawan ucapkan kaji dng hati terbuka dan semak perlembagaan negara lepas tu rumuskan apa maksud yg tersirat. Jng hentam dalam blok dng hujah yg bukan2. Ini maksaalah agama bukan masaalah 1mdb yg dah jadi bahan lawak mega.
LANGKAWI 20 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan pendakwaan mahkamah ke atas pemimpin-pemimpin UMNO ketika ini dilakukan mengikut undang-undang berdasarkan aduan yang dilaporkan.
Perdana Menteri itu berkata, pendakwaan tersebut juga bukan bersifat politik, semata-mata untuk memastikan parti berusia lebih enam dekad itu lemah.
Boleh percaya ka. Dulu operasi lalang tangkap kit siang, guan eng, nik adli dan ramai lg. Kau lawan aku, padah begini. Alasan bukan politik. Dasar orang tak beriman.
Post a Comment