Thursday, October 18, 2018

Jambatan Bengkok, PH Tabur Umpan Janji Lagi?

Hasil carian imej untuk gambar jambatan bengkok
Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana 'jambatan bengkok'  - Azmin


KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi semasa dilihat tidak sesuai kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semula projek 'jambatan bengkok' di antara Johor Bahru dan Singapura.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata fokus Kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan projek yang memberi impak positif langsung kepada rakyat.

Jelas beliau, projek seperti hospital, jalan raya dan sekolah merupakan antara keutamaan Kerajaan pada ketika ini.
Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana 'jambatan bengkok' - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata fokus Kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan projek yang memberi impak positif langsung kepada rakyat. - Foto Astro AWANI / Harith Asyraf Hasnan

"Saya pasti Kerajaan Negeri (Johor) akan mengusulkannya ke Kerajaan Persekutuan dan setelah kami terima cadangan itu, kementerian akan meneliti perkara ini dan melihat sama ada kita mempunyai kapasiti untuk meneruskan projek ini.

“Atau kita boleh pertimbang untuk melaksanakannya apabila keadaan (ekonomi) kembali pulih,” katanya ketika ditemui media di Parlimen hari ini.


Beliau sebelum itu memberi taklimat kepada pengarang media berkenaan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, esok.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan semula projek kontroversi 'jambatan bengkok' yang menghubungkan negeri itu dan Singapura. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata Mohamed Azmin Ali, "..kementerian akan meneliti perkara ini dan melihat sama ada kita mempunyai kapasiti untuk meneruskan projek ini. Atau kita boleh pertimbang untuk melaksanakannya apabila keadaan (ekonomi) kembali pulih..” 

PH tabur umpan janji lagi?

6 comments:

ted manoff said...

Pelir tuan ibnu bengkok tak..kikiki..tuan ibnu dh beraq belom..

Anonymous said...

Begitulah akhlak buruk puak-puak anti Islam, kuda tunggang si kulup DAP..
Tak hormati hak blog seseorang. PH tak ajar babi-babinya.
Ha ha ha.

Anonymous said...

Memang puak itu kurang ajar, biadap tak bertamaddun..

ted manoff said...

Memang kami diajar PH menghalalkan cara..

Anonymous said...

Tau tak pa. Dah mengaku secara beransur. Tiada lagi sifat munafiq kerana berkata jujur.

Anonymous said...

Nak bina jembatan bengkok bulan depan?...baru cadangan dah bising..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails