Sunday, October 14, 2018

Pemandu Teksi Menyesal Ditipu Rejim Mahathir...



Pemandu teksi menyesal ditipu rejim Mahathir kononnya Rosmah pemilik Grab dan Uber
Hasil carian imej untuk rejim mahathir
Saya pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan mahu menggantikan bas perantara MRT dan LRT dengan Grab.
Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.


Oleh itu, jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab? Tuduhan kononnya isteri saya pemilik Grab atau Uber adalah satu lagi fitnah PH untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap saya dan isteri.
Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbiran saya.
Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara – suatu kebanggaan untuk negara.

Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! Malangnya, ini tidak benar. isteri saya tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab.

Selepas PRU14, saya sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi. Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah ini kerana mereka Uber dan Grab yang mencetus saingan kepada sumber rezeki mereka.
Mereka beritahu ramai pemandu teksi yakin bahawa kerajaan PH akan mengisytihar Uber dan Grab sebagai haram di Malaysia jika mereka menang. Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang.
Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari.
Saya akui saya dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu Ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber.

Sebagaimana dilihat di banyak negara, saya buat kesimpulan bahawa adalah agak sukar untuk mengharamkan Uber dan Grab kerana ia hanya memerlukan satu aplikasi telefon pintar.
Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi.
Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat.
Selain dari bantuan kewangan, kerajaan BN masa saya PM juga berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang terima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbiran saya.

Hari ini, remai pemandu teksi menyesal kerana sedar mereka tertipu. Grab tidak diharamkan sebagaimana mereka harapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi sebagaimana ketika pentadbiran saya turut dihentikan.

Ada kemungkinan fitnah isteri saya pemilik Uber dan Grab ini timbul apabila saya mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana saya dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.
Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).

13 comments:

Anonymous said...

Tak de dengar pon tuduhan Rosmah pemilik grab..kalo betul ade tuduhan fitnah kenape tony pua syorkan supaya gunakan grab untuk kestesen mrt?..

Tony pua musuh ketat najib dan rosmah..

Najib reka cerita?...

Anonymous said...

Bani hasim bawak cerita najib plak..masih sokong najib?

Najib kuat klentong....najib ketua jemaah prompak 1 mdb...

Anonymous said...

Terdahulu lebih 100 anggota PAS mengadakan solat hajat bagi memohon Allah melindungi dan memberi kemenangan kepada calon parti Islam itu pada PRK Port Dickson, esok.

Semayang hajat pas tidak diterima tuhan kerana pas tonggang islam dan lobai menipu serta makan duit haram najib

Anonymous said...

October 14, 2018 at 8:11 AM

Cakap orang tak mengaji agama. Kesian si jahil.
patur di tunggang si kulup..

I said...

Betul. Tak pernah dengar tuduhan grab ni dsrm punya.Tuduhan dsrm dan dsnr "grab" duit rakyat melalui 1mdb ada dengar..

Puaka Rimba said...

Tang ni ,tuduhan najib agar tersasar. Orang Ramai kata Rosnah macam CRAB, bukan memiliki GRAB. Nasihat Rakyat berjimat cermat, sedangkan Rosnah berbelanja,tak ingat Tuhan. Kerana Kuasa Wang yg diumpan kepada segelintir pemimpin Lobai,maka arahan diberikan kepada Anjing-anjing lobai pun tumpang salak demi untuk menunjukkan kesyukuran kepada TUANNYA. Hehehekikikihahahakahkahkah

cik siti said...

Benci betul dgn najib

Anonymous said...

Ko mengaji ugama ape?..patut bodoh dan jahil..tak boleh pikir petunjuk tuhan..dah berpuluh kali kalah....tak mau berubah..

Anonymous said...

Najib kata nelayu akan jadi bangsat jika umno kalah...

Memang benar... Melayu umno telah jadi bangsat...hilang keistimewaan....jawatan dlm kerajaan telah hilang...

Anonymous said...

Walaun jadi lembu tonggangan lobai kulup penipu..

kkk said...

Najib buat citer bangang. First time dgr tuduhan ni. Rosmah mana suka projek kerajaan aje. Akalnya tak sampai nak buat Grab.

kkk said...

Najib buat citer bangang. First time dgr tuduhan ni. Rosmah mana suka projek kerajaan aje. Akalnya tak sampai nak buat Grab.

Anonymous said...

hahaha lawak la bro.

rosmah mcm crab...

yg di grab sprm... tepat sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails