Wednesday, October 17, 2018

Kenapa Sibuk Nak Mansuh Hukuman Mati, Mansuh Tol Dulu – MCA


16 Oktober 2018 Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2018 

KUALA LUMPUR – Komponen Barisan Nasional (BN), MCA berpendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan tergesa-gesa tentang pemansuhan hukuman mati mandatori di negara ini. 

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, kerajaan perlu mengambil kira perasaan keluarga mangsa sekiranya hukuman mati terhadap pesalah hukuman mati dimansuhkan. 

“Kita kena tahu macam mana perasan keluarga mangsa sudah tentunya mereka tidak boleh terima dan reaksi daripada masyarakat begitu negatif. Keluarga mangsa memang tidak boleh terima. 
“Kita kena jaga sentimen keluarga mangsa juga. Jadi saya gesa kerajaan melihat kembali, kalau mereka nak mansuhkan hukuman mati, mansuhkan dulu tol. “Saya rasa kita boleh lihat secara pragmatik dan ini sudah menimbulkan reaksi yang pelbagai kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Dewan Rakyat hari ini. 

Pada 7 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri. Terdapat 1,267 banduan berdepan hukuman mati menurut Seksyen 39B ADB 1952 tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan sejak 2014. 

Mengulas mengenai perkara itu, jelas tindakan ini dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengambil kira kesan sampingan daripada pemansuhan hukuman tersebut. 

“Saya rasa perlu kepada jawatankuasa pemilihan untuk meninjau sejauh mana perkara ini. BN pernah buat 12 tahun lalu, kalau nak pinda kita akan bincang dengan semua pihak dan mendapatkan reaksi daripada mereka. 

“Cara yang terbaik dan mungkin boleh semak balik Akta Dadah Merbahaya 1952. Saya setuju kalau ianya secara mandatori hukuman mati sebab hanya pilihan sahaja memang susah hakim nak buat keputusan,”katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan. Malah beliau turut mendedahkan tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH.  – MalaysiaGazette

7 comments:

Anonymous said...

Bagi saya perkara ini boleh dibenarkan dengan syarat tidak menimbulkan sebarang pencerobohan terhadap kepentingan orang lain, kata Takiyuddin.

Selepas dihentam kiri dan kanan berkaitan Oktoberfest, akhirnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sendiri bersetuju dengan kenyataan Menteri Wilayah, Khalid Samad bahawa perayaan itu boleh dibenarkan dengan syarat.

Ketika ditemui media di lobi Parlimen, Takiyuddin berkata, kenyataan Khalid itu adalah langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan.

“Saya melihat bahawa kerajaan, walaupun setengah pihak tak senang dengan kenyataan menteri yang mengatakan bahawa perlu dibenarkan dengan syarat.


Kahkahkahkahjahkahkahkahkahkahkahkahakahakahkah. Akhirnya pas pun setuju dgn syarat. Mmg la selama ni bersyarat ponggg.kahkahkh

Munapik

Anonymous said...

isu kasut & stokin sekolah tadi, hukum mati nanti jap.....

ted manoff palsu said...

Kalau pun tun m menteri pendidikan, dia pon cakap benda2 sebegini

Remeh tapi penting! Kau mau bebudak sekolah Malaysia berpakaian berbelang belang?

Shabudin sama mcm hamPas, golongan umno yg kaciwa, celaru, kaki fitnah dlm zaman fitnah nih!

Hukum mati, aku setuju mansuh yg cara Lord Ried Indian nih, ganti cara Islam, cukup saksi cukup bukti, tiada pengampunan pihak terlibat, PANCUNG penjenayah tu, rejam penzina, sebat si munafiq di khalayak ramai.

Ini zaman FITNAH!!! Zaman kediktatoran kerajaan yg memerintah, siapa pun dia! Kita di Fasa ke 4 kehidupan. Mengamal / melaksana tuntutan Islam laksana menggenggam bara api. Asalnya Islam itu aneh / ganjil/ asing dan kini ia kembali ke asalnya. Beruntunglah mereka2 kembali dipandang naeh ganjil dan asing itu!

Anonymous said...

Banyak perkara ada pro dan kontra, tapi mengenai mamak tongkang jadi penarik beca si kulup, itu tak boleh di maafkan!

Maka lahirlah babi-babi tunggang kebuluran dedak hingga sanggup menjual agama dan bangga.

Ha ha ha

Anonymous said...



Jika mansuh ... Najib kantoi.

Syirul akan di bawak balik ke sini sbg saksi utama.

Puaka Rimba said...

Chief Lobai cakap, terima duit Umno macam jual gula....Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Apa yg Lobai jual kat Umno?. Bontot ke?. Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Puaka Neng Rapik pun tidak semunafiq macam Lobai. Hehehekikikihahahakahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails