Tuesday, September 11, 2018

Sukan Nadi Kesihatan Ummah


SUKAN
KUALA NERUS - Bersukan merupakan aspek terpenting dalam menjamin kesihatan diri sekaligus kesejahteraan masyarakat. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, masyarakat perlu meluangkan masa untuk bersukan.

Katanya, ia demi mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan.

"Masyarakat perlu mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat untuk mendapatkan kesihatan yang bermutu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan acara menyampaian hadiah Program Sukan Merdeka Komuniti  anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Ameerah dan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Padang Futsal Banggol Binjai, Tepoh, semalam (9 September).

Menurutnya, program ini terbuka kepada semua peringkat umur (wanita sahaja) dan juga kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah.

"Antara aktiviti dan acara menarik yang dipertandingkan termasuk pertandingan futsal, kukur kelapa, mengupas epal, mewarna (untuk kanak-kanak) dan lain-lain," ujarnya. 

Program ini telah disertai oleh kira-kira 200 wanita DUN Tepoh, termasuk kanak-kanak dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh DUN Tepoh.  Turut hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh, Pegawai i-MiTS DUN Tepoh dan pimpinan masyarakat setempat. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

al-hamdulillah!

bunbinban said...

betul tapi lebai la paling byk perut boroi...kahkahkah...sembang lebat ko lebai...kahkahkah...

Anonymous said...

hahaha lobai hnya pentingkan sukan perut dan bawah perut.

hahaha

Anonymous said...

Sebenarnya taktik berbaik-baik dengan Umno hanyalah tipu daya PAS apabila mereka berjaya mengurangkan kerusi Umno di Kelantan dan menumbangkan kerajaan BN di Terengganu.

Apa pun ingatlah pesanan bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, alam ucapan terakhirnya: “Apabila kita berjinak-jinak dengan musuh (Umno), itulah tanda bermulanya kehancuran kita (PAS).

Kata-kata Tok Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat kepada saya pula masing diingati.

“Umno apabila lemah dia cari kita, bila kuat dia tendang kita,” katanya.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat siapakah yang lebih bijak selepas ini

Anonymous said...

kerjasama pas umno adalah kerjasama sesama penyamun saling tk percaya dn tiada kejujuran sesama sendiri. kerjasama sgt rapuh.

mcm penjual dadah dgn pembeli dadah..masing2 curigai satu sama lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails