Sunday, October 14, 2018

Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu

Hasil carian imej untuk Anwar selangkah bakal PM ke-8
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat tangan selepas diumumkan menang pada PRK Port Dickson di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Port Dickson malam ini. 


KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini selangkah  bakal Perdana Menteri kelapan selepas menang bergaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini.

Anwar memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon Pas. Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon bebas; bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82 undi), bekas Menteri  Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230 undi),  Lau Seck Yan  (214 undi), personaliti media sosial Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Sejarah menyaksikan pada dua puluh tahun lepas, figura penting politik ini dipecat daripada kerajaan, dipenjara atas tuduhan liwat sebelum bermulalah laungan reformasi yang akhirnya membentuk penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selepas dibebaskan dari penjara pada 2004 dan disekat daripada terlibat politik selama lima tahun, Anwar kembali ke pentas politik dengan menjadi calon PRK Permatang Pauh pada 2008.

Beliau yang memenangi PRK itu kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun terpaksa kembali ke penjara semula pada 2015 atas tuduhan liwat sebelum mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lepas.

Anwar dikenali sebagai penggerak utama agenda reformasi yang akhirnya membawa satu perubahan dalam landskap politik negara melalui perjuangan yang penuh liku.

Dilahirkan pada 10 Okt, 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.

Beliau menyambung ke pengajian menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari 1960 hingga 1966 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya dari 1967 hingga 1971.

Anwar, yang menerajui Yayasan Anda dan pertubuhan bukan kerajaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), mula terlibat dalam politik apabila menyertai Umno pada 1982 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum keenam pada tahun yang sama.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menang dan seterusnya mempertahankan kerusi itu dalam beberapa lagi pilihan raya umum.

Bintang Anwar cerah dan langkahnya pantas dalam politik apabila dilantik ke pelbagai jawatan dalam kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Beliau bermula sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1982, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986) dan Menteri Kewangan (1991).

Beliau yang dianggap sebagai 'anak didik' Mahathir kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sebelum dipecat pada 1998.

Kini, selaku wakil rakyat kawasan Port Dickson yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dan percutian popular, Anwar meneruskan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.

Anwar dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sah ke? Belum tentu..

Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

11 comments:

ted manoff said...

Batuapi betul tuan ibnu nii..mesti tuan ibnu sakit hati pas klh..insaflh tuan ibnu..hentikn sikap adudomba dn irihati...kikiki..

Puaka Rimba said...

Elok Parti Lobai merealisasikan proses ta'awun dengan Umno secara Resmi dengan segera. Tak perlu bermukah didalam belukar. Dari keputusan menunjukkan ,Orang UMNO pun tak sokong Parti Lobai.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Sastera jer lulusannya. Boleh ke nak bawak islam. Jadi tikus baik labu. Awal2 dah tolak hudud kerana jaga hati dap, bukan jaga Allah. Islam liberal boleh kut. Nampak terang kerana cahaya, tapi cahaya api bukan cahaya nur.

Anonymous said...

Yg bercahaya terang dedak, serban berat melilit pun buang Hudud, RUU355, Amanat Hadi dari Manifesto PIGS PRU14, taawun dgn Parti kafir dulu UMNO?

Lakonan RUU355 dari Padang Merbok sampai ko London pun, hasilnya baca dan sendiri tangguh 3 kali main2 ala budak tadika polis sentri diParlimen sahkan agama ditunggang kepentingan politik Yahudi.

Lepas 4 kali PRK bercelaru dan silap langkah tak menentu, PAS dalam dilemma parah nak terus jadi Parti Audivelfireporcherangerover SeMalaysia atau pulang balik duit curi rakyat Malaysia kerana subahat dan tak berkat.

Bab kata Husam, bukan cikai RM3.5 juta derma Najib kpd PAS, tapi antara RM90 -RM200 juta broker Nasha yg patut jawab.

Anonymous said...

Bani hasim dan pas tak usah berangan laa..

Anonymous said...

Pas dah kalah teruk....kan aku dah cakap bulan gelap di PD...

Anonymous said...

Pas menang naib johan kali kedua prk....tahniah..

Anonymous said...

Terdahulu lebih 100 anggota PAS mengadakan solat hajat bagi memohon Allah melindungi dan memberi kemenangan kepada calon parti Islam itu pada PRK Port Dickson, esok.

Semayang hajat pas tidak diterima tuhan kerana pas tonggang islam dan lobai menipu serta makan duit haram najib

Anonymous said...

October 14, 2018 at 8:10 AM
Cakap orang tak mengaji agama. Kesian si jahil.
patur di tunggang si kulup..

Anonymous said...

Stakat mengaji agama tapi x amal lagi teruk. Org ni yg mula mula skali msuk neraka. Ko tau ke tidak?

Anonymous said...

dh tk makbul makna nya tk diterimalh sembhyng hajat pas tu. ini ini kenyataan benar.

yg kau tuduh ditunggang kulup tu yg tk belajar agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails