Friday, October 19, 2018

Syabas Zahid Hamidi, Tolak Diikat Jamin, Mahu Duduk Lokap

 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 
kira-kira 3 petang hari ini bagi memberi keterangan buat kali keenam berhubung siasatan kes penyelewangan dana sebuah yayasan. - Foto BERNAMA 


PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menolak cadangan peguamnya supaya beliau memohon kebenaran untuk diikat jamin dan tidak ditahan semalaman di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu dimaklumkan isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, ketika ditanya wartawan sama ada suaminya akan ditahan hari ini.
"Peguam hendak bagi dia (Ahmad Zahid) keluar, tetapi dia tak nak. Jadi, dia akan di sini sampai esok pagi," katanya.
Ditanya mengenai penahanan Ahmad Zahid hari ini, Hamidah memaklumkan ini bukan pengalaman pertama.
"Saya OK la, dulu 10 hari masa Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda UMNO (pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri).
"Insya Allah, jangan risau, cuma doa untuk beliau," katanya.
SPRM hari ini mengesahkan menahan Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata Presiden UMNO itu ditahan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan, selepas mendapat izin untuk pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.
Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk pertuduhan. (BH)

Penyokong Ahmad Zahid berkumpul di SPRM
Hamidah (tengah) ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Solidariti untuk Ahmad Zahid di hadapan Ibu Pejabat SPRM berikutan penahanan Presiden UMNO itu kira-kira jam 3.15 petang Khamis. --fotoBERNAMA

12 comments:

Nordin Halim said...

woi boleh ikat jamin ke pabila di tahan oleh SPRM? Klu boleh Penyamun tarbus laki bini sudah buat permohonan ikat jamin dahulu.

Anonymous said...

Ha ha ha.... Pak Benusim jgn lupa makan ubat

Anonymous said...


Zahid di tahan oleh SPRM untuk di dakwa di mahkamah. Nanti di mahkamah samada boleh di jamin atau tdk dan berapa jumlah jaminan, Hakim yg menentukan.

SPRM tidak ada kuasa dan salah-satu sebab orang yg di siasat oleh SPRM di tahan ia lah kerana SPRM tidak ada kuasa nak rampas paspot mereka yang di siasat.

Dlm mahkamah pun ada peguam, bukan se orang tapi tiga atau empat orang peguam. Peguam mana boleh Hadi penjamin. Yang menetapkan berapa orang yang perlu jadi penjamin ialah Hakim.

Yang pegang duit jaminan ia lah Mahkamah. Tak pernah ada kes SPRM pegang duit jaminan.

Sayed Noordin said...

jika takut dilambung ombak..usah berumah ditepi pantai..bagus Bung Zahid..

ted manoff said...

Maaf aku tak tahu nak komen. Mereka tu komen bodo... hiiiiii

Anonymous said...

Lu la bodo, manoff!!

Anonymous said...

Madey mungkin selamat di dunia.

Anonymous said...

Tahniah kepada zahid. Kalau tidak dah masuk bersatu kena preasure dengan mamak.

Anonymous said...

Teringat sebelum PRU, Hadi Awang tumpang kereta Zahid...

Tenguk orang nya Zahid ini mudah bagi maklumat atau senang cakap bocor rahsia.

Keluar masuk IJN lah, kalau tak kena tuduh subahat ... SPRM akan panggil jadi saksi.

Di situ lah permulaan Hadi turun naik mahkamah sehingga dia sendiri duduk dalam kandang orang kena tuduh.

Jangan bersumpah-sumpah kat mesjid pulak.. Nasib kau lah Hadi.

Anonymous said...

Kau dunia tak selamat ... Akhirat pun tak selamat.

Mana engkau orang yang tergolong dalam Allah kata Orang yang rugi.

Anonymous said...



Ini bukan macam ombak rindu...

Ini dah tsunami...

Sampai Anak perempuan Zahid tanya mana pejuang reformasi ..

Reformasi dulu semasa Anwar di dokong oleh PAS di pimpin oleh Fadzil Noor.

Anak perempuan Zahid kena lah tanya Hadi .

Mohammad Azren said...

Tak nampak pula Geng Lobai yg bersama BERSOLIDARITI dengan Geng Songkok Tinggi. Makan ramai-ramai, tan kan Zahid bayar sorang-sorang?. Apa punya Lobai la. Tak boleh buat kawan.Hehehekikikihahahakahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails