Sunday, September 09, 2018

PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong




CALON PH, Halimey Abu Bakar (gambar kanan) memperoleh 13,725 undi menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali dengan 9,698 undi, manakala calon PH Wong Siew Ki memenangi PRK DUN Balakong menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong, dengan majoriti 18,533 undi. - Foto NSTP 


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menepati ramalan untuk terus kekal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong apabila memenangi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.
Calon PH, Halimey Abu Bakar memperoleh 13,725 undi menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali dengan 9,698 undi.
Kemenangan Halimey dengan majoriti 4,027 undi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.
Beliau berkata, jumlah undian keseluruhan adalah 23,423 manakala 164 kertas undi ditolak dan peratusan keluar mengundi adalah 44.1 peratus.
Sementara itu di Bangi, calon PH Wong Siew Ki memenangi PRK DUN Balakong menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong, dengan majoriti 18,533 undi.
 SETIAUSAHA Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama ADUN Balakong yang baharu, Wong Siew Ki (dua dari kanan) meraikan kemenangan di pusat penjumlahan rasmi undi pada PRK DUN Balakong N.27 di Dewan Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi. - NSTP/Aizuddin Saad
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman, ketika mengumumkan keputusan itu, berkata, Siew Ki memperoleh 22,508 undi manakala Chee Teong meraih 3,975 undi dalam pertandingan satu lawan satu itu.
"Saya dengan ini mengumumkan Siew Ki dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong," katanya dalam pengumuman di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di sini, sebentar tadi.
Kata Rosli, peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah 43 peratus atau 26,483 orang, bilangan kertas undi yang ditolak adalah 227.
Pengumuman itu disambut sorakan gembira oleh Siew Ki dan penyokongnya yang setia menunggu di dalam dewan. Turut hadir, Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Kemenangan Siew Ki itu menepati ramalan beliau mampu mempertahankan kerusi kuat DAP yang dikuasai selama dua penggal oleh mendiang, Eddie Ng Tien Chee sejak Pilihan Raya Umum Ke 12 pada 2008.
 CALON Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar memenangi PRK DUN Seri Setia selepas berjaya meraih 13,725 undi berbanding pencabarnya, calon PAS, Dr Halimah Ali 9,698 undi dengan majoriti 4,027 undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Terdahulu, Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, mengumumkan peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Seri Setia ialah 43 peratus dan PRK Balakong 44 peratus.
Katanya, SPR akan menyemak semula untuk mengetahui sebab penurunan jumlah pengundi yang keluar mengundi untuk kedua-dua PRK itu.
"Ada kemungkinan faktor PRU-14 yang baru saja berlangsung empat bulan lalu salah satu sebab pengundi tidak keluar mengundi selain mungkin kerana mereka beranggapan apa juga keputusan daripada kedua-dua PRK malam ini tidak mengubah senario politik semasa," katanya. (BH)

9 comments:

Anonymous said...

Akhirnya segala tohmahan pembangkang dan pujuk rayu pemimpin PAS di tolak oleh majoriti rakyat.

Selepas ini elok lak PAS di cantumkan dengan UMNO melalui kacukan fahaman Islam PAS dan sekular UMNO.

Maka lahir lah fahaman ISEK untuk Islam+Sekular.

Cantik.

ted manoff said...

Bertabahlah tuan ibnu..mcm2 tuan ibnu fitna ph tapi pas tetap gagal..walapun najib tak turun kemmpen,faktor najib antara penyumbang kekalahan pas..pas umno dh tak releven lagii..marilah sertai dap tuan ibnu...kikki..

Anonymous said...

Sanggup jadi babi tunggang lebai kulup macam kamu?

Ha ha ha

Siapa lebai kulup?

[ antilebaikulub said...
1. T.kasih. Kerana ramai yang kait PAS dengan kahwin 2,3,4,. Ada juga yang tuduh ahli PAS kahwin 5, itu tak perlu layan itu geng jahil agama. Nak fitnah pun biar menasabah.

2. Mengatakan ramai 'lebai PAS' kahwin poligami, menunjukkan lebai PAS itu mempunyai kesihatan seks yang baik, ramai anak dan tak takut, tak dapat rezeki seperti orang yang tak beriman.

3. Bukan seperti 'lebai kulub'. Lebai kulub ertinya mereka kuncu2 PH yang suka diperintah oleh orang kulub tak bersunat atau berkhatan, penuh tahi palat. Bukan perintah saja, bahkan dalam blog ini (ted manoff) ada yang mengaku sanggup beri 'puki bini'nya (maaf, itu yang dia sebut) kepada pakar rujuk mereka 'lebai kulup' Lim Guan Eng.

4. Lebai2 kulup ini, kebanyakannya beristeri 1, biasanya takut bini, nafsu ada tetapi tenaga tiada, bahkan ada yang rindu jadi pondan.(adanyang pilih nama kejora bapok dll). Atau isterinya jadi pkakas antik saja.

Insya Allah, kita sambung lagi kalau ada masa.]

Ha ha ha Tembak lagi Pak Asim..

Anonymous said...

Hasil undian semalam calon HARAPAN Halimey Abu Bakar mempertahankan kerusi tersebut dengan kelebihan 4,027 undi. Dia mendapat 13,725 undi berbanding Halimah 9,698 undi dan undi ditolak sebanyak 164.
Secara keseluruhan sebanyak 23,423 kertas undi dikira di Seri Setia semalam.
Pencabar HARAPAN di kerusi itu ialah BN, PAS dan calon bebas. Bagaimanapun secara bandingan undi diterima calon BN lebih tinggi berbanding PAS dengan masing-masing mendapat 9,897 dan 4,563 undi. Kalu ikut logik, PAS patut dpt paling kurang 15000 undi dan boleh menang

Anonymous said...

Maknanya ada lebih 5000 org BN x sudi nk undi PAS dan memilih x mengundi. Jadi PAS blh la trus berangan yeaaaa

Anonymous said...

Majoriti pH semakin berkurangan membuktikan ramai penyokong pH telah kepercayaan kepada pH setelah semua janji pH telah ke laut.

Sebaliknya sokongan kepada PAS semakin bertambah melebihi 100% dalam PRK terbaru berbanding undi yang diterima PAS pada PRU.

Hanya barua mabuk todi ternakan lebai kulup roket menafikan fakta ini.

Anonymous said...

Pembetulan komen 12:40 pm:

Majoriti pH semakin berkurangan membuktikan ramai penyokong pH telah HILANG kepercayaan kepada pH setelah semua janji pH telah ke laut.

Anonymous said...

Barua-barua dedak roket adalah barua bodoh berganda-ganda kerana mereka lupa majoriti pakatun semakin merundum membuktikan rakyat tidak mempercayai pakatun dan pakatun akan lingkup dalam pru15.

Anonymous said...

pembetulan anon 12.40 dan 12.44 pm:

semua prk membuktikan ph masih menang..klu tk silaplah

semua prk membuktikan pembangkang sentiasa kalah dan kalah...klu tk silaplah.

dn sediakn lah seribu alasan dan ubat2an urk memujuk hati yg lara derita kaciwa murung durja kalah semua prk.

dgn alasan2 lunak itu maka bergumbiralah kami beramai2 dgn mimpi indah utk 4 tahun ini.


meh hamba nk pujuk walaun yg kalah..

kalau hari ini kamu kalah belum tentu kamu kalah selamanya..mungkin akn dtg kamu akan tewas pula. setiap kekalahan ada hikmatnya. maka kumpulkn lah sebyk2 hikmat yg boleh utk kekalahan dimasa akn dtg.

aamiiin ya Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails