Monday, October 15, 2018

Tanpa Mengira Agama, Hormati Hukum Islam - Mufti

Hormati hukum-hukum Islam - Mufti
HARUSSANI: Tidak boleh dibenarkan adanya pesta arak kerana di dalam perlembagaan menyatakan Islam agama persekutuan negara. - Gambar fail

SHAH ALAM: Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mesti menghormati Islam kerana ia agama bagi persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, disebabkan itu, masyarakat mesti menghormati segala hukum-hukum Islam walaupun golongan bukan Islam.

"Maka setiap umat di negara ini berpegang kepada perlembagaan, wajiblah menghormati agama itu (Islam). Jadi kalau agama itu melarang membuat pesta arak, tak bolehlah," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas tentang beberapa isu yang mencabar umat Islam sejak akhir-akhir ini antaranya pesta arak Oktoberfest dan menjual makanan berasaskan khinzir secara terbuka dalam sebuah ekspo di Melaka. Harussani berkata, kerajaan juga perlu faham dan mematuhi perlembagaan negara dengan melarang program yang bertentangan dengannya.

"Kerajaan tidak boleh beri kebenaran, itu melanggar perlembagaan. Mereka kena faham itu. Tidak boleh dibenarkan adanya pesta arak kerana di dalam perlembagaan menyatakan Islam agama persekutuan negara.
"(Kalau kebenaran diberi) sama saja (seperti) dia minum arak, kemudian cakap 'saya tak minum arak' sebab membenarkan (adakan pesta arak) pun sama hukumnya dengan minum.
"Dari segi hukum arak ini, orang yang beli, tolong beli atau tunjukkan kedai, dosanya sama dengan dia minum. Arak ini sebesar-besar maksiat," katanya.

BACA: Oktoberfest bukan pesta arak - Azmin
BACA: Pesta arak di sebuah pusat membeli-belah boleh diteruskan - Datuk Bandar KL
BACA: Tujuh gerai jual daging babi ditutup

Menurutnya, penganjuran pesta yang melibatkan orang ramai dan seolah-olah bersifat satu kempen itu tidak boleh diterima.
"Dia nak minum, dia punya pasal, tetapi (perlu) di rumahnya atau di tempat-tempat tertentu sahaja bagi dia," katanya. 

5 comments:

Anonymous said...

Babi tunggang si kulup PH dah takut nak komen, mufti kerajaan mereka sendiri?
Dah tak meroyan ke?

Ha ha ha

ted manoff original said...

Meroyan salah, tak meroyan pon salah..

Anonymous said...

Tanyalah Mufti UMNO yg selektif bisu dan pekak ni, Bikini separoh bogel PAS Terengganu tu nak letak kat mana? Oklah, kerana PAS dah lunak dgn UMNO, Mufti ni akan otomatik bisu dan pekak.

Sama mcm Mufti Tiada Seri diPahang, bila bab judi dan Casino, otomatik buta huruf kerana Klepto Najib dan keluarga yg mendapat habuan casino Payang berzaman2.

Octoberfest diIpoh dan Kuantan lah yg Paling meriah bawah UMNO/BN.

Anonymous said...

Kerajaan PH masih kekalkan puak UMNO?
Bodoh sangat PH?
Patut ramai babi tunggang si kulup..

Anonymous said...

Depa tak sensitif pada agama. Menang penting tak kiralah jadi kuda tunggang dap. Mahathir pun sanggup telan ludah lama dengan dap ,janji menang. Anwar dulu pun meliwat,takpa berkerjasama janji menang. Sifir mudah guna akal, teguran mufti boleh masuk bakul sampah.

Dapat upah jadi red army, kalau payah nak sara hidup. Yang penting jadi kuda. Org lain peduli apa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails