Tuesday, October 16, 2018

Menteri Bentang Penyata Kewangan Kerajaan Palsu?



BANGI, 6 Safar 1440H, Isnin – Kecelaruan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) dalam mengemukakan kedudukan sebenar kewangan kerajaan Persekutuan perlu ditangani, bagi mengelakkan ia dimanipulasi pihak tertentu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Sehubungan itu, PAS meminta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan satu kertas putih mengenai kedudukan sebenar kewangan kerajaan sebelum pembentangan Bajet 2019 yang dijadualkan pada 2 November ini.

Beliau berkata, kertas putih itu penting untuk menyelaras kedudukan kewangan negara ekoran terdapat beberapa kecelaruan mengenai data yang dikemukakan oleh menteri kewangan dan pemimpin lain dalam kerajaan.

“Bagi menangani kecelaruan ini, Menteri Kewangan mesti mengemukakan satu kertas putih untuk menyatakan kewangan negara secara tepat bagi mengelakkan kenyataan-kenyataan pemimpin negara dimanipulasi.
“Ia bukan perkara yang remeh sebaliknya boleh memberi implikasi buruk kepada kestabilan ekonomi negara secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini,  Guan Eng hanya menyatakan jumlah wang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, selain mendakwa berlaku penyusutan mendadak akaun hasil disatukan tanpa perincian khusus kepada umum, terutama rakyat.Nasrudin berkata, Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin memberitahu bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) meninggalkan akaun wang tunai berjumlah RM450 juta pada 30 April 2018.

“Beliau (Guan Eng) turut mendakwa akaun hasil disatukan telah susut mendadak sebanyak 96 peratus daripada jumlah asal iaitu RM 11.86 bilion pada akhir 2017.
“Penyusutan perbelanjaan mendadak perlu diperincikan supaya rakyat mengetahui apakah objek perbelanjaan yang telah dilakukan dan bagaimana kerajaan membiayai perbelanjaan mengurus dalam tempoh Mei hingga September 2018,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Guan Eng itu bertentangan dengan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mendakwa nilai sebenar hutang negara jauh lebih besar daripada RM1 trilion.

Nasrudin yang memetik kenyataan Mohamad berkata, nilai sebenar itu disembunyikan kerajaan Pusat kerana bimbang negara akan menjadi muflis seperti Greece.

“Kenyataan Menteri Pertahanan tersebut amat serius. Walhal, jawapan bertulis Menteri Kewangan pada 24 Julai 2018 kepada Ahli Parlimen Dungun menyatakan dengan jelas hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM 686.8 bilion pada 31 Disember 2017.
“Jawapan yang diberikan selaras dengan laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 yang telah dibuat oleh Akauntan Negara Malaysia.
“Sekiranya, nilai sebenar hutang Kerajaan Persekutuan tidak benar dengan merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan, maka semua angka yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan jawapan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat adalah palsu,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...


Penyata Kewangan dan perbelanjaan termasuk hutang hny boleh di terima dr sumber Menteri Kewangan atau Bekas Menteri Kewangan.

Bukan nya Dr Menteri Ekonomi apa lg Menteri Pertahanan atau Menteri Belia dan Sukan.

Pembangkang sedia kan maklumat terperinci dgn merujuk kpd penyata yg lepas. Untung nya pembangkang ia lah kerana bekas Menteri Kewangan dan Timbalan nya masih ada.

Semua nya di bincang, di bangkit dan di perhalusi dalam Parlimen.

Jika Hudud di buat hitam-putih sebelum di usulkan bukan kan lebih baik dr main hentam membuat usul? Rasa nya sempat lg ...

Anonymous said...

Khabar nya, kewangan pay-per-view diJerman kulup yg setel. Kena buat kertas putih jugak lah nak singkap kebenaran ya ke tidak keselurohan khabar angin pasal lawatan Jerman ni.

Tak seronok dengar kerana tak masuk tema suci blog ni.

Anonymous said...

Macam pandai ekonomi, apa penyelesaiannya? PH Makin teruk ada?

Anonymous said...

Tontowi tahu ker pasal kewangan?....tontowi tahu porno aje..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails