Monday, September 10, 2018

Sampah Jijik! Telingkah Dalaman PKR. -Gooi Hsiao Leung


GEORGE TOWN: Seorang pemimpin PKR menggesa dihentikan pertelingkahan dalam kalangan ahli parti dan memberi amaran pertikaian sedemikian hanya akan merosakkan imej presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan laporan mengenai pertelingkahan itu sebagai “sampah yang menjijikkan”, ahli jawatankuasa pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata mendedahkan isu dalaman kepada khalayak tidak akan membantu Anwar dalam usahanya menjadi perdana menteri Malaysia kelapan. 

“Pertelingkahan dalaman tersebut benar-benar merosakkan imej Anwar sebagai pemimpin parti dan bakal perdana menteri.
“Bagaimanakah Anwar mahu menjadi perdana menteri sekiranya pengundi dan rakan kita dalam Pakatan Harapan (PH) melihat kita sebagai sekumpulan orang tolol yang saling bertengkar, berpuak-puak dan destruktif?,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tengah itu dalam satu kenyataan. 

Katanya, sebagai parti yang mempunyai kerusi Parlimen paling banyak, PKR bertanggungjawab memelihara maruah dan kehormatannya di mata pengundi. 

“Kita akan dilihat sebagai mata rantai paling lemah dalam PH, sedangkan kita sepatutnya bekerja keras untuk memenangi kepercayaan dan rasa hormat rakan kongsi dalam kerajaan.
“Semua cakap-cakap tanpa henti yang mempersoalkan kesetiaan dan membandingkan siapakah pembaharu sebenar atau palsu dalam parti sepanjang 20 tahun ini adalah sampah yang menjijikkan.” 

Beliau berkata, pemilihan parti akan datang bukanlah pertandingan antara naib presiden Rafizi Ramli dengan timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

“Biar apapun keputusan pemilihan kelak, kita perlu bersatu, baik pemenang atau yang tewas, untuk terus bekerja ke arah agenda 9 Mei bagi kepentingan parti, PH dan negara tercinta,” katanya. 

Gooi, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Alor Setar, memenangi kerusi negeri di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum Mei lepas. 

Beliau mengisyaratakan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan sebagai ahli jawatankuasa pusat PKR dalam pemilihan akan datang.

2 comments:

Mokhtar senik said...

Ketua Penerangan PAS Perak Wan Tarmizi Abd Aziz tampil dengan cadangan langka sempena sambutan Hari Wanita 2018 yang jatuh pada hari ini.

Beliau mencadangkan para isteri membenarkan suami mereka menambah 'cawangan' sebagai tanda penghargaan terhadap golongan wanita.

"Hari Wanita akan lebih bermakna jika wanita itu menghadiahkan seorang lagi wanita kepada pasangannya sebagai tanda menghargai wanita lain," katanya di Facebook hari ini.

Anonymous said...


Penubuhan PH hampir gagal dan juga sangat lewat kerana geng Azmin punya angkara. Arahan parti supaya hentikan rundingan tidak di ambil serius oleh geng Azmin. Tian Chua hadir semasa ceramah PAS sedangkan ramai mendapat tahu Hadi telah mengherdik Anwar.

Apabila Muhyiddin buat kenyataan mengambil keputusan muktamad, baru lah PH di tubuhkan.

PAS mendakwa DAP mempengaruhi dengan memberi sokongan kepada Bekas pemimpin PAS yang kini dalam AMANAH. Bagaimana pun dalam kemelut PKR bukan DAP yang mempengaruhi dan memberi sokongan kepada mana-mana pihak tetapi PAS lah yang jadi pengacau kerana sanggup lawan Anwar sekiranya ada PRK untuk Anwar.

Di mana kawasan pun yang sepatutnya lawan Anwar ialah UMNO bukan PAS.

Kali ini jika ada PRK untuk Anwar pasti akan berlaku pertandingan 3 penjuru.

Selain mendakwa UMNO dan PAS sebenarnya setuju dalam beberapa perkara, PAS tetap akan lawan UMNO sebagai alasan untuk mengelirukan penyokong nya.

Dalam pada itu, PAS sebenarnya membantu Azmin sebab itu segala tuduhan Rafizi tidak di jawab oleh Azmin sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails