Friday, September 14, 2018

Wujudkan Undang2 Anti Lompat Parti &Kosong Kerusi. -PAS


Undang-undang anti lompat parti dan pengosongan kerusi perlu diwujudkan - PAS

PAS mencadangkan agar kerajaan segera menggubal Undang-Undang Anti Lompat Parti bagi memelihara integriti dan kesetiaan anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (ADUN) terhadap parti masing-masing. 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan juga perlu menggubal undang-undang agar tiada anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi bagi memberi laluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) demi kepentingan individu tertentu. 

“Kedua-dua undang-undang itu perlu digubal segera bagi memelihara kepentingan rakyat yang telah mengundi mereka pada pilihan raya yang lalu atas dasar kepercayaaan dan kesetiaan kepada parti. 

“Tindakan mengosongkan kerusi yang dimenangi bagi memberi laluan kepada individu tertentu mencapai cita-cita politik mereka juga mengundang pembaziran wang rakyat dan sumber negara meskipun ia tidak melanggar amalan demokrasi di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke 59 di Kuala Nerus semalam. 

Tuan Ibrahim berkata dalam keadaan kewangan negara yang agak teruk, tindakan berkenaan sebenarnya satu pembaziran wang yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat. 

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang turut hadir memenuhi undangan pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS itu menafikan konon partinya hanya mengadakan kerjasama dengan PAS setelah kehilangan kuasa pada Pilihan raya Umum ke 14 yang lalu. 

Beliau berkata Umno sudah memulakan langkah bekerjasama dengan PAS dalam banyak isu berkepentingan membabitkan umat Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini. 

"Dalam isu umat Islam di Rohingya, kita bersama dalam satu pentas, begitu juga dengan isu umat Islam di Palestin, kita satu pentas malah banyak lagi kerjasama seperti forum dan program lain sebelum ini. 

"Cuma kita mungkin tak pernah bersama dalam perhimpunan parti seperti ini... dan saya rasa tak ada salahnya, esok belum kiamat (untuk) kita mulakan persahabatan dan persaudaraan atas dasar Islam itu...ia bermula dengan titik pertemuan hari ini," katanya. 

Beliau juga menegaskan dalam konteks kerjasama itu, bukanlah soal politik yang harus diutamakan tetapi persaudaraan atas dasar Islam dan kepentingan rakyat keseluruhannya. 

"Jangan ada sebarang salah tanggapan seolah-olah bila dua parti terbesar yang mewakili Melayu Islam mula berbaik, ia beri isyarat seolah-olah akan menzalimi dan mendominasi agama dan bangsa lain. 

"Itu tidak akan berlaku kerana kita hormatinya dan asasnya ialah untuk mengukuhkan tunjang dan akar negara iaitu Islam agama rasmi dan Melayu Bumiputera adalah bangsa teras," katanya. - Bernama



Mengapa jadi begini? 
Kerana nak jadi PM walaupun terpaksa menjual perjuangan UMNO, sanggup bertuankan DAP, menolak sistem Islam? Hinanya manusia jenis ini..
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

7 comments:

abahturon said...

Ini Abah setuju ngan PAS..

ikan said...

ya Abah saya pun setuju kita cepatlan beli mercedes tu. nanti tak selamat pulak. beli lori sampah tak apa kita lambat-lambatkan..

Anonymous said...

Mengapa jadi begini?
Kerana nak jadi `king macai` walaupun terpaksa menjual perjuangan PAS, sanggup dari Marang Terengganu bekejar ke Port Dikson Negori Sembilan menyembah UMNO yg menolak ruu355 sistem Islam? Hinanya manusia PAS jenis ini........

abahturon said...

😂😂🤣🤣🤣🤣

Anonymous said...

Nak wan tu som ke nak lambong duit nih tentukan calon p*o*rk umno/pas di Port Dikson tuh?

Anonymous said...

Kalau wujud undang undang anti lompat parti dan kosongkan kerusi, akan pincang lah demokrasi..

Berapa banyak kes yang macam ini? Itu pun semua nya melibatkan Anwar yang memang mempunyai sebab yang munasabah.

Jika cara Anwar ini salah PAS kena lah bertanding lawan Anwar dan terangkan kepada rakyat mengapa apa yang Anwar buat ini adalah salah dan hendak lah di tolak. Bukan kah PKR telah mempermainkan kepercayaan yang telah di beri oleh rakyat?


Di antara 3 kerusi yang satu kepunyaan Wan Azizah dan dua lagi bukan nya orang Melayu!

Siapa yang gila kuasa, orang Melayu ke orang bangsa lain?



Anonymous said...

Berita kuasa rakyat!!!gaji minimum dah di naik kan ke paras orang kaya - kaya ...dari rm1000 ke rm1050.gembiranya!!! Lepas ni boleh beli belah penuh troli lagi...rindu zaman mahafiraun..!!! Tahniah di tipu dan sokong penyamun lama dan baru-a...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails