Wednesday, September 12, 2018

Yayasan Amal Pahang Bantu Mangsa Gempa Di Lombok.


KUANTAN: Penduduk di Lombok hidup kedhaifan dalam sekelip mata akibat gempa bumi yang melanda wilayah itu.
Pengarah Yayasan Amal Malaysia Cawangan (YAMCP) Pahang, Johari Wahid berkata, mangsa gempa amat memerlukan bantuan untuk membina semula rumah, surau dan masjid yang musnah.
Katanya, pihaknya menziarahi beberapa kampung di tiga Kacamatan yang dilanda gempa iaitu Gunung Sari, Kayangan dan Pemenang, Lombok Utara.
Katanya, misi bantuan kemanusiaan ke Lombok diadakan pada 3 hingga 6 September lalu.
“Pada lawatan itu kami mengorbankan 20 ekor kambing dan empat ekor lembu dan dagingnya diagih-agih kepada lebih kurang 500 ketua keluarga mangsa.
“Kami mendapat kerjasama NGO Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dan NGO-NGO lain. Hampir semua kampung yang dilawati ditemui bekas pekerja ladang di Malaysia,” katanya di sini.
Beliau juga berkata, lawatan ke kampung terbabit disambut penduduk tempatan di mana ramai dalam kalangan mereka pernah bekerja di Malaysia.
Turut bersama rombongan itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar dan Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahaya. - HARAKAHDAILY 11/9/2018

2 comments:

Anonymous said...

Bagus yayasan amal pahang...dah bantu di luar ingat jugak yg didalam...masih ramai miskin.dan dhaif....cuba tengok rancangan tv3 bersama mu tajaan beras faiza..

Anonymous said...

bantuan ke lombok bagus.. jgn sambil bantuan minum air. awek lombok mmgancam . bahaya utk tn ibnu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails